Hisap Puting Boleh Kurangkan Risiko Sindrom Kematian Bayi Mengejut Namun Puting Ada Juga Kesan Negatifnya


Sejak dahulu lagi, ramai ibu bapa yang mengambil pendekatan untuk memberikan puting bayi atau pacifier kepada anak sebagai salah satu cara untuk menenangkan anak. Keputusan untuk memberikan anak puting bayi atau lebih dikenali sebagai puting kosong ini, adalah terpulang kepada ibu bapa.
Baca Selanjutnya:
Nak Masa Hadapan Pendidikan Anak Terjamin? Persiapan Haruslah Bermula Dari Sekarang!  

Cuma, anda mungkin ingin tahu kesan pemberiannya kepada anak anda. Jadi, ikuti artikel ini untuk mengetahui mengenai kesan yang mungkin akan berlaku.

Apa itu puting kosong?
Puting kosong adalah puting bayi yang digunakan sebagai alat penenang yang diperkenalkan oleh Joaquin Martinez bagi menangani masalah wanita tidak dapat tidur kerana bayi meragam.
Alat penenang dianggap sebagai alat selamat yang diberikan kepada bayi untuk dihisap, bentuknya seperti gegelang gigit bagi gigi yang sedang tumbuh atau kelentong bulat di hujung. Tetapi kini, puting kosong diperbuat dari silikon atau getah yang standard, dengan pengadang mulut yang diperbuat dari plastik atau silikon bersama pemegangnya. Puting lateks adalah lebih lembut dan fleksibel dari silikon, tetapi ianya tak tahan lama. Pacifier moden adalah selamat untuk digunakan, senang untuk disteril dan pengadang mulut puting mencegah bayi daripada tercekik atau menelan puting itu.
Adakah baik jika bayi gemar menghisap puting?
Ramai ibu bapa mendapati bayi mereka akan lebih tenang jika diberikan puting bayi. Ini kerana, kebanyakan bayi rasa gembira apabila dapat menghisapnya tidak kiralah puting ibunya ataupun puting tiruan. Bagi penggunaan harian, ibu bapa akan menawarkan puting bayi yang banyak dijual di pasaran. Apabila dapat menghisapnya, anda akan lihat tumpuan bayi teralih dan bayi juga mudah untuk terlena selepas letih menghisap pacifier.
Selain itu, aktiviti menghisap pacifier semasa tidur siang dan malam juga dikatakan boleh membantu mengurangkan risiko sindrom kematian bayi mengejut (SIDS). Walau bagaimanapun, bagi bayi yang menyusu badan, ibu bapa adalah disarankan untuk menawarkan puting bayi selepas usia bayi 3 hingga 4 minggu.
Kesan negatif jika perkenalkan bayi kepada puting
Pemberian puting bayi ada juga kontranya. Sebelum ibu bapa menawarkan anak kepada puting bayi, ketahui dahulu apa kesannya kepada anak anda:
Pengenalan awal puting bayi kepada si manja yang masih kecil boleh mengganggu rutin penyusuannya. Terdapat kajian yang menunjukkan bahawa penggunaan pacifier boleh mengurangkan kekerapan sesi penyusuan bayi, malahan, sesetengah bayi akan berhenti menyusu selepas beberapa bulan diperkenalkan kepada puting bayi. Namun, kajian yang dilakukan kepada bayi yang sihat, dan cukup bulan mendapati tiada impak pada penyusuan bayi.

