Lagi Hina Agama Sultan Pdrm P Rk 6 Parlimen


 
Nurhafizah (tengah) dan Munirah (kiri) ketika hadir menyerahkan satu memorandum kepada agong di Pintu 3 Istana Negara, di sini, petang tadi. (FOTO: HARAKAHDAILY/Muhammad Zharif Zulkiflee)
I. Isu Ganesparan: PUTRA serah memorandum mohon kepada Agong
KUALA LUMPUR: Parti Bumiputera Perkasa Malaysia (PUTRA) pada hari ini (3 April) telah menyerahkan satu memorandum untuk memohon ampun perkenan KDYMM Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong, supaya melucutkan kewarganegaraan Ganesparan Nadaraja yang didakwa menghina agama Islam, Sultan Selangor dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Ketua Pergerakan Wirawati PUTRA, Nurhafizah Jamalludin berkata, tindakan individu berkenaan jelas menderhaka institusi diraja dan berharap Yang Di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim ibni Sultan Iskandar agar segera mengambil tindakan sewajarnya dengan melucutkan kewarganegaraannya.
“Saya percaya jika hal ini berlaku di negara Thailand, bukan setakat kerakyatannya yang dilucutkan, malah sudah pasti tindakan lebih berat akan diambil dan dihukum bunuh,” katanya ketika hadir di Pintu 3 Istana Negara, di sini, petang tadi.
Menurutnya, sebagai rakyat Malaysia yang setia kepada negara, kita perlu patuh dan taat kepada prinsip Rukun Negara yang menjadi pegangan dalam hidup.
“Kalau kita lihat, ‘Kesetiaan kepada Raja dan Negara’ merupakan prinsip rukun negara yang kedua. Jadi apabila perkara ini dipermainkan oleh sesetengah pihak, ianya melampaui kedaulatan institusi raja-raja dan perlembagaan,” ujarnya.
Sementara itu, Naib Ketua Wirawati PUTRA, Datin Munirah Abdul Manap berkata, tindakan melucutkan kewarganegaraan Ganesparan perlu diambil agar martabat negara tidak tercemar sekaligus menghormati prinsip yang terkandung dalam Rukun Negara.
“Generasi muda perlu dicontohi dengan perkara-perkara yang mengangkat kemuliaan Institusi Diraja dan martabat Rukun Negara serta Perlembagaan”,
“Tindakan Ganesparan pastinya memberi kesan negatif yang boleh mengganggu-gugat serta mempengaruhi generasi muda untuk wujudnya sikap negatif antara kaum,” katanya.
Terdahulu, video berdurasi 2.27 saat yang tular sejak 26 Mac 2024 memaparkan seorang individu bernama Ganesparan Nadaraja, telah mengeluarkan satu kenyataan dengan menghina agama Islam; Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah dan Institusi Diraja serta pihak PDRM, yang telah ditonton oleh orang ramai serata negara. – HARAKAHDAILY 3/4/2024
II. P'raya kecil 6 kerusi parlimen. 
Dr Wan Nik Wan Yussof
PRK 6 kerusi parlimen perlu keputusan Speaker
KOTA BHARU: Keputusan muktamad pilihan raya kecil (PRK) di enam kawasan parlimen yang membabitkan Ahli Parlimen BERSATU yang menyokong perdana menteri bergantung kepada keputusan Speaker Dewan Rakyat.
Pengarah Jabatan Pilihan Raya PAS Kelantan, Dr Wan Nik Wan Yussof berkata, walaupun pindaan perlembagaan BERSATU sudah mendapat kelulusan Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (RoS), namun ia perlu memaklumkan kepada Speaker.
“Maknanya Speaker kena buat keputusan, sama ada kosong atau tidak. Sekirannya Speaker setuju, barulah notis kekosongan enam kerusi parlimen Bersatu terbabit diserah kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk proses pilihan raya.
“Dan dalam masa 60 hari selepas SPR menerima notis Speaker, agensi itu perlu mengumumkan tarikh pilihan raya di enam kerusi terbabit diadakan,” katanya di sini.
Semalam, Ketua Armada BERSATU Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal memberitahu RoS telah meluluskan permohonan pindaan perlembagaan BERSATU bagi membolehkan parti itu mengosongkan enam kerusi ahli parlimen yang menyokong pihak lain.
Pada Mac lepas, BERSATU meluluskan Perkara 10 perlembagaan parti itu selepas mendapat sokongan 1,956 perwakilan yang hadir pada Perhimpunan Agung Khas.
Sebelum ini enam Ahli Parlimen BERSATU menyatakan sokongan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Mereka iaitu Ahli Parlimen Bukit Gantang, Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal; Datuk Dr Suhaili Abdul Rahman (Labuan) dan Dato’ Dr Zulkafperi Hanapi (Tanjong Karang).
Selain itu Zahari Kechik (Jeli), Mohd Azizi Abu Naim (Gua Musang) dan Datuk Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid (Kuala Kangsar).
Langkah serupa juga dijejaki Adun Selat Klang, Dato’ Abdul Rashid Asari yang menyatakan sokongan kepada Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari.
Dr Wan Nik berkata, biarpun BERSATU sudah mendapat kelulusan RoS mengenai pindaan perlembagaan parti itu, namun kuasa dan perintah kekosongan tertakluk kepada keputusan Speaker.
“Kita menjangka isu tersebut tidak mudah selesai dan boleh berpanjangan sehingga BERSATU berjaya mendapat perintah mahkamah.
“Maknanya BERSATU kena mohon perisytiharan kekosongan implikasi kelulusan RoS itu ke mahkamah sekiranya ia tidak dilayan Speaker,” ujarnya. – HARAKAHDAILY 3/4/2024  
Komen Weblog Ibnu Hasyuim: Lagi hina agama, Sultan, PDRM. & P'rk 6 parlimen
Akhirnya, di M'sia, hanya tinggal pemimpin-pemimpin ekstrem mentadbir negara seperti DAP-madani yang masih bodoh sombong, degil tak mahu mengikut perkembangan keadilan dan kemanusiaan sejagat.






