Hishammudin Mahu Terus Beri Tekanan Kepada Ph


Wartawan MalaysiaGazette Hishammuddin Tun Hussein
KUALA LUMPUR – Datuk Seri Hishammuddin Hussein bertekad mahu terus memberi tekanan kepada kerajaan Pakatan Harapan (PH) pada tahun depan.

Ahli Parlimen Sembrong itu berkata , ia merupakan visi peribadinya.

“Secara peribadi, visi saya untuk tahun 2020 ini ialah, saya mahu fokus terhadap usaha untuk memberi lebih tekanan kepada kerajaan PH agar membentangkan lebih banyak polisi yang menguntungkan rakyat,” katanya dalam satu kenyataan sempena tahun baru hari ini.

Menurut Hishammuddin, untuk tahun 2020 beliau berharap matawang ringgit semakin kukuh, ekonomi negara semakin stabil, harga barang lebih berpatutan, harga komoditi meningkat, peluang pekerjaan khususnya untuk anak muda bertambah serta pelbagai lagi pencapaian yang menjamin kesejahteraan rakyat dan kemajuan negara.

“Saya percaya, seandainya semua pihak memainkan peranan masing-masing serta bijak membezakan antara kepentingan rakyat, kepentingan parti dan kepentingan peribadi, insyaAllah tahun 2020 akan menjadi tahun yang jauh lebih cemerlang daripada tahun ini dan tahun-tahun sebelumnya,” ujarnya.

Terdahulu, Hishammuddin berkata, sejak dari awal tahun, bukannya sedikit perbalahan dan polemik baru yang sebahagian besarnya berpunca daripada isu yang remeh temeh.

Lebih menyedihkan, ia bukan sahaja berlaku dalam Pakatan Harapan, tetapi juga dalam UMNO dan Barisan Nasional (BN).

“Kita seakan-akan lupa, sebahagian besar kita ialah pemimpin. Yang telah diamanahkan untuk berjuang serta berkhidmat dengan ikhlas, jujur, amanah dan bertanggungjawab demi jutaan rakyat di luar sana. Malangnya, segelintir kita lebih taksub, lebih ghairah dan lebih rela berbalah, asalkan agenda peribadi tercapai. Akhirnya, yang jadi mangsa ialah rakyat jua!

“Saya sendiri telah berjumpa dan berbicara dari hati ke hati dengan warga #SembrongKita serta masyarakat di kawasan-kawasan yang telah diadakan Pilihanraya Kecil (PRK). Sejujurnya, saya amat sedih mendengar luahan mereka yang ternyata sudah terlalu kecewa, marah dan lesu dengan situasi politik negara hari ini,” katanya lagi.

Justeru, jangan sesekali kita menganggap kemarahan rakyat sebagai petanda keyakinan mereka terhadap parti kita telah bertambah. Kita mesti sedar dan insaf, segelintir rakyat masih turut marahkan UMNO dan BN, katanya.

“Jadi, siapa pun kita dan apa jua jawatan serta peranan kita dalam parti, berusahalah sedaya upaya bagi meredakan kekecewaan serta kemarahan rakyat,” katanya.- MalaysiaGazette



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2019/12/hishammudin-mahu-terus-beri-tekanan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Presiden Jokowi Yakin Ekspor Produk Umkm Bakal Terus Meningkat

Presiden Jokowi Yakin Ekspor Produk Umkm Bakal Terus Meningkat

papar berkaitan - pada 20/12/2019 - jumlah : 168 hits
Presiden Joko Widodo mengungkapkan kontribusi ekspor sejauh ini masih didominasi produk pengusaha besar Tetapi menurutnya melihat perkembangan saat ini dia yakin produk usaha menengah kecil dan mikro akan bisa merambah pasar ekspor atau go ...
Flickr Memerlukan Lebih Banyak Pelanggan Berbayar Untuk Terus Beroperasi

Flickr Memerlukan Lebih Banyak Pelanggan Berbayar Untuk Terus Beroperasi

papar berkaitan - pada 20/12/2019 - jumlah : 236 hits
Lama Flickr suatu ketika dahulu menjadi perkhidmatan storan gambar awanan popular di dunia terutamanya di kalangan jurugambar Sebanyak 1TB storan diberikan secara percuma tetapi selepas Flickr kini mula mengalami masalah kewangan Ketua pega...
Rm153 Juta Dipindahkan Ke Akaun Tanpa Diketahui Sumbernya Wanita Terus Buat Rancangan Bijak

