Hindraf 2 0 Rule Of Law Mahathir Adalah Cakap Lain Buat Lain


B Nantha KumarDiterbitkan Hari ini 6:45 petang 
BERITA

Ketua Hindraf 2.0, P Uthayakumar berkata prinsip 'rule of law' (kedaulatan undang-undang) yang dipegang Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad adalah bermaksud "cakap lain, buat lain".

Uthayakumar berkata demikian ketika mengulas isu kewaganegaraan yang dihadapi masyarakat India di negara ini, yang menurutnya dapat diselesaikan oleh Mahathir "dengan satu tandatangan".

"Sangat mudah. Mereka kata dalam masa seratus hari isu kewarganegaraan akan diselesaikan. Dalam penggal pertama parlimen kesemua 526 sekolah Tamil dijadikan sebagai sekolah bantuan penuh dan beberapa perkara lain dalam manifesto khas kaum India sebelum PRU ke-14 oleh PH.

"Jadi, bila kata 'rule of law' (kedaulatan undang-undang), kamu ikut undang-undang tak kira macam mana. Tapi, dia (Mahathir) tidak ikut undang-undang. Bermakna dia tidak maksud begitu (cakap serupa bikin). Sebaliknya, cakap lain buat lain," kata Uthayakumar kepada pemberita di Perhimpunan ulang tahun 12 Perhimpunan Hindraf di Brickfields, hari ini.

Uthayakumar yang juga merupakan seorang peguam menggesa Mahathir dan kerajaan PH memenuhi 25 janji dalam manifesto khas kepada kaum India.

"Mereka janji kepada komuniti India sebelum PRU ke-14. Dengan satu tandatangan Mahathir dan kepimpinan PH boleh menyelesaikan masalah-masalah ini.

"Persoalannya, adakah mereka nak selesaikan semua isu yang dibangkitkan atau nak meneruskan era perkauman seperti Umno?" katanya.

Ketika ditanya adakah Hindraf 2.0 akan terus menekan kerajaan PH supaya memenuhi janji dalam manifesto, Uthayakumar berkata: "Kenapa kamu perlu terus tekan? Bukankah tugas kerajaan memenuhi janji manfifesto. Kamu diberi kuasa. Kamu mempunyai kuasa dan perlu patuh kepada undang-undang."
Terdahulu, hampir 100 orang berkumpul di Brickfields tengah hari tadi, bagi mengingati ulang tahun ke-12 Perhimpunan Hindraf yang menyaksikan hampir 100,000 orang berkumpul di Kuala Lumpur pada 25 November 2007.

"Hari ini kita berkumpul 100 sahaja. Hanya 0.1 peratus daripada 100,000 pada 2007. Ini menunjukkan kerajaan berjaya memecahkan kita. Mereka ada kuasa dan dana. Mereka akan terus pecahkan kita pelbagai tuduhan dan cuba menakutkan kita.

"Namun, hari ini kita di sini nak hantar 'token objection' (bantahan) kita kepada kerajaan PH supaya memenuhi janji seperti dalam manifesto yang dijanjikan oleh mereka sendiri," tambahnya.

Beliau turut berkata tindakan polis mengadakan sekatan jalan raya di sekitar Brickfields mengakibatkan ramai tidak dapat hadir.

"Mereka bagi permit untuk perhimpunan dalam masa yang sama mengadakan sekatan jalan raya supaya orang tidak dapat masuk," katanya

Uthayakumar berkata, pihaknya akan terus mendidik kaum India untuk mewujudkan kerusi parlimen dan DUN bermajoriti India bagi membawa suara masyarakat India di parlimen dan dewan negeri.

"Ini sahaja cara untuk maju ke depan. Tiada cara lain. Kerana wakil India sekarang tidak berani kerana mereka menang sebab undi Melayu dan Cina. Mereka tidak dapat bersuara demi kaum India di parlimen atau di pucuk pimpinan.

"Kita ada empat menteri. Tapi, mereka tiada kuasa kerana mereka perlu sokongan undi Melayu dan Cina. Jadi, sekarang kita perlu mewujudkan kerusi parlimen majoriti India," katanya.

