Himpunan 812 Genap Setahun Gelombang Penyatuan


HARAKAH DAILY


DARI Pelangai pergi Merapoh,
Kerana mahu beli buahnya,
Lampu merah jangan dirempuh,
Kalau dirempuh besar padahnya.

Tanggal 8 Disember 2018 menyaksikan sebuah himpunan bersejarah yang berlangsung secara aman di Dataran Merdeka.

Himpunan yang diterajui aktivis NGO dan tokoh masyarakat, dan didokong oleh parti Islam-Melayu terbesar iaitu PAS dan Umno, telah berjaya mencetuskan gelombang penyatuan dan perubahan di kalangan anak bangsa.

Himpunan gergasi yang dianjurkan itu bukannya untuk mencetuskan provokasi, tetapi sebagai tanda solidariti rakyat yang mahu mempertahankan kerukunan Perlembagaan, kedudukan Agama Islam dan Raja-Raja Melayu, serta hak istimewa Bumiputera yang cuba dihakis melalui ICERD yang mahu diratifikasi.

Himpunan aman yang dianjurkan itu juga bukannya untuk menghalau rakan Cina dan India, tetapi bagi menzahirkan ketegasan untuk menghormati hak dan toleransi yang telah disepakati, seterusnya mengingatkan anak bangsa bahawa perpaduan adalah tapak kita untuk teguh berdiri.

Himpunan raksasa yang dianjurkan itu turut mempunyai signifikan tersendiri, apabila menyaksikan kebanjiran anak muda dari pelosok negara, hadir bagi menzahirkan sokongan bahawa negara ini perlu diurus mengikut acuan dan cara kita sendiri.

Setelah genap setahun Himpunan 812 berlalu, negara menyaksikan penyatuan di kalangan anak bangsa terus diperkukuhan.

Tiada siapa yang menduga, kerjasama parti politik dan kelompok NGO yang bangkit memelihara kedaulatan negara, telah berjaya menghalang tangan-tangan yang melambai ‘makhluk asing’ untuk mencampuri urusan negara, seterusnya mengeratkan hubungan dua saudara yang sudah lama bersengketa.

Kerjasama yang bermula di atas dasar persefahaman ini telah memasuki fasa permuafakatan yang lebih kukuh, melalui Piagam Muafakat Nasional yang dimeterai pada 14 September 2019, dan dilihat mampu menjadi formula terbaik untuk memelihara perpaduan dan memperbaiki keadaan negara.

Sesungguhnya agenda perpaduan yang tercetus pada Himpunan 812, dan diteruskan oleh Piagam Muafakat Nasional adalah manifestasi sebuah kesedaran dan kebangkitan untuk melihat anak bangsa terus bersatu, seterusnya memperbaiki kesilapan lalu.

Justeru semua pihak perlu berganding bahu bagi memastikan benih perpaduan ummah yang sudah bertunas ini, akan terus dibaja dan dijaga agar menjadi pohon rendang yang berbuah, seterusnya memayungi semua rakyat secara adil dan saksama. – HARAKAHDAILY




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2019/12/himpunan-812-genap-setahun-gelombang.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Genap Setahun Sampai Bila Perlu Tunggu Keadilan Untuk Arwah Adib Soal Zahid

Genap Setahun Sampai Bila Perlu Tunggu Keadilan Untuk Arwah Adib Soal Zahid

papar berkaitan - pada 18/12/2019 - jumlah : 308 hits
Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi percaya majoriti rakyat turut bersamanya mempersoalkan pihak yang berkuasa di negara ini yang sehingga kini masih belum membela kematian anggota bomba Allahyarham Muhammad Adib Mohd Kassim Hari...
Genap Setahun Adib Pergi Tunang Zahir Coretan Redha

Genap Setahun Adib Pergi Tunang Zahir Coretan Redha

papar berkaitan - pada 17/12/2019 - jumlah : 299 hits
17 Disember 2018 tarikh yang mengejutkan rakyat Malaysia dengan kepergian seorang anggota bomba Muhammad Adib Kassim Beliau terkorban ekoran daripada kecederaan yang dialami ketika rusuhan di sebuah kuil yang terletak di Subang Jaya Hari in...
Apple Mungkin Akan Lancarkan Model Iphone 2 Kali Setahun Bermula Tahun 2021