Sekian.
Kesimpulan:
Terima kasih tuan-tuan pengundi. Tuan telah menggunakan tugas tuan sebaik-sebaiknya, bila menyokong perjuangan parti Islam/PN dan rakan-rakan. Umat Islam wajib mempertahankan agamaNya dengan menentang kezaliman pemerintah puak anti Islam.
Namun, hak orang bukan Islam di negara ini pun wajib dilindungi oleh kerajaan Islam yang memerintah. Sila lihat peraturan dan hukum 'Hak orang bukan Islam dalam negara Islam' yang sebenar. Lihat negeri Kelantan sebagai contoh awalnya. 
Terima kasih juga kepada kawan-kawan kita yang bukan dan belum Islam.
Sekian. Wassalam. 
Maaf zahir batin, dari rakan Islammu Ibnu Hasyim.

Siri kebangkitan 'damai' se dunia Israel/AS berakhir.. 
1. S'pura kutuk HAMAS. DAP,/PAP/S'pura/Israel sama?2. Doa rakyat K'tan-M'sia untuk Paleestin. & DAP/PAP ...3 .Kebangkitan 'damai' se dunia.. & burung unta soro...3. Kepada peminat filem, Gaza karya fiksyen?5. Ada kapal terkait Israel, serang! Ranapkan..6.Tel Aiv diserang HAMAS, Iran, Yaman & +++7. Israel kalah perang di Gaza. & kesan di M'sia..8. AS Tiba-Tiba 'Bela' Hamas, mengapa?9. Gencatan senjata, Israel/HAMAS awal kemenangan Is...10. Rahsia kekuatan HAMAS. & Misteri wanitanya..11. Ini, Mossad Israel, buru HAMAS hingga ke M'sia, ki...12. Ini, Abu Ubaidah jadi hujung tombak Al-Qassam HAMAS.

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.ibnuhasyim.com/2024/04/lagi-hina-agama-sultan-pdrm-prk-6.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Tepat Dah Dap Buang Dia Ni Hak Apa Kau Nak Pertahankan Hak Hina Agama Orang Kah Pdrm Boleh Kot Pegang Dia Ni

Tepat Dah Dap Buang Dia Ni Hak Apa Kau Nak Pertahankan Hak Hina Agama Orang Kah Pdrm Boleh Kot Pegang Dia Ni

papar berkaitan - pada 6/4/2024 - jumlah : 199 hits
Memang tepat tindakan DAP gugurkan sebagai calon dalam PRU sebelum ini Memang dasar rasis yang tidak reti menghormati kaum dan agama lain Ramasamy persoal kalau DAP tak mampu orang Cina dalam isu stokin Hak apa Hak untuk menghina agama lain...
Negeri Lapor Polis Lelaki Hina Sultan Selangor Persenda Islam Selangorkini 27 0 2024

