Himpunan Aman Terkawal Puji K Polis Dang Wangi



Kuala Lumpur 4 Mei 2019 - Ribuan peserta Himpunan Pertahan Kedaulatan Islam dan Perlembagaan berarak dari masjid Jamek Kuala Lumpur menuju ke perkarangan Jalan Tuanku Abdul Rahman dengan membawa sepanduk dan poster berhampiran Kompleks Membeli Belah Sogo di sini, hari ini. GAMBAR AZLAN HADI ABU BAKAR
Himpunan berlangsung dalam keadaan aman, terkawal
KUALA LUMPUR 4 Mei - Himpunan Pertahankan Kedaulatan Islam dan Perlembagaan yang dianjurkan Gerakan Pembela Ummah (Ummah) di jalan Tuanku Abdul Rahman, di sini berlangsung dalam keadaan aman dan terkawal.Perhimpunan bermula pukul 2 petang itu pada asalnya dijadualkan tamat pada pukul 6 petang, namun sesetengah peserta dilihat mula meninggalkan lokasi kira-kira pukul 3 petang ekoran hujan dan perhimpunan itu ditamatkan sejurus kemudian.Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Mohd. Fahmi Visunathan Abdullah berkata, sebanyak 600 anggota polis ditugaskan untuk mengawal himpunan pada hari ini.Menurutnya, himpunan yang dihadiri ribuan peserta itu berlangsung dalam keadaan tenang dan aman tanpa sebarang perkara yang boleh menggugat ketenteraman awam.“Kita akan membuat penelitian dan ambil kira maklum balas mengenai himpunan ini. Selain itu, kita juga akan kaji semula ucapan yang telah disampaikan.“Selepas itu, baru kita boleh nyatakan sekiranya ada kesalahan-kesalahan ketika himpunan berlangsung,” katanya ketika ditemui pemberita di lokasi himpunan, di sini hari ini.Ketika ditanya mengenai status notis yang diserahkan oleh penganjur sebelum ini, Mohd. Fahmi berkata pihaknya telah menerima notis pemberitahuan dan mengadakan pertemuan dengan penganjur.“Bagaimanapun, penganjur tidak sertakan bersama notis kebenaran daripada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), jadi dianggap tidak lengkap.“Oleh itu, kita akan jalankan siasatan lanjut dan kita akan panggil penganjur sekiranya ada keperluan,” ujarnya.Terdahulu, peserta himpunan berkumpul di Masjid Jamek sebelum berarak ke Jalan Tuanku Abdul Rahman berhampiran pusat beli-belah Sogo.Turut kelihatan pada perhimpunan itu, Timbalan Presiden Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man; Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr. Asyraf Wajdi Dusuki dan Peguam bela yang mewakili keluarga Muhammad Adib Mohd. Kassim, Mohd. Kamaruzaman A. Wahab.Himpunan Pertahan Kedaulatan Islam anjuran Ummah diselia UMNO dan Pas itu bertujuan membantah ancaman terhadap kedaulatan Islam di negara ini, termasuk beberapa isu yang cuba menggugat kedudukan Islam dan Perlembagaan antaranya Statut Rom, kematian anggota bomba, Allahyarham Muhammad Adib, isu pendidikan dan desakan pemecatan Peguam Negara, Tommy Thomas. - UTUSAN ONLINE

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.ibnuhasyim.com/2019/05/himpunan-aman-terkawal-puji-kpolis-dang.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Polis Siasat Himpunan Ummah

Polis Siasat Himpunan Ummah

papar berkaitan - pada 4/5/2019 - jumlah : 306 hits
Polis siasat himpunan Ummah Pihak berkuasa juga akan menilai ucapan yang disampaikan maklum Ketua Polis Daerah Dang Wangi ACP Mohd Fahmi Visuvanathan
Himpunan 405 Polis Panggil Lima Individu Beri Keterangan

Himpunan 405 Polis Panggil Lima Individu Beri Keterangan

papar berkaitan - pada 10/5/2019 - jumlah : 408 hits
11 individu terdiri daripada pengadu saksi telah direkod keterangan Ribuan rakyat berhimpun di hadapan pusat beli belah Sogo di Jalan Tunku Abdul Rahman di ibu negara Sabtu lalu BANGI Polis memanggil lima individu yang terbabit dalam pengan...
Ketua Polis Negara Hamid Bador Mula Tugas Hari Ini