Rm153 Juta Dipindahkan Ke Akaun Tanpa Diketahui Sumbernya Wanita Terus Buat Rancangan Bijak

papar berkaitan - pada 21/12/2019 - jumlah : 263 hits
RM153 Juta Dipindahkan Ke Akaun Tanpa Diketahui Sumbernya Wanita Terus Buat Rancangan Bijak Sekitar beberapa hari lalu seorang wanita bernama Ruth BaIIon yang baru sahaja habis waktu bekerja di Roma Boots di Dallas terkejut selepas mendapat...
Khabib Tampil Bersuara Berdoa Agar Muslim Uyghur Terus Diberi Kekuatan

Khabib Tampil Bersuara Berdoa Agar Muslim Uyghur Terus Diberi Kekuatan

papar berkaitan - pada 21/12/2019 - jumlah : 422 hits
Selepas pemain tengah Arsenal iaitu Mesut Ozil tampil bersuara kini giliran juara dunia UFC kelas ringan Khabib Nurmagomedov pula menyatakan sokongan terhadap Muslim Uyghur di Xinjiang China Tindakan tersebut ditunjukkan melalui Instastory ...
Berhenti Guna Nama Islam Jika Terus Hina Hukum Agama Siti Zailah

Berhenti Guna Nama Islam Jika Terus Hina Hukum Agama Siti Zailah

papar berkaitan - pada 24/12/2019 - jumlah : 634 hits
Siti Zailah Mohd YusoffKUALA LUMPUR Pertubuhan bukan kerajaan Sisters in Islam dinasihatkan agar berhenti menggunakan nama Islam sekiranya badan itu terus mempertikaikan hukum hakam agama Ketua Dewan Muslimat Pas Kelantan Siti Zailah Mohd Y...
Masa Menyusu Dengar Macam Terbatuk Lepas Tu Tak Respon Badan Terus Lembik

Masa Menyusu Dengar Macam Terbatuk Lepas Tu Tak Respon Badan Terus Lembik

papar berkaitan - pada 23/12/2019 - jumlah : 328 hits
Kes bayi tersedak susu sama ada di bawah jagaan ibu bapa pengasuh atau pihak taska sering kali dilaporkan Kadang kejadian yang tak disangka ini boleh membawa maut jika tidak diatasi dengan cara yang betul Seperti yang dikongsikan oleh pengg...
Apple Dilaporkan Mengkaji Kaedah Menghantar Data Dari Satelit Terus Ke Peranti

Apple Dilaporkan Mengkaji Kaedah Menghantar Data Dari Satelit Terus Ke Peranti

papar berkaitan - pada 21/12/2019 - jumlah : 295 hits
https ift tt eA8V8J Apple sering mengkaji penggunaan teknologi baru dalam memberikan pengalaman yang baik kepada pengguna Terbaru Bloomberg melaporkan mengatakan Apple sedang melihat dan mengkaji kepada kaedah menggunakan satelit untuk meng...
Cops Probe Videos Offering Illegal Entry Into Malaysia

Smart Furniture Storage Tips For Home Renovations

Zaid Warns Against Umno Going Back To Old Election System

Buaya Mirip Godzilla Dirakam Seorang Peminat Buaya

Semangat Aja Nggak Cukup Ikuti Panduan Ini Buat Hadapi Tim Lebih Kuat Di Ranked Match Mobile Legends

Penang S Mega Transport Plans Where Is The State Going To Find Rm25bn

Nasihat Berguna Untuk Selesa Hari Tua Dengan Wang Kwsp

Lirik Lagu Lebih Dari Rindu Maulana Ardiansyah Ft Alyssa Dezek


echo '';
5 Undang Undang Aneh Berkait Bendera Kebangsaan di Seluruh Dunia

Benarkah Kajian Sains Membolehkan Gigi Manusia Tumbuh Selepas Hilang

4 Puncak Tertinggi Negara Dunia Yang Paling Ketot Saiznya

8 Barangan Unik Yang Dinamakan Sempena Nama Manusia

Biodata Mia Ghazali Atlet Muay Thai Adik Beradik Kepada Johan Ghazali Jojo Miki Elias


Hantar Anak Bulu Vaksin Kali Pertama

Rumusan Kurikulum Persekolahan 2027

Jalan Jalan Cari Makan Jom Cuba Sizzling Yee Mee Kat Lotus Lukut Port Dickson

Pas Sudah Terdesak Sanggup Tuduh Amanah Bahayakan Agama

Kita Tengok Siapa Jadi Gila Di Mahkamah Nanti Kata Akmal

Lelaki Tular Tampar Isteri Ditahan Pagi Tadi