Bayi yang mendapat pacifier juga akan terlalu bergantung kepada puting bayi dan akan menangis jika tidak mendapatnya, tidak kiralah jika hendak tidur, semasa tidur atau selepas bangun tidur.
Infeksi telinga meningkat. Terdapat hubung kait yang membuktikan mengenai penggunaan puting bayi untuk jangka masa panjang dan infeksi telinga tengah. Dipercayai bahawa menghisap puting bayi menambah kemungkinan infeksi berpindah dari mulut ke tiub Eustachia (saluran berisi udara yang menyambungkan telinga tengah dengan bahagian belakang tekak). Jika anda memberikannya kepada bayi anda, pastikan anda mengehadkan penggunaannya untuk tidur sahaja, untuk mengelakkan masalah seperti ini.
Penggunaan puting bayi untuk jangka masa yang panjang cenderung menyebabkan masalah gigi. Ramai doktor gigi tidak menggalakkan penggunaan puting kosong atau menghisap jari sebab kedua-duanya boleh menyebabkan beberapa masalah apabila gigi tumbuh dan keluar, terutama sekali jika bayi masih menggunakan puting sebagai penenang semasa gigi kekal mereka sedang menembus keluar.
Masalah pertuturan. Penggunaan pacifier tidak membolehkan bayi membebel atau babbling, iaitu satu langkah penting untuk bayi anda belajar bertutur dan berkomunikasi.
Adakah saya perlu bagi bayi hisap puting?
Sudah tentu keutamaan ibu bapa adalah menenangkan bayi. Jadi, puting bayi adalah salah satu cara untuk bayi lebih tenang, tenteram dan tidak meragam. Pemberian pacifier tiada salahnya asalkan ibu bapa tidak terlalu menjadikannya sebagai alat utama untuk memudahkan tugas ibu bapa dalam menenteramkan anak. Dapatkan nasihat daripada doktor jika anak anda susah untuk berhenti hisap puting.
Memberikan puting kepada bayi
Terdapat segelintir ibu bapa yang memberikan puting kepada bayi untuk menenangkan bayi mereka, dan terdapat juga ibu bapa yang tidak gemar untuk menggunakannya. Wujud juga ibu bapa yang berpendapat untuk tidak menggunakannya pada ketika bayi masih belum dilahirkan dan akhirnya bertukar fikiran apabila sukar untuk membuat bayi yang menangis untuk bertenang.
Jika anda ingin memberikan bayi anda puting, berikut adalah beberapa perkara yang harus anda pertimbangkan, antaranya:
Tunggu dulu sampai bayi biasa dengan rutin penyusuan. Jangan terlalu kerap bagi bayi pacifier. Tawarkannya hanya selepas atau di antara waktu makan. Cuba hadkan pemberian puting bayi untuk masa-masa utama sahaja, seperti semasa serangan kolik atau hanya untuk menenangkan. Ini sekali gus dapat mengurangkan risiko infeksi telinga tengah dan masalah lain.
Pilih puting bayi jenis silikon, bebas BPA (bisphenol-A) dan selamat untuk bayi. Pastikan puting bayi bersih sebelum diberikan kepada si manja. Pastikan ia sentiasa bersih – sterilkan sama seperti puting botol. Jangan bagi anak-anak berkongsi puting bayi. Tawarkan bayi puting mengikut saiz yang sesuai dengan usianya. Jangan letakkan sebarang benda manis pada puting bayi kerana akan merosakkan gigi si manja. Ganti puting kosong bayi secara kerap – sama seperti puting botol, periksa jika ada retak, pecah atau lubang, yang boleh menakung kuman, dan gantikan dengan puting baru segera. Sebaiknya “ceraikan” anak anda dari putingnya sebelum usia satu tahun. Ini kerana ia lebih senang untuk dilakukan pada masa ini daripada ketika bayi anda sudah menginjak usia 2 hingga 3 tahun. Dan sebaik-baiknya sebelum gigi kekal keluar, selalunya pada usia enam tahun.
Tip memberhentikan pemberian puting bayi
Sekiranya anda berdepan masalah untuk memberhentikan tabiat ini dan anak anda gemar menghisapnya setiap masa, berikut adalah langkah-langkah yang boleh membantu:
Kurangkan masa anak anda dibenarkan menggunakannya secara perlahan-lahan. Jangan terus memberhentikan pemberian puting, kerana ini mungkin boleh menyebabkannya lebih sukar untuk ditenangkan.
Beri ganjaran dalam bentuk aktiviti-aktiviti yang menyeronokkan, stiker atau carta bintang – jangan berikan gula-gula untuk menggantikannya.
Tunjukkan kepadanya budak perempuan dan lelaki yang lebih tua, yang tidak menggunakan puting – kanak-kanak prasekolah suka dianggap lebih tua.
Bertegas dalam mengehadkan masa penggunaannya kepada masa-masa utama sahaja dalam masa sehari, seperti waktu tidur atau ketika dia tidak sihat.
Sumber: Hello Doktor
The post Hisap Puting Boleh Kurangkan Risiko Sindrom Kematian Bayi Mengejut, Namun Puting Ada Juga Kesan Negatifnya appeared first on Pa&Ma.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.majalahpama.my/hisap-puting-boleh-kurangkan-risiko-sindrom-kematian-bayi-mengejut-namun-puting-ada-juga-kesan-negatifnya/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tidur Meniarap Mengiring Tak Sesuai Untuk Bayi Posisi Terlentang Kurangkan Risiko Kematian Mengejut

Tidur Meniarap Mengiring Tak Sesuai Untuk Bayi Posisi Terlentang Kurangkan Risiko Kematian Mengejut

papar berkaitan - pada 22/5/2019 - jumlah : 605 hits
Posisi tidur amat mustahak terutamanya bagi bayi yang masih kecil Kenapa bayi tidak digalakkan tidur mengiring atau meniarap Mama dan papa kena tahu dan faham corak tidur bayi baru lahir langkah keselamatan yang perlu diambil Bayi baru lahi...
Ibu Obes Turun 5 7 Berat Badan Sebelum Mengandung Kurangkan Risiko Janin Cacat Bayi Meninggal