Negeri Lapor Polis Lelaki Hina Sultan Selangor Persenda Islam Selangorkini 27 0 2024

papar berkaitan - pada 27/3/2024 - jumlah : 248 hits
SHAH ALAM 27 MAC Kerajaan Negeri membuat laporan polis terhadap individu yang didakwa menghina Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor dan institusi diraja dalam media sosial EXCO perumahan berkata laporan terhadap N Ganesparan 42 juga dibuat ...
Difitnah Hina Agama Hindu Zamri Vinoth Cabar Rayer Buktikan

Difitnah Hina Agama Hindu Zamri Vinoth Cabar Rayer Buktikan

papar berkaitan - pada 27/3/2024 - jumlah : 131 hits
N Faizal GhazaliPendakwah bebas Muhammad Zamri Vinoth Kalimuthu mencabar Ahli Parlimen Jelutong RSN Rayer untuk membuktikan dakwaan dia menghina kaum India beragama Hindu di Malaysia Bagi menjawab kenyataan Rayer dan rakan rakannya pertama ...
Aktiviti Lapor Polis Isu Individu Hina Islam Sultan Ppim 27 03 2024

Aktiviti Lapor Polis Isu Individu Hina Islam Sultan Ppim 27 03 2024

papar berkaitan - pada 27/3/2024 - jumlah : 233 hits
Tular video memaparkan seorang individu yang menghina agama Islam Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah dan Polis Diraja Malaysia Sehubungan itu EXCO Perumahan dan Kebudayaan Negeri Selangor YB Tuan Borhan Aman Shah hari ini bertind...
Hari Keputeraan Rasmi Sultan Johor

Hari Keputeraan Rasmi Sultan Johor

papar berkaitan - pada 24/3/2024 - jumlah : 285 hits
Hari Keputeraan Rasmi Sultan Johor DAULAT TUANKU Mengadap Kebawah Duli Yang Maha Mulia Sultan Ibrahim Sultan Yang Dipertuan Bagi Negeri dan Jajahan Takluk Johor Darul Ta zimYang di Pertuan Agong Merafak Sembah Ucapan Setinggi Tinggi Tahniah...
Sultan Pahang Terima Menghadap Pm Anwar Di Istana Abdulaziz

Sultan Pahang Terima Menghadap Pm Anwar Di Istana Abdulaziz

papar berkaitan - pada 24/3/2024 - jumlah : 139 hits
KUANTAN Sultan Pahang Al Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al Mustafa Billah Shah hari ini berkenan menerima menghadap Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim di Istana Abdulaziz di sini sempena lawatan beliau ke negeri ini semalam Berangkat sa...
Sultan Pahang Perdana Menteri Bertembung Di Bazar Ramadan

Sultan Pahang Perdana Menteri Bertembung Di Bazar Ramadan

papar berkaitan - pada 24/3/2024 - jumlah : 262 hits
KUANTAN Sultan Pahang Al Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al Mustafa Billah Shah dan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini bertembung di Bazar Ramadan Mahkota Square di sini Al Sultan Abdullah yang diiringi Tengku Ampuan Pahang Tunk...
Kementerian Pengangkutan Kaji Titah Sultan Kelantan Sambungan Ercl Ke Rantau Panjang

Kementerian Pengangkutan Kaji Titah Sultan Kelantan Sambungan Ercl Ke Rantau Panjang

papar berkaitan - pada 25/3/2024 - jumlah : 206 hits
KOTA BHARU Malaysia Rail Link mengesahkan Kementerian Pengangkutan sedang melaksana kajian berkait titah Sultan Kelantan Sultan Muhammad V yang mahu projek Laluan Rel Pantai Timur disambung sehingga ke Rantau Panjang Ketua Pegawai Eksekutif...
Mengadap Sultan Pahang Semalam

Mengadap Sultan Pahang Semalam

papar berkaitan - pada 24/3/2024 - jumlah : 218 hits
Menghadap Sultan Pahang Kebawah Duli Paduka Baginda Sultan Pahang Al Sultan Abdullah Riayatuddin Al Mustafa Billah Shah Ibni Almarhum Sultan Haji Ahmad Shah di Istana Abdulaziz Kuantan dalam kerangka lawatan saya hari ini ke negeri Pahang D...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Airport Berpenunggu

Panduan Lengkap Untuk Reka Bentuk Kotak Pembungkusan Makanan Yang Menarik

10 Tips Pilih Pam Tayar Kereta Tekanan Angin Tayar Kereta Yang Sesuai

Catatan Hari Terakhir Trip Ke Kuching

Resepi Udang Khamped Padu Mudah Sedap Dan Confirm Licin Pinggan

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities