Hina Mahkamah Tommy Thomas Digesa Letak Jawatan Peguam Negara Suara Tv



KUALA LUMPUR – Peguam Negara, Tan Sri Tommy Thomas digesa supaya melepaskan jawatan susulan kertas penghakiman oleh Hakim Koroner, Rofiah Mohamad hari ini memutuskan secara prima facie bahawa beliau telah menghina mahkamah dan menyalahi prinsip perundangan inkues.
Desakan itu dibuat Pemuda UMNO apabila Thomas secara tidak bertanggungjawab dan subjudis telah membuat satu afidavit dengan menyatakan pendirian awal mengenai punca kematian pegawai bomba, Muhammad Adib Mohd Kassim yang masih menjadi persoalan cuba dirungkaikan di dalam inkues sedang berlangsung.
Ketua Pemudanya, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berkata, Rofiah menjelaskan, perlakuan Peguam Negara itu merupakan satu bentuk ‘scandalized’ prosiding inkues.
“Inkues berkenaan boleh sahaja dianggap sebagai hanya satu lakonan atau permainan wayang dan satu proses ‘rubber stamping’ sahaja kepada kedudukan yang telah diambil oleh Peguam Negara.
“Justeru, Pemuda UMNO mendesak agar Thomas sewajarnya meletakkan jawatan secara terhormat bersandarkan beberapa asas bahawa Peguam Negara adalah satu jawatan yang amat besar dan penting dalam sistem perundangan negara kerana mengikut Perkara 145 (2) Perlembagaan Persekutuan, menjadi kewajipan Peguam Negara menasihati Yang di-Pertuan Agong atau jemaah menteri atau mana-mana menteri mengenai apa-apa perkara undang-undang,” katanya.
Asyraf berkata demikian menerusi hantaran terbaru beliau di laman Facebook hari ini.
Berita berkaitan;
Bapa Adib Dapat Kebenaran Koroner ‘Heret’ Tommy Thomas Ke Mahkamah
Peguam Keluarga Adib Harap Tiada Lagi Campur Tangan Peguam Negara
Menteri Tolak Gesaan Tubuh RCI Siasat Kematian Adib
Mengulas lanjut Asyraf berkata, Perkara 145 (3) pula menggariskan bahawa Peguam Negara mempunyai kuasa yang boleh dijalankan menurut budi bicaranya untuk memulakan, menjalankan atau memberhentikan apa-apa prosiding bagi sesuatu kesalahan.
“Memandangkan luasnya kuasa dan kewajipan Peguam Negara ini, maka jawatan ini tidak boleh dipegang oleh individu yang dianggap telah melakukan penghinaan terhadap mahkamah.
“Mengambil kira reputasi Peguam Negara yang begitu tinggi martabat di sisi Perlembagaan, maka jawatan ini tidak sewajarnya digalas oleh individu yang tidak menghormati prinsip ‘rule of law’ atau melakukan perbuatan yang menyalahi mana-mana prinsip perundangan negara,” ujarnya.
Tambah beliau, selain isu penghinaan mahkamah dalam inkues kematian Muhammad Adib, Thomas juga beberapa kali bertindak secara pilih kasih dengan pengguguran pendakwaan terhadap beberapa kes melibatkan pimpinan Pakatan Harapan (PH) seperti kes banglo Menteri Kewangan, Lim Guan Eng.
“Selaku Peguam Negara, Thomas gagal memberikan nasihat undang-undang secara adil dan tuntas kepada Yang di-Pertuan Agong dan Majlis Raja-Raja mengenai kesan dan impak Statut Rom dan Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) kepada Perlembagaan Persekutuan dan raja-raja Melayu.
“Pemuda UMNO juga ingin merafak sembah memohon perkenan Yang di-Pertuan Agong agar dapat mempertimbangkan supaya menamatkan jawatan Thomas sebagai Peguam Negara dalam kadar segera. Ini juga berasaskan Perkara 145 (5) Perlembagaan Persekutuan dengan jelas menyatakan Peguam Negara hendaklah memegang jawatan selama diperkenankan oleh Yang di-Pertuan Agong,” tambahnya. – MalaysiaGazette
Lain-lain berita;
Video: Rayuan Bapa Adib, Harap Penghakiman Inkues Tegak Keadilan dan Tidak Diganggu
Pelik! Dah Lebih RM16 Bilion Aset Dijual, Hutang Tak Turun Tapi Makin Meningkat
Tiada Dokumen Perjanjian Yang Tetapkan Bila Anwar Jadi PM – Penasihat Media Dr Mahathir
Tindakan Sita ‘Kancil Lejen’ Kerana Keadaannya Terlalu Teruk – Polis
Ahli Parlimen PKR Bimbang Rakyat Akan Hukum PH Kerana Asyik Jual Aset Negara
Kes Siti Kasim Batal Bukan Kerana Akrab Dengan Peguam Negara, Kata Menteri
Sila kongsi artikel ini. Terima Kasih!