Apple Mungkin Akan Lancarkan Model Iphone 2 Kali Setahun Bermula Tahun 2021

papar berkaitan - pada 3/12/2019 - jumlah : 292 hits
Penganalisis J P Morgan menjangkakan Apple bakal membuat strategi baharu bermula tahun 2021 dengan melancarkan model utama 2 kali dalam masa setahun Seperti yang diketahui Apple buat sekian lamanya hanya melancarkan model iPhone sekali saha...
Cukai Jalan Zahid Hamidi Lebih Rm35 000 Setahun Saksi

Cukai Jalan Zahid Hamidi Lebih Rm35 000 Setahun Saksi

papar berkaitan - pada 4/12/2019 - jumlah : 352 hits
FAKHRULL HALIM Bekas timbalan perdana menteri Ahmad Zahid Hamidi membayar RM35 726 80 setahun untuk cukai jalan kenderaan kenderaan yang hampir semua didaftarkan atas namanya Perkara itu dimaklumkan Penolong Pengarah Jabatan Pengangkutan Ja...
Semak Status I Suri Kwsp Bantuan Suri Rumah Rm480 Setahun

Semak Status I Suri Kwsp Bantuan Suri Rumah Rm480 Setahun

papar berkaitan - pada 6/12/2019 - jumlah : 475 hits
Semak status i suri KWSP dan bagi mereka yang tidak dapat boleh buat rayuan i suri KWSP melalui sistem portal e kasih Kerajaan Pakatan Harapan dalam Belanjawan 2020 telah meneruskan program i Suri KWSP bagi suri rumah seluruh Malaysia sebag...
Lebih Setahun Kahwin Ada Anak Bahasa Rindu Penting Jika Tak Rumah Tangga Hambar

Lebih Setahun Kahwin Ada Anak Bahasa Rindu Penting Jika Tak Rumah Tangga Hambar

papar berkaitan - pada 6/12/2019 - jumlah : 455 hits
Bila dah lama kahwin sebahagian besar rumahtangga jadi hambar Bebanan mencari duit karenah anak anak dan urusan kerja membuatkan hubungan suami isteri pudar Sebahagiannya pula bosan kerana dah lama kahwin Jemu menghadap muka Keluar makan pu...
Analis Sebut Apple Bakal Rilis Iphone Dua Kali Setahun

Analis Sebut Apple Bakal Rilis Iphone Dua Kali Setahun

papar berkaitan - pada 5/12/2019 - jumlah : 203 hits
Apple digadang gadang akan merilis smartphone dua kali dalam setahun Kebiasaan perusahaan besutan Steve Jobs itu hanya merilis satu kali perangkat terbarunya dalam setahun
Bendang

Strategi Ampuh Mengatasi Ketakutan Untuk Tindakan Proaktif

Pengeluaran Ssp Bsn Cara Syarat Perlu Dipatuhi

Kepimpinan Malaysia Di Asean Harapan Baharu Keamanan Myanmar

Jom Ke Absolut Bazaar X Festival Gaya Raya 21 24 Mac 2025

Aktiviti Joging Bertukar Tragedi Wanita Maut Dirempuh Kereta

Happy Beday Sweetie

E Procurement Enhances Transparency In Public Funds Usage Says Azam


echo '';
Kenapa Sistem Pemarkahan Sukan Tenis Pelik dan Aneh

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Jadikan Aku Bidadari Slot Akasia TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 11 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Separuh Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

10 Drama Melayu Terbaru TV3 2024 2025 Best Mesti Tonton Juga Tersedia Online


Kembali Ke Sekolah Program Jualan Rahmah Madani 2025

Pangkor Island S Blue Eyed Treasure Well Liked By Tourists

Power Without Principles Pn Has Lost The Plot

Kindness

Cuti Raya China 2025

Inovasi Terkini Dalam Dunia Percetakan Yang Dapat Menghemat Energi Listrik