His Test
Bismillah.
Ujian Tuhan pada kita berbeza beza. Ada masa kita rasa dugaan Tuhan yang sedang kita tanggung tu berat sangat walhal Tuhan kata sebenarnya dugaan yang Dia bagi tu hanya kecil berbanding ujian lain yang menanti kita
Sungguh, Tuhan lebih Tahu.
Kenapa aku terpanggil untuk tulis fasal ni? Sebab minggu ni, berlaku beberapa situasi yang berkait rapat dengan tajuk entri aku kali ni. Jadi, aku rasa aku patut kongsi dengan niat lillahitala sebagai pedoman untuk diri aku dan kalian, inshaallah
Entri ni mungkin pendek dan mungkin jugak panjang berjela bergantung kepada kelancaran ingatan aku untuk recall balik semua situasi accordingly. Inshaallah. hehe
Ceritanya adalah berkenaan pengalaman yang dilalui oleh suami aku sendiri yakni Mr. Solarstreak kelmarin di KLIA.
Minggu sudah, suami aku menghadiri conference di Adelaide, South Australia. Alhamdulillah, syukur Tuhan lindungi penerbangan dia dari Adelaide, transit di Sydney kemudian ke Kuala Lumpur dan flight dia sampai lebih kurang 20 minit awal dari yang dijadualkan.
Here comes part yang Tuhan nak uji kesabaran dan kebergantungan suami aku pada Dia.
Masa dalam flight lepas terjaga dari tidur, dua kali suami aku cuba nak order makanan tapi tak dapat sebab cabin crew kata depa tak boleh nak serve sebab tengah air turbulance. Mungkin, Tuhan nak tingkatkan kesabaran suami aku sebab dia ni jenis yang cenderung untuk jadi cranky bila dia lapar.
Maka agak berlaparlah suamiku untuk beberapa jam sepanjang penerbangan sampailah flight tu mendarat.
Kemudian, Tuhan upgrade sikit ujian kat suami aku. Dah keluar flight, macam biasalah kan dia terus gerak ke tempat menuntut bagasi. Nak dijadikan cerita, bagasi dia pulak tak dapat dikesan.
Suami aku whatsapp,
"Abang tengah tunggu bagasi tapi bagasi tak sampai lah pulak.
Abang nak lodge report kemudian nak solat baru boleh pergi makan."
Sebagai isteri, respon yang mampu aku bagi pada suami aku waktu tu,
"Inshaallah, doa yang baik-baik. Sabar ya, abang. Allah tengah uji sikit tu. Abang kuat!"
Lepas aku respon macam tu kat suami aku, aku terus doa mintak pada Tuhan on the spot,
"Ya Allah, Terima kasih sebab lindung dan pelihara keselamatan suami saya sepanjang penerbangan balik dia dari Sydney. Ya Allah, saya dan suami saya minta maaf kalau kami tak cukup bersyukur dengan kebaikanMu pada kami. Tapi saya nak minta ya Allah, kasihanilah suami saya. Permudahkanlah dia untuk dapat balik bagasi dia tak kisah cepat atau lambat asalkan dia jumpa balik bagasi tu. Lindungi dan peliharalah suami saya, Ya Allah.
Kasihanilah dia, Ya Allah. Kejap lagi dia nak terus balik ke Penang. Saya mohon Ya Allah, berilah dia kekuatan dan perlindungan. Jangan hilangkan pengharapan kami padaMu, Ya Allah. Berilah khabar gembira pada kami, Ya Allah. Sesungguhnya pergantungan kami hanya padaMu. Amiin."
Dipendekkan cerita, alhamdulillah, suami aku selamat sampai di Penang (travel by car dengan kawan dia dari Putrajaya-Penang) dan kurang dari 24 jam, dia dapat khabar gembira daripada pihak airport, depa dah dapat kesan bagasi tu kat Sydney dan akan proceed untuk hantar balik.
Syukur, dapat dah collect bagasi dia hari ni dan pada masa yang sama dia dapat claim insurance.
Wallahi, ceria sangat suara suami aku bila dia call nak beritahu aku fasal ni.
Kemudian terus terdetik dalam hati aku, baiknya Allah pada aku dan suami. Dia uji sikit, bila kita bergantung sungguh sungguh pada Dia, terus Dia makbulkan doa kita. Sungguh, Sayangnya Allah pada kita
Aku respon pada suami,
"Kan Tiqah dah cakap, Allah uji sikit ja tu.
Baik kan Allah kat kita. Sekelip mata ja Dia makbulkan doa.
Kena cakap terima kasih banyak-banyak kat Allah tau, abang."
-----------------------------------------------
Fuhh, jenuh jugak aku nak recall balik untuk habiskan entri ni.
Okay, sambung. Apa yang aku nak highlight kat sini ialah,
hikmah yang Tuhan nak tunjuk pada aku dan suami kali ni menyedarkan kami tentang kebergantungan penuh kita sebagai hambaNya dalam setiap inci perkara baik sekecil-kecil mahupun sebesar-besar urusan hidup kita atas dunia ni.
Pada masa yang sama, Tuhan jentik hati aku untuk lebih hormat pada suami aku, selalu bersangka baik dengan Dia. Paling penting kena selalu pesan kat diri jangan mudah melatah, merungut dan kena selalu ada untuk satu sama lain bila diduga dengan ujian.
Aku doa sangat-sangat agar kami suami isteri terus dipelihara ketetapan iman, diteguhkan pengharapan dan keyakinan pada Dia. Mohon dibenteng, dilindungi dan dijauhkan daripada musibah dan perkara yang buruk. Amiin.
Mudah mudahan ada manfaat untuk aku dan kalian dari perkongsian aku kali ni
Kita ambil yang baik-baik, kita tapis dan baiki mana yang kurang baik ya.
Cukup sampai sini dulu.
Wassalam.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://yuyuatiqa.blogspot.com/2019/07/his-test.html