Antara kerusi parlimen dicadangkan bagi tujuan itu ialah Kulim (Kedah), Prai (Pulau Pinang), Ipoh Barat (Perak), Kota Raja (Selangor), Port Dickson (Negeri Sembilan), Tebrau (Johor) dan Cameron Highlands (Pahang).

"Kita akan mempunyai satu wakil di setiap negeri, jadi kamu (kaum India) akan mempunyai suara di peringkat tertinggi. Kita akan mempunyai wakil untuk bertanya.

"Sebagai contoh setiap hari Rabu ada sesi soalan kepada perdana menteri. Berapa soalan berasaskan (isu masyarakat) India ditanya? Kosong. Sebab, mereka (wakil rakyat sekarang) perlu undi Melayu dan Cina.

"Negara ini semakin menjadi rasis. Ini adalah fakta sama ada kamu terima atau tidak. Kita tidak mempunyai alternatif. Alternatif lain kita harap akan ada pemimpin 'Abraham Lincoln Melayu' menjadi perdana menteri Malaysia," katanya.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://wak-labu.blogspot.com/2019/11/hindraf-20-rule-of-law-mahathir-adalah.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Singkir Sajalah Mahathir Buat Apa Hari Hari Cakap Saja Tapi Tak Buat

Singkir Sajalah Mahathir Buat Apa Hari Hari Cakap Saja Tapi Tak Buat

papar berkaitan - pada 22/11/2019 - jumlah : 240 hits
Hari hari kita dengar Pakatan Harapan bercerita tentang rakyat marah dengan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan tentang perjanjian yang Mahathir akan serah kuasa kepada Anwar Ibrahim dalam masa enam bulan lagi Buat sajalah undi tida...
Tun M Cakap Tak Serupa Bikin Kepada Masyarakat India Hindraf

Tun M Cakap Tak Serupa Bikin Kepada Masyarakat India Hindraf

papar berkaitan - pada 26/11/2019 - jumlah : 184 hits
Ketua Hindraf 2 0 P Uthayakumar KUALA LUMPUR Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dibidas kerana didakwa gagal menjaga kebajikan masyarakat India sekarang berbeza dengan janji ketika berkempen pada PRU 14 lalu Menurut Ketua Hindraf 2 0 P...
Dr Mahathir Dan Lim Kit Siang Semakin Terdesak Untuk Menekan Antara Satu Sama Lain

Dr Mahathir Dan Lim Kit Siang Semakin Terdesak Untuk Menekan Antara Satu Sama Lain

papar berkaitan - pada 27/11/2019 - jumlah : 463 hits
Keputusan PRK Tg Piai memang memeranjatkan semua pihak sama ada kerajaan mahu pun pembangkang sendiri Apa yang ramai tak sedari ialah keputusan PRK Tg Piai membuatkan baik Dr Mahathir mahu pun Lim Kit Siang semakin terdesak untuk mencantas ...
Be Lions Display Loyalty To Rule Of Law Not Superiors Cj Tells Judges

Be Lions Display Loyalty To Rule Of Law Not Superiors Cj Tells Judges

papar berkaitan - pada 29/11/2019 - jumlah : 458 hits
Chief Justice Tengku Maimun Tuan Mat expects judges to manage and dispose of cases efficiently have good judicial temperament and produce quality written judgments PUTRAJAYA Chief Justice Tengku Maimun Tuan Mat said judges are lions in thei...
Tak Salah Jadi Ibu Ayah Sporting Tapi Jangan Sampai Kita Ikut Semua Cakap Anak

Tak Salah Jadi Ibu Ayah Sporting Tapi Jangan Sampai Kita Ikut Semua Cakap Anak

papar berkaitan - pada 30/11/2019 - jumlah : 685 hits
Kebanyakan ibu ayah buntu mengapa anak mereka suka buat perangai Sebenarnya dalam tidak sedar kitalah yang menyebabkan mereka berperangai negatif Jika dibiarkan mungkin ia boleh berlanjutan sehingga mereka besar nanti Artikel Menarik Sebaga...
Tahukah Anda Hari Ini 11 November Adalah Hari Single Day

