Masa Menyusu Dengar Macam Terbatuk Lepas Tu Tak Respon Badan Terus Lembik


Kes bayi tersedak susu sama ada di bawah jagaan ibu bapa, pengasuh atau pihak taska sering kali dilaporkan. Kadang kejadian yang tak disangka ini boleh membawa maut jika tidak diatasi dengan cara yang betul.
Seperti yang dikongsikan oleh pengguna FB Nur Zaind, kes tersedak susu yang berlaku pada anaknya boleh dijadikan peringatan buat ibu bapa lain.
Gambar Hiasan Selalu kita dengar atau baca kes bayi tersedak susu sampai meninggal. Kes ini adalah kematian yang tidak disengajakan. Dan kebanyakannya berlaku di rumah asuhan ataupun taska. Kalau di ingat kembali. Sampai sekarang Nur boleh terbayang kejadian tersedak susu ni berlaku pada anak pertama Nur & Aidil, iaitu Haifaa. Dan benda ni berlaku di rumah.
Kisahnya kami suami isteri nekad nak susukan Haifaa susu badan sahaja tanpa campur susu formula. Tapi ada sesetengah mak abah kita dulu dah dimomokkan yang susu ibu tak cukup. Anak tak kenyang.. Dan macam-macam lagi. Maklumlah dulu tak terdedah dengan ilmu-ilmu sepatutnya..
Jadi di awal kelahiran Haifaa, 5 hari di hospital, dan dua hari di rumah selepas “discharged”, mak abah pun cakap hal yang sama. Takut anak tak kenyang. Jadi beli jugalah susu formula dengan hati yang berat. (masa ni mak abah tak terima lagi apa yang Nur bagitahu tentang susu-selepas disokong oleh sepupu-sepupu lain, Alhamdulillah Allah lembutkan hati dan bukakan minda mak abah dapat faham). Jadi Nur yang baru menjadi ibu ni dalam pantang taknak stress-stress. Malam tu tidur dalam bilik sendiri (biasanya dekat ruang tamu untuk mudah mak abah pantau), bagi jugalah susu formula dalam botol dekat Haifaa (untuk pertama kalinya).
Masa tengah susukan tu ada dengar macam Haifaa terbatuk sekali. Sekali ja. Tak nampak macam tersedak. Dan Nur tak tahu pon itu tersedak. Lepas tu Haifaa macam taknak lagi dah susu. Tengok dia poopoo. Nur ingat dia tak boleh susu tu sebab minum ja terus poopoo. Lepastu Nur perasan Haifaa macam diam. Mata tak bergerak. Setempat ja dia pandang depan atas masa baring tu. Lepastu perlahan-perlahan dia pejam mata. Nur macam hairan. Tidur kah? Hati Nur tergerak untuk gerakkan badan Haifaa. Panggil nama dia. Tapi takda respon. Tak bergerak. Mata tak buka. Macam lembik terus. Eh takkan tidur sampai macamni?? Ulang buat yang sama pon tak da respon. Terus cuak gila jantung macam nak pecah. Ya Allah Haifaa macam dah tak bernyawa!
Gambar Hiasan Badan lembik, tak bergerak langsung
Terus lari ke mak abah. Cakap Haifaa lembik. Tak bergerak langsung. Nur cakap takut dia poopoo tu macam cair takut cirit sebab susu tu ka apa. Terus ke kecemasan. Dalam kereta tak berhenti-henti tanya mak. Haifaa bernafas tak? Mak tak berhenti-henti gerakkan badan Haifaa juga sambil panggil-panggil nama sebab mak yang pegang Haifaa kat depan.
“Celik mata cucu tok.. Celik cik…” Mak tak henti ulang-ulang ayat ni. Nur & Aidil kat belakang.
Masa ni takyah cakap otak “blur” fikir macam-bukan. Mulut dok Ya Allah sayang takut b. Takut. Aidil masih boleh cuba bertenang cakap InsyaAllah Allah jaga Haifaa. Abah tanya buat apa tadi? Cakap bagi susu botol. Pastu abah sambung lagi. Ampa bagi tersedak kot? Bagitahu mak tadi ada dengar bunyi macam terbatuk. Tapi sekali ja. Abah terus cakap tersedak dah lah tu kot. Pusing tepuk belakang.!
Mak terus pusing dan tepuk-tepuk. Mak tepuk perlahan sebab bayi kan. Abah cakap tepuk kuat sikit! Lepastu barulah perlahan-lahan Haifaa buka mata. Nafas pon dapat rasa macam biasa dah. Masa ni masih dalam kereta. Sampai kecemasan Haifaa dah macam ok. Doktor minta “stay” untuk pantau tapi Nur minta balik ja.
Allahu Akhbar.. Pengalaman betul. Sekarang anak kedua, Haasya mula-mula kerap juga lah tersedak juga sebab susu laju bila dia mula menyusu tu. Tapi sekarang Alhamdulillah dah dapat dikawal. Jadi di bawah ni Nur kongsi sedikit info dengan ibu-ibu ya.