Ketua Polis Negara Hamid Bador Mula Tugas Hari Ini

papar berkaitan - pada 3/5/2019 - jumlah : 591 hits
Datuk Seri Abdul Hamid Bador Ketua Polis Negara Foto NSTP Datuk Seri Abdul Hamid Bador secara rasmi mengambil alih tugas sebagai ketua polis negara hari ini dalam majlis serahan tugas yang dirasmikan oleh Menteri Dalam Negeri Muhyiddin Yass...
Muhyiddin Tegaskan Ipcmc Bukan Untuk Hukum Polis

Muhyiddin Tegaskan Ipcmc Bukan Untuk Hukum Polis

papar berkaitan - pada 3/5/2019 - jumlah : 274 hits
foto sumber internetPUTRAJAYA Penubuhan Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salah Laku Polis bukan untuk menghukum anggota polis tegas Menteri Dalam Negeri Tan Sri Muhyiddin Yassin Beliau berkata tanggapan kononnya polis akan menjadi sasaran selepa...
Lelaki Dari Gelugor Ditahan Polis Kerana Mengugut Untuk Mencederakan Dr Maza

Lelaki Dari Gelugor Ditahan Polis Kerana Mengugut Untuk Mencederakan Dr Maza

papar berkaitan - pada 3/5/2019 - jumlah : 391 hits
Kurang 24 jam selepas seorang lelaki mengugut untuk menumbuk sehingga mencederakan Mufti Perlis Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin di laman Facebook kelmarin suspek berjaya diberkas di Pulau Pinang awal pagi ini Lelaki berusia 36 tahun yang b...
Anggota Polis Pangkat Sarjan Di Dakwa Terima Rasuah Rm700

Anggota Polis Pangkat Sarjan Di Dakwa Terima Rasuah Rm700

papar berkaitan - pada 3/5/2019 - jumlah : 675 hits
KUANTAN Seorang anggota polis berpangkat sarjan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tuduhan menerima rasuah RM700 berhubung kes dadah empat tahun lepas Pengakuan Jad Firdaus Mohd Ali 30 yang beralamat di Puchong ...
Datuk Seri Abdul Hamid Bador Ketua Polis Negara

Datuk Seri Abdul Hamid Bador Ketua Polis Negara

papar berkaitan - pada 4/5/2019 - jumlah : 811 hits
Abdul Hamid dilantik Ketua Polis NegaraBerita penuh di https t co ub184JR81Y
Padah Tandatangan P K Di Kertas Saman Polis

Padah Tandatangan P K Di Kertas Saman Polis

papar berkaitan - pada 4/5/2019 - jumlah : 837 hits
Padah Tandatangan P K Di Kertas Saman Polis seorang mekanik terima hukuman Seorang mekanik didenda RM8 000 oleh Mahkamah Majistret Seremban hari ini terhadap dua pertuduhan menulis perkataan lucah pada kertas saman dan menghalang penjawat a...
Malaysia Lelaki Hina Ugut Mufti Perlis Ditahan Polis

Malaysia Lelaki Hina Ugut Mufti Perlis Ditahan Polis

papar berkaitan - pada 3/5/2019 - jumlah : 316 hits
Seorang kerani berusia 36 tahun ditangkap polis kerana disyaki mengugut mufti Perlis Mohd Asri Zainul Abidin dalam satu rakaman video di WhatsApp Ketua Polis Perlis Noor Mushar Mohd berkata lelaki itu ditangkap di pangsapuri Batu Uban di si...
Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

Ditch The Cubicle Your Home Office Guide

Kemalangan Di Lebuh Raya Utara Selatan Enam Mangsa Maut

Semak Bantuan Barang Dapur 2025

Scammer Di Facebook

Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Major Projects Will Make Sarawak An Asian Economic Force Says Premier

Final Call The Huawei Service Giving Season Ends On 31 December 2024


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Kawal Alergik Bila Alahan

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Indah Delvia Tacilak Di Nan Rami Chord

Libur Nataru Di Indonesia Kapan Saja

Floating Market Melaka Tarikan Lokasi Waktu Operasi

Kain Anduh Saiz Kegunaan Dan Jenis Balutan