Tahukah Anda Hari Ini 11 November Adalah Hari Single Day

papar berkaitan - pada 11/11/2019 - jumlah : 396 hits
11 November adalah tarikh khas untuk meraikan orang orang yang single atau tidak mempunyai pasangan di China Dikenali juga dengan nama Guanggun Jie Single Day pada awalnya diraikan di negara China untuk menghiburkan hati anak anak muda di C...
Jenazah Yang Mula Mula Disolatkan Adalah Jenazah As Ad Ibn Zurarah

Jenazah Yang Mula Mula Disolatkan Adalah Jenazah As Ad Ibn Zurarah

papar berkaitan - pada 11/11/2019 - jumlah : 267 hits
Adakah solat jenazah itu hanya ke atas umat Nabi Muhammad SAW Bila ia mula disyariatkan ketika di Makkah atau Madinah Mengikut pendapat setengah ulama solat jenazah hanya tertentu ke atas umat Nabi Muhammad dengan kaifiat dan caranya yang t...
Pencahayaan Di Lokasi Kejadian Adalah Cukup Pihak Pendakwaan Fail Notis Rayuan Kes Tragedi Basikal Lajak Ragut 8 Nyawa

Pencahayaan Di Lokasi Kejadian Adalah Cukup Pihak Pendakwaan Fail Notis Rayuan Kes Tragedi Basikal Lajak Ragut 8 Nyawa

papar berkaitan - pada 11/11/2019 - jumlah : 1416 hits
https ift tt 2NyAnGG Pihak pendakwaan semalam memfailkan notis rayuan terhadap keputusan Mahkamah Majistret Johor Bahru yang melepaskan dan membebaskan jurujual wanita daripada tuduhan memandu secara melulu sehingga menyebabkan kematian lap...
Prabowo Sebut Kaum Terdidik Adalah Cadangan Pertahanan Negara

Prabowo Sebut Kaum Terdidik Adalah Cadangan Pertahanan Negara

papar berkaitan - pada 12/11/2019 - jumlah : 288 hits
Untuk komponen cadangan pertahanan negara Prabowo mengatakan pihaknya akan menggandeng Kementerian Pertahanan bekerjasama dengan Kementerian Pendidikan dan Kebudayaan untuk menghasilkan perwira dari kalangan mahasiswa hingga lulusan S3
Mengapa Sholat Sebaiknya Dilakukan Di Awal Waktu

Siti Mastura Pays Rm830k Pending Appeal In Dap Leaders Defamation Case

All The Android Updates Coming To The Samsung Galaxy S25 Series And More

Ringgit Strengthens After Bnm Maintains Opr At 3

Buffet Ramadan 2025 Bangi Golf Resort

Nasi Kandar Kayu Di Kl Sentral Kuala Lumpur

Wordless Wodnesday Nasi Daun Jeruk By Sheila Rusly

Siti Kasim Enraged At Money Play To Lure Conversion Forced Islamisation In Malaysia


echo '';
4 Tanda Ketagihan Yang Jelas Pada Wajah Seorang Penagih Syabu Ice

Biodata Putra Abdullah Atlet Muay Thai Boxing Malaysia Seangkatan Johan Ghazali Jojo Team Jordan Boy

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Akad Yang Terlindung Slot Samarinda TV3


Boy Cipta Kejutan Sambar Emas Di Acara Keirin

Resipi Mudah Dan Sedap Masak Pucuk Paku Lemak Tempoyak Dengan Udang

Pemimpin Pemuda Umno Sokong Hak Rakyat Berhimpun Sabtu Ini

Rekod Tiga Kerajaan Lalu Jaga Kebebasan Kehakiman Lebih Baik

Mondy Diarah Bayar Rm20 000 Kepada Ebit Lew

Featured In Rent Com How To Connect With Your Inner Child Through Decor