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://mediaterjah.com/2019/09/hina-mahkamah-tommy-thomas-digesa-letak-jawatan-peguam-negara-suara-tv/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hakim Tolak Rayuan Prosiding Kes Peguam Negara Hina Mahkamah Diteruskan Suara Tv

Hakim Tolak Rayuan Prosiding Kes Peguam Negara Hina Mahkamah Diteruskan Suara Tv

papar berkaitan - pada 27/9/2019 - jumlah : 366 hits
SHAH ALAM Mahkamah Tinggi di sini hari ini menolak permohonan Peguam Negara Tommy Thomas menukar semula notis rayuan jenayah kepada rayuan sivil berhubung prosiding komital yang difailkan bapa anggota bomba Muhammad Adib Mohd Kassim pada Ju...
Pas Mahu Peguam Negara Letak Jawatan

Pas Mahu Peguam Negara Letak Jawatan

papar berkaitan - pada 25/9/2019 - jumlah : 254 hits
PAS Mahu Peguam Negara Letak Jawatan Peguam Negara Tommy Thomas terus mendapat tekanan daripada pelbagai pihak mendesaknya melepaskan jawatan susulan langkah Mahkamah Koroner yang membenarkan bapa Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim memul...
Bukan Hanya Tommy Thomas Letak Jawatan Dakwa Sekali Pemimpin Ph Cetus Perpecahan

Bukan Hanya Tommy Thomas Letak Jawatan Dakwa Sekali Pemimpin Ph Cetus Perpecahan

papar berkaitan - pada 28/9/2019 - jumlah : 352 hits
PDRM bukan sahaja perlu teruskan siasatan dan heret pembunuh Muhammad Adib ke muka pengadilan atau Peguam Negara perlu meletak jawatan tetapi tindakan juga perlu dibuat terhadap mereka yang dipercayai mengeluarkan kenyataan dengan niat meng...
Adib Dibunuh Kenyataan Ketua Polis Negara Tommy Peguam Negara Koroner

Adib Dibunuh Kenyataan Ketua Polis Negara Tommy Peguam Negara Koroner

papar berkaitan - pada 27/9/2019 - jumlah : 651 hits
Tangkap pembunuh pembunuh Allahyarham Adib dan jatuhkan hukuman yang setimpal Ironi apakah ketua Polis Negara TS Abdul Hamid Bador bagi statement kontra dengan keputusan inkues Sebelum ini kita telah berpuas hati bahawa tidak ada bukti untu...
Tommy Pencetus Rusuhan Perlu Letak Jawatan Siasat 4 Menteri

Tommy Pencetus Rusuhan Perlu Letak Jawatan Siasat 4 Menteri

papar berkaitan - pada 28/9/2019 - jumlah : 268 hits
Kenderaan yang dibakar orang ramai susulan insiden rusuhan yang berlaku di tapak Kuil Sri Mariamman USJ 25 Putra Heights Subang Jaya Selangor foto SYAFIQ AMBAK KUALA LUMPUR Pergerakan Pemuda UMNO menggesa Tan Sri Tommy Thomas melepaskan jaw...
Inkues Adib Permohonan Tommy Thomas Ditolak Mahkamah Tinggi

Inkues Adib Permohonan Tommy Thomas Ditolak Mahkamah Tinggi

papar berkaitan - pada 28/9/2019 - jumlah : 239 hits
AHMAD SHAHERMAN SHAMSURI 26 September 2019 6 29 PM SHAH ALAM Permohonan Peguam Negara Tan Sri Tommy Thomas untuk menukar semula notis rayuan jenayah kepada rayuan
Now On Negara Tanpa Tommy Thomas Lebih Baik

Now On Negara Tanpa Tommy Thomas Lebih Baik

papar berkaitan - pada 28/9/2019 - jumlah : 306 hits
Kalau dulu rakyat protes begitu kepada pandi kenapa tidak dia PH buang masa mempertahankan seorang AG yg banyak controversial dan tiada wibawa tinggi AG sekadar jadi contoh rule of laws yang racial dan gagal Mohd Asri Zainul Abidin says thi...
Ts Tommy Thomas Mesti Dipecat Atau Meletakkan Jawatan

Ts Tommy Thomas Mesti Dipecat Atau Meletakkan Jawatan

papar berkaitan - pada 28/9/2019 - jumlah : 463 hits
KENYATAAN AKHBAR UMNO Perak mengulangi pendirian serta gesaan supaya Peguam Negara Tan Sri Tommy Thomas meletakkan atau dipecat dari jawatannya sekarang Ini berikutan keputusan Mahkamah Koroner yang memutusakan Allahyarham Muhammad Adib Moh...
Rakyat Hilang Kepercayaan Kepada Peguam Negara

Rakyat Hilang Kepercayaan Kepada Peguam Negara

papar berkaitan - pada 26/9/2019 - jumlah : 288 hits
Tommy Thomas patut malu sila letak jawatan segera BerjasaBANGI Barisan Jemaah Islamiah Se Malaysia menggesa Tommy Thomas meletak jawatan sebagai Peguam Negara susulan tindakan biadap menghina mahkamah dan menyalahi prinsip perundangan inkue...
Senarai Badan Berkanun Persekutuan

Persatuan Badan Berkanun Malaysia

Bufet Ramadan 2025 Bazar Citarasa Kita At Ballroom Palm Garden Hotel Putrajaya

Ulasan Entri Ke Empat Akhirat Dikejar Dunia Jangan Lupa

Rent A Mechanical Bull For The Ultimate Event Experience

Home Office In Tashkent A Harmonious Fusion Of Functionality And Warmth

How To Find Undervalued Domains

Abstaining From Vote Not The Same As Rejection Pn Mp Tells Govt


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Biasalah Pemimpin Pas Taklah Secerdik Mana Pun

Pembangkang Saran Beras Kartel Diperkenal Dalam Kadar Zakat

Proses Bedah Siasat Pegawai Kastam Masih Berlangsung

Video Zarina Anjoulie Dedah Cerita Sebenar Buat Pembedahan Hidung Di Vietnam Cetus Pelbagai Reaksi Netizen

Tolonglah Jangan Normalisasikan Benda Ini Mona Allen Nasihat Suami Isteri Jangan Terlalu Kongsi Hal Rumah Tangga

Memang Semua Orang Mahu Selamatkan Perkahwinan Namun Saya Linda Hashim Nekad Mahu Bercerai