Tun M Cakap Tak Serupa Bikin Kepada Masyarakat India Hindraf


Kasthuri Jeevendran Ketua Hindraf 2.0, P. Uthayakumar.
KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad dibidas kerana didakwa gagal menjaga kebajikan masyarakat India sekarang berbeza dengan janji ketika berkempen pada PRU-14 lalu.

Menurut Ketua Hindraf 2.0, P. Uthayakumar, slogan rule of law yang sering dilaungkan oleh Mahathir sebelum ini tampak sangat menyakinkan pengundi pada masa lalu namun kini ia ‘cakap lain, buat lain’.

Beliau yang  kecewa terutamanya dalam isu kewarganegaraan membabitkan golongan itu berkata, hakikatnya dengan kuasa  Perdana Menteri, Mahathir hanya memerlukan satu tandatangan sahaja jika mahu menyelesaikan perkara tersebut.

“Katanya dalam janji-janji sebelum PRU-14, ketika kempen pilihan raya, setiap pentas dan perjumpaan pastinya mereka menjanjikan ‘100 hari selesai masalah’ seandainya menang besar. Sekarang siapakah kerajaan?

“Pengundi-pengundi telah memberikan mandat dan kuasa kepada kerajaan di bawah Mahathir. Saya berikan anda contoh, dalam penggal pertama Parlimen, kesemua sekolah sebanyak 526 sekolah Tamil dikatakan akan dijadikan sebagai sekolah bantuan penuh.

“Tidak lupa juga beberapa perkara lain khas untuk masyarakat India dalam manifesto yang dirangka khas oleh PH (Pakatan Harapan) sebelum PRU-14.

“Tetapi yang peliknya, jika ikut rule of law atau undang-undang, anda akan ikut setiap yang diperkatakan tetapi selepas pilihan raya, kamu tidak ikut cakap kamu sendiri. Senang cakap, ‘cakap tidak serupa bikin’,” katanya.

Beliau berkata demikian di hadapan kira-kira 100 penyokong pada Perhimpunan Ulang Tahun Hindraf yang ke-12 di Little India, Brickfields petang tadi.

Kata Uthaya, seharusnya setiap janji yang telah ditabur oleh PH seharusnya dilaksanakan seperti yang termaktub dalam 25 janji khas untuk masyarakat India di negara ini.

“Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih sahaja. Sebenarnya banyak permasalahan yang sudah menghantui masyarakat India selama bertahun ini boleh diselesaikan oleh Tun Mahathir jika mahu.

“Tetapi adakah mereka memilih untuk berdiam diri dan mengambil masa mereka sendiri untuk selesaikan ianya seperti zaman UMNO dulu? Entahlah, saya tidak pasti,” ujarnya.

Dalam pada sama, kata pemimpin Hindraf 2.0 itu melahirkan rasa sesal kerana kira-kira hanya 100 orang daripada keseluruhan masyarakat India di negara ini tampil menyertai perhimpunan tersebut hari jika hendak di bandingkan era kegemilangan mereka sebelum ini.

Pada tahun 2007, sekurang-kurangnya lebih daripada 100,000 komuniti India menyertai perhimpunan yang akhirnya berjaya menempa sejarah serta perubahan drastik pada PRU 2008 di mana pembangkang berjaya membentuk kerajaan di beberapa buah negeri.

“Pada hari ini, hanya 100 atau kurang daripada angka itu yang hadir pada perhimpunan kita. Hanya 0.1 peratus daripada jumlah pada 2007. Apakah maknanya? Kerajaan telah berjaya memecah belahkan kita. Menakut-nakutkan kita dengan pelbagai cerita serta tuduhan.

“Tidak cukup dengan itu, terdapat pula sekatan polis sana-sini bagi menghalang individu serta kumpulan untuk hadir ke perhimpunan hari ini.

“Tidak apa, ini tidak berhenti setakat di sini sahaja, kita akan terus tuntut hak kita supaya kerajaan kini memenuhi semua janji yang ada dalam manifesto,” tegasnya. – MalaysiaGazette



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2019/11/tun-m-cakap-tak-serupa-bikin-kepada.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hindraf 2 0 Rule Of Law Mahathir Adalah Cakap Lain Buat Lain

Hindraf 2 0 Rule Of Law Mahathir Adalah Cakap Lain Buat Lain

papar berkaitan - pada 25/11/2019 - jumlah : 638 hits
Diterbitkan Hari ini 6 45 petang BERITAKetua Hindraf 2 0 P Uthayakumar berkata prinsip rule of law yang dipegang Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad adalah bermaksud cakap lain buat lain Uthayakumar berkata demikian ketika mengulas isu kewa...
Masyarakat Tanjung Piai Akan Rugi Jika Tak Pilih Calon Ph Tun M

Masyarakat Tanjung Piai Akan Rugi Jika Tak Pilih Calon Ph Tun M

papar berkaitan - pada 14/11/2019 - jumlah : 237 hits
PONTIAN Masyarakat tempatan akan rugi jika tidak mengundi calon Pakatan Harapan dalam Pilihan Raya Kecil Parlimen Tanjung Piai semata mata kerana marah terhadap kerajaan kata Pengerusi Pakatan Harapan Tun Dr Mahathir Mohamad Perdana Me
Kini Tajir Melintir Ternyata Ini Pekerjaan Pertama Muzdalifah Yang Bikin Terkejut

Kini Tajir Melintir Ternyata Ini Pekerjaan Pertama Muzdalifah Yang Bikin Terkejut

papar berkaitan - pada 18/11/2019 - jumlah : 237 hits
Muzdalifah namanya dikenal sebagai seorang pengusaha dengan kekayaan yang melimpah Namun siapa sangka bila sebelum terjun sebagai pengusaha ia merupakan seorang pegawai
Pelecehan Seksual Baru Pelaku Menciprati Spermanya Ke Belasan Wanita Di Tasikmalaya Bikin Jijik

Pelecehan Seksual Baru Pelaku Menciprati Spermanya Ke Belasan Wanita Di Tasikmalaya Bikin Jijik

papar berkaitan - pada 18/11/2019 - jumlah : 442 hits
Pelaku mengincar wanita yang sedang berada di pinggir jalan Dan saat ini kasusnya tengah ditangani pihak kepolisian
7 Hotel Ramah Lingkungan Konsepnya Bikin Takjub Dan Kagum

7 Hotel Ramah Lingkungan Konsepnya Bikin Takjub Dan Kagum

papar berkaitan - pada 19/11/2019 - jumlah : 239 hits
Hotel merupakan sara akomodasi yang penting bagi para wisatawan Inilah beberapa hotel ramah lingkungan yang ada di Indonesia
Bikin Haru Viral Video Pramugara Pesawat Suapi Lansia

Bikin Haru Viral Video Pramugara Pesawat Suapi Lansia

papar berkaitan - pada 20/11/2019 - jumlah : 391 hits
Media sosial instagram dan twitter sedang diramaikan dengan video yang memperlihatkan seseorang yang disebut sebagai pramugara sebuah maskapai tengah menyuapi ibu lansia di pesawat
Legoland Malaysia S Summer Carnival Is Back With A Splash For A Third Year

Igp Malaysia Risks Becoming Terror Transit Hub As Is Linked Bangladeshis Recruit Migrant Workers Via Social Media

Terima Kasih Untuk 13 Juta Pageviews Blog

Buat Paper Bag Sendiri Untuk Produk Event Anda Bersama Mosumart Design

Satelit Berteknologi Ai Yang Beresolusi Tinggi Kesan Pencerobohan Tanah Hutan Di Pahang Menjelang 2027

Sejarah Perang Mu Tah Sebab Terjadi Jalannya Pertempuran Dan Kemenangan Kaum Muslimin

Unboxing Hadiah Daripada Blogger Kak Amie Terima Kasih Sudi Menghargai

The Graduate A Slick Bmw Boxer Bobber Built From R65 And R100 Parts


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Lelaki Bongkar Kecurangan Seorang Wanita Sarat Mengandung Semasa Menonton Perlawanan Di Stadium

10 Janji Allah Kepada Mereka Yang Ingin Berkahwin

Artis Paling Muda Di Dunia Yang Menjalani Pembedahan Penukaran Jantina

Tiga Tanda Kiamat Yang Harus Difikirkan

Asean Trying To Avoid Using Us Dollar In Trade Says Anwar

Pas Slams Gov T For Treating People As Tax Collection Machines Burdening Rakyat