Chocking baby First Aid Sebab-sebab bayi tersedak susu;
1. Apabila bayi tertidur, ketika menghisap botol susu, susu tu akan terus mengalir membuatkan bayi tersedak dan susu akan terus masuk ke saluran pernafasan dan paru-paru.
2. Lubang puting botol yang terlalu besar juga boleh menyebabkan susu akan terus mengalir tanpa henti ketika bayi tertidur.
Beli puting mengikut saiz bayi dan pastikan tidak terlalu besar hingga membuatkan susu keluar terlalu cepat.
3. Tabiat ibu bapa yang gemar meletakkan bantal atau kain untuk menyokong botol susu dan meninggalkan bayi keseorangan. Kedudukan bayi semasa minum susu yang salah.
Jangan beri anak minum susu secara langsung dengan menyendal sebarang objek dibawah botol susu. Saiz puting yang tidak serasi boleh menyebab susu keluar lebih banyak dan bayi tidak dapat menelan sempurna hingga menyebabkan anak tercekik susu.
4 posisi asas menyusu Cara yang BETUL memberi susu kepada bayi
1. Ketika menyusu, tidak kira susu botol atau susu badan, pastikan kedudukan kepala bayi lebih tinggi daripada dada dan perutnya.
Tinggikan kepala bayi sedikit sewaktu menyusukan bayi untuk memberi keselesaan kepada bayi selain memberikan bukaan ruang di dada lebih luas.
2. Botol susu pula mesti dipegang dalam kedudukan antara 45 hingga 60 darjah supaya air susu tidak tersekat pada tekak dan menyebabkan bayi lemas.
3. Pastikan juga lubang puting pada botol tidak terlalu besar bagi mengelakkan angin masuk ke dalam perut bayi (belilah mengikut kesesuaian umur anak).Sekiranya menyusu badan, pastikan kawasan puting masuk sepenuhnya ke dalam mulut bayi.
4. Elakkan memberi susu dengan meletakkan bayi di atas lantai, sebaiknya pangku bayi seperti mana teknik menyusu badan.
5. Kerap sendawakan bayi.
Tujuannya untuk memastikan angin berlebihan dalam badan bayi dapat dikeluarkan.
Adakala bayi akan sedut angin (udara) ketika menyusu. Sendawakan, bayi pun akan lebih selesa.
Baring dan sandar “Extra Tips”
1. Posisi penyusuan secara besandar.
Ada 4 posisi asas yang perlu tahu. Kalau ada masalah susu laju, perlu “upgrade” skil dengan bersandar ke belakang. Kalau nyusu sambil duduk, memang aliran akan laju sebab ikut tarikan graviti. Kalau bersandar, aliran susu akan perlahan kerana lawan graviti.
Bagaimana cara memegang bayi??
Terserah . Dukung/dakap, asalkan bersandar pada bantal yang selesa di belakang. Selain itu, boleh juga cuba baring dengan sandar dan bayi mengadap kita.
2. Susukan bayi ketika bayi dalam keadaan tenang, iaitu ketika bayi menunjukkan tanda awal lapar.
Boleh juga susukan ketika bayi dalam keadaan mengantuk. Sebab bila bayi tenang dan tak terlalu lapar, dia akan hisap dengan perlahan dan sabar. Kalau terlalu lapar, nanti dia tak sabar nak “makan”, dia hisap laju.
Cara sendawakan bayi Cara rawatan jika bayi tersedak susu
1. Tiarapkan bayi, kemudian tepuk belakang badan beberapa kali sehingga cecair atau bahan makanan yang menyekat saluran pernafasannya keluar.
2. Sekiranya tidak keluar, dalam keadaan duduk menghadap ke hadapan, tekan bahagian dada dengan menggunakan hujung genggaman tangan secara perlahan.
3. Selain menekan bahagian perut, bayi juga boleh dibaringkan. Kemudian tekan dan picit bahagian dada beberapa kali menggunakan kedua-dua ibu jari sehingga bayi dapat bernafas semula.
#NotaNurZaind
#ShareIfCare
Sumber: Nur Zaind
The post Masa Menyusu Dengar Macam Terbatuk. Lepas Tu Tak Respon. Badan Terus Lembik appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/masa-menyusu-dengar-macam-terbatuk-lepas-tu-tak-respon-badan-terus-lembik/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Haifa Macam Dah Tak Bernyawa Ibu Kongsi Detik Cemas Anak Lembik Tak Bernafas Tersedak Susu