Ibu Obes Turun 5 7 Berat Badan Sebelum Mengandung Kurangkan Risiko Janin Cacat Bayi Meninggal

papar berkaitan - pada 4/6/2019 - jumlah : 562 hits
Berat badan memainkan peranan penting dalam kehamilan Obesiti atau kegemukan akan mengundang pelbagai risiko yang tidak baik kepada diri dan kandungan Menurut Dr Sharina Mohd Razali Pakar Perbidanan Sakit Puan Hospital Columbia Asia Bukit R...
Bahaya Tidur Dengan Bayi Bantal Selimut Penyebab Kematian Mengejut

Bahaya Tidur Dengan Bayi Bantal Selimut Penyebab Kematian Mengejut

papar berkaitan - pada 8/6/2019 - jumlah : 356 hits
Amalan tidur bersama bayi harus dilakukan dengan kaedah yang betul jika tidak ia berbahaya kepada bayi Kematian bayi yang mengejut berlaku dalam kalangan bayi berusia kurang setahun dan kematian bayi ini biasanya berlaku semasa tidur Ia jug...
Dalam Pantang Mama Boleh Tetapkan Tidur Bayi Jangan Agah Keterlaluan Bawah 3 Bulan

Dalam Pantang Mama Boleh Tetapkan Tidur Bayi Jangan Agah Keterlaluan Bawah 3 Bulan

papar berkaitan - pada 1/6/2019 - jumlah : 488 hits
Baru nak lelap mata anak bangun dan ajak main Masa ni nak marah ke nak layan sama banyak Ibu bapa dah penat seharian tapi nak tak nak terpaksa la juga layan hingga anak tidur semula Bila dah macam ni bangun pagi nak pergi kerja pun dah tak ...
Bahaya Urutan Naikkan Uri Kepada Ibu Hamil Bayi Boleh Maut Jika Berlaku Pendarahan

Bahaya Urutan Naikkan Uri Kepada Ibu Hamil Bayi Boleh Maut Jika Berlaku Pendarahan

papar berkaitan - pada 31/5/2019 - jumlah : 425 hits
Uri atau tembuni adalah tisu atau organ yang terbentuk bersama janin bagi membolehkan bayi mendapat oksigen dan nutrisi daripada ibu melalui salur nadi yang ada di dalam tali pusat Bahan bahan kumuhan bayi pula disalurkan melalui pembuluh d...
Kajian Mendapati Terapi Muzik Boleh Membantu Tumbesaran Otak Bayi Pramatang

Kajian Mendapati Terapi Muzik Boleh Membantu Tumbesaran Otak Bayi Pramatang

papar berkaitan - pada 1/6/2019 - jumlah : 250 hits
Mengikut angka yang dikeluarkan oleh WHO pada tahun 2015 sebanyak 15 juta bayi pramatang dilahirkan setiap tahun Bayi pramatang adalah bayi yang dilahirkan kurang dari 37 minggu dari tempoh kehamilan Masalah kesihatan kerap berlaku ke atas ...
Ibu Hamil Makan Juadah Raya Pastikan Sedikit Tapi Kerap Hand Sanitizer Kurangkan Risiko Jangkitan

Ibu Hamil Makan Juadah Raya Pastikan Sedikit Tapi Kerap Hand Sanitizer Kurangkan Risiko Jangkitan

papar berkaitan - pada 8/6/2019 - jumlah : 614 hits
Ibu hamil tidak terkecuali boleh merayakan kehadiran Syawal Namun atur pemakanan dan asas kebersihan agar boleh mengelakkan kemudaratan kepada kesihatan ibu dan bayi dalam kandungan Perkongsian daripada Pegawai Perubatan Kesihatan Wanita Ke...
Manfaat Renang Bagi Bayi

Manfaat Renang Bagi Bayi

papar berkaitan - pada 10/6/2019 - jumlah : 276 hits
informasitips com Renang merupakan salah satu olahraga yang memiliki banyak manfaat juga pada bayi Sayangnya masih banyak orangtua yang kurang tertarik untuk mengajari bayinya berenang Padahal manfaat yang didapat tidak hanya dalam hal kese...
Azrinaz Mazhar Hamil Sudah Tahu Jantina Bayi

Azrinaz Mazhar Hamil Sudah Tahu Jantina Bayi

papar berkaitan - pada 9/6/2019 - jumlah : 688 hits
Usia kandungan Azrinaz Mazhar kini sudah masuk bulan keenam Selepas setahun mendirikan rumah tangga bekas pengacara televisyen Azrinaz Mazhar Hakim mengesahkan dirinya kini sedang berbadan dua menerusi hasil perkahwinan keduanya dengan Fair...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Lirik Lagu Curang Abg Pau

Restoration Yamaha Ego

Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

Watercolor Apartment For A Young Family With A Maine Coon

10 Myanmar Nationals Found In Car After Crash

Actress S Car Household Items To Be Auctioned Tomorrow To Pay Off Debt