Haifa Macam Dah Tak Bernyawa Ibu Kongsi Detik Cemas Anak Lembik Tak Bernafas Tersedak Susu

papar berkaitan - pada 24/12/2019 - jumlah : 442 hits
Banyak kes bayi yang tersedak susu dilaporkan berlaku Terdapat juga kes yang melibatkan kematian jika situasi seperti ini tidak dapat dikawal dengan betul Seorang pengguna Facebook Nur Zaind memuat naik dan berkongsi detik cemasketika bayi ...
Mpr Akan Dengar Suara Publik Soal Usulan Badan Antikorupsi Masuk Uud 1945

Mpr Akan Dengar Suara Publik Soal Usulan Badan Antikorupsi Masuk Uud 1945

papar berkaitan - pada 12/12/2019 - jumlah : 148 hits
Basarah mengaku tidak tahu bagaimana filosofi dan konstruksi hukum memasukkan badan antikorupsi dalam UUD 1945
Ingatkan Normal Anak Selalu Muntah Lepas Menyusu Rupanya Ada Penyakit Kronik Stage 4

Ingatkan Normal Anak Selalu Muntah Lepas Menyusu Rupanya Ada Penyakit Kronik Stage 4

papar berkaitan - pada 29/12/2019 - jumlah : 281 hits
Selepas menyusu biasanya ibu akan diajar cara cara untuk sendawakan anak supaya mengelak si kecil muntah susu Namun sebenarnya ada banyak lagi yang menjadi sebab bayi muntah seperti yang dikongsikan oleh pasangan suami isteri ini apabila ba...
Dengar Anak Cakap Tak Elok Terus Tegur Bila Terbiasa Lagi Susah Nak Ajar

Dengar Anak Cakap Tak Elok Terus Tegur Bila Terbiasa Lagi Susah Nak Ajar

papar berkaitan - pada 24/12/2019 - jumlah : 484 hits
Elok elok kita ajar anak jangan cakap yang bukan bukan tiba tiba boleh pula terkeluar perkataan kurang senang di dengar Masa ni apa ibu ayah akan fikir Terus marah pukul atau hanya diam diri Mungkin ada sesetengah ibu bapa akan terus tegur ...
Stress Pulak Hari Hari Bawak Kereta Rasa Tak Sedap Macam Dah Sampai Masa Nak Tukar Ni

Stress Pulak Hari Hari Bawak Kereta Rasa Tak Sedap Macam Dah Sampai Masa Nak Tukar Ni

papar berkaitan - pada 18/12/2019 - jumlah : 841 hits
Enjin dah tak sedap lembab takde pick up Stress pulak bila hari hari bawa kereta rasa macam ni Dah sampai masa nak tukar kereta ni Enjin kenderaan ni samalah macam badan orang juga Perlu di jaga diberi makan yang betul supaya sihat Tapi pel...
Lepas Setahun Anak Minum Susu Formula Kena Terus Bagi Susu Bimbang Boleh Undang Lactose Intolerance

Lepas Setahun Anak Minum Susu Formula Kena Terus Bagi Susu Bimbang Boleh Undang Lactose Intolerance

papar berkaitan - pada 17/12/2019 - jumlah : 319 hits
Anak anak yang masih kecil memerlukan nutrisi yang banyak untuk tumbesaran mereka Bila keperluan nutrisi tidak dipenuhi maka timbullah masalah seperti kurang berat badan kurang tinggi cepat letih dan sebagainya Keperluan kalsium merupakan s...
Muntah Lepas Menyusu Petanda Awal Kanser Otak Tahap 4 Mohon Doakan Atikah Kuat

Muntah Lepas Menyusu Petanda Awal Kanser Otak Tahap 4 Mohon Doakan Atikah Kuat

papar berkaitan - pada 11/12/2019 - jumlah : 431 hits
Muntah setiap kali selepas menyusu petanda anak yang dilahirkan normal 6 bulan lalu akhirnya disahkan menghidap Embryyonal Tumor With Multilayered Rossettes grade 4 atau bahasa mudahnya kanser otak tahap 4 Bagi pasangan Mohd Anuar Husin 32 ...
Masih Berstatus Pns Kakak Iriana Ikut Lepas Gibran Daftar Pilkada Solo

Masih Berstatus Pns Kakak Iriana Ikut Lepas Gibran Daftar Pilkada Solo

papar berkaitan - pada 14/12/2019 - jumlah : 299 hits
Kakak kandung Iriana Haryanto alias Anto terlihat mengenakan kaos bergambar Indonesia Raya seperti ratusan relawan lainnya Padahal Anto berstatus sebagai Aparatur Sipil Negara atau Guru PNS SMPN 10 Solo
Lepas Status Jandanya Cut Tary Resmi Dipersunting Richard Kevin Semoga Samawa

Lepas Status Jandanya Cut Tary Resmi Dipersunting Richard Kevin Semoga Samawa

papar berkaitan - pada 13/12/2019 - jumlah : 355 hits
Nama Cut Tary bahkan sempat menjadi trending topic karena kemunculan kabar pernikahannya yang kedua ini
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

Watercolor Apartment For A Young Family With A Maine Coon

10 Myanmar Nationals Found In Car After Crash

Actress S Car Household Items To Be Auctioned Tomorrow To Pay Off Debt

Muslims May Wish Non Muslims On Religious Holidays Says Penang Mufti

The Benefits Of A Learning Management System For Every Organization