Himpunan 10 Tazkirah Ringkas


Himpunan 10 Tazkirah Ringkas || Kehidupan kita yang bernama manusia pasti disulami dengan kisah kehidupan yang pelbagai rencahnya. Kadangkala berada dalam fasa kesedihan, kemurungan, ketakutan, namun ada juga fasa kegembiraan dan kebahagiaan. Jalani saja sesuai mengikut waktu dan takdir yang ditentukan. Apabila sesuatu yang tak diingini berlaku, bersegeralah berdoa Dan mencari solusi terbaik. Antaranya dengan mendengar atau membaca tazkirah. Di sini harini Nona share himpunan 10 tazkirah ringkas daripada beberapa sumber untuk dikongsi bersama 💚
Semoga perkongsian kalini bermanfaat buat semua para pembaca, memberi positiviti dan kita saling ingat mengingati tentangnya. Hidup ini sangat pendek jika dihitung betul betul. Hargai Dan teruskan dengan penuh semangat!


Tazkirah Ringkas Pertama: Mengajak Orang Lain ke Arah Kebaikan
"Apabila membasuh pinggan, kita akan memilik dua benda iaitu yang pertama, pinggan tersebut bersih dan yang kedua ialah tangan kita pun bersih. Begitulah juga dalam diri kehidupan kita, tatkala kita mengajak orang lain ke arah kebaikan, kita sebenarnya membersihka diri kita pada masa yang sama'
-Imam Hasan Al Banna
Tazkirah Ringkas Kedua: Pahala Mentaati Ibu Bapa Melebihi Jihad FisabilillahTerdapat segelintir anak mengaku mereka sudah memenuhi kehendak hak kedua ibu bapanya walaupun hati sebenarnya tidak merindu, jauh sekali khuatir atau pilu mengenangkan keuzuran orang tua mereka iaitu pemegang kunci syurga mereka di akhirat kelak. Ini sudah diberitahu dalam surah al-Israk, ayat 23 yang berbunyi: 
'Dan Tuhanmu telah perintahkan, supaya engkau tidak menyembah melainkan kepadaNya semata-mata, dan hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. Jika salah seorang dari keduanya, atau kedua-duanya sekali, sampai kepada umur tua dalam jagaan dan peliharaanmu, maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan "Ha", dan janganlah engkau menengking menyergah mereka, tetapi katakanlah kepada mereka perkataan yang mulia (yang bersopan santun). '
Sedarlah, keutamaan berkhidmat kepada orang tua melebihi pahala jihad fisabilillah seperti Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud:  Daripada Abu Abdul Rahman Abdullah bin Mas'ud,  Beliau berkata: "Saya bertanya kepada Nabi SAW. "Amalan apakah yang paling disukai oleh Allah S.W.T? Baginda bersabda: "Solat pada waktunya, saya bertanya lagi. Kemudian apa lagi? Baginda bersabda: Berbuat baik kepada kedua orang tua. Saya bertanya, kemudian apa lagi? Baginda bersabda: Berjihad di jalan Allah." Hadis riwayat al Bukhari dan Muslim
Sedikit petikan daripada scribd.com
Tazkirah Ringkas Ketiga: Umur adalah PeluangUmur adalah peluang yang diberikan kepadamu. Berharga atau tidaknya hidupmu bergantung pada bagaimana kau memanfaatkan usiamu itu Apabila Allah anugerah kepada kita umur yang panjang, ia merupakan satu kelebihan yang mesti dimanfaatkan. Jika kita orang yang soleh memberi peluang untuk menggandakan amalan supaya menjadi bekalan yang berharga di akhirat nanti. Jika kita orang yang banyak dosa memberi peluang kepada kita untuk bertaubat dan memohon keampunan kepada Allah. Manfaatkanlah umurmu sebelum sakaratul maut menjemput.
Sumber dari Facebook Siti Rodiyah
Tazkirah Ringkas Keempat: Kelebihan BersedekahSedekah adalah suatu amalan yang sangat mulia di sisi Islam. Setiap sedekah yang kita hulurkan, pasti akan diberikan ganjaran yang tidak terhingga, malah dosa kita juga turut terhapus disebabkan sedekah itu. Nabi s.a.w bersabda yang bermaksud:

'Sedekah dapat menghapus dosa sebagaimana air memadamkan api' (Hadis Riwayat Imam Tirmizi)
Selain itu, sedekah juga akan memberi keberkatan pada harta kita. Dengan adanya keberkatan, harta yang sedikit seolah-olah dirasakan banyak dan mencukupi. Sebaliknya tanpa keberkatan, harta yang banyak dirasakan seakan-akan sempit serta tidak mencukupi meskipun memiliki harta yang banyak dan melimpah ruah. Hayatilah sabda nabi s.a.w yang bermaksud:
Sumber daripada Nurraysa.com


Tazkirah Ringkas Kelima: Allah Maha Pengampun

‫َوِّ دل ِل َما ِِف أل دس َمٰـ َو ٰ ِت َو َما ِِف أ ۡۡ َل ۡر ُِۚض یَ ۡغ ِف ُر ِل َمن يَ َش ۤا ُء َویُ َع ِذ ُب َمن يَ َش ۤا ُُۚء َوأّ دلُل غَ ُفو ٌر در ِح ٌی‬

"Dan bagi Allah jualah segala yang ada di langit dan yang ada di bumi. Ia mengampunkan sesiapa
yang dikehendakiNya, dan dia menyeksa sesiapa yang dikehendakiNya. Dan (ingatlah), Allah Maha
Pengampun, lagi Maha Mengasihani" [Surah Aali Imran 129]
Ayat ini menunjukkan bahawa Allah swt mengampunkan sesiapa sahaja yang dikehendakiNya asalkan tidak mati dalam keadaan syirik. Hal ini kerana dosa syirik termasuk dalam dosa yang tidak diampuni. Sentiasalah kita memohon keampunan serta menjauhi perkara yang membawa kepadadosa. Moga Allah mengampuni nsegala salah dan silap kita.
Sumber: anyflip.com


Tazkirah Ringkas Keenam: Bersyukur Atas Nikmat AllahALHAMDULILLAH adalah ungkapan ringkas sebagai tanda kesyukuran kepada Allah SWT terhadap nikmat dan rezeki yang dikurniakan.
Sifat syukur berada pada tahap tertinggi kerana tidak ramai yang mampu mencapai tahap syukur di atas semua anugerah diterima di dunia ini. Allah mengingatkan kita dalam firmanNya:
قُلْ هُوَ الَّذِي أَنْشَأَكُمْ وَجَعَلَ لَكُمُ السَّمْعَ وَالْأَبْصَارَ وَالْأَفْئِدَةَ ۖ قَلِيلًا مَا تَشْكُرُونَ
Katakanlah (wahai Muhammad):Allah yang menciptakan kamu (dari tiada kepada ada), dan mengadakan bagi kamu pendengaran dan penglihatan serta hati (untuk kamu bersyukur, tetapi) amatlah sedikit kamu bersyukur
 [al-Mulk 23]
Ibnu Kathir dalam tafsirnya menyebutkan: Sedikit sekali ketiga-tiga nikmat ini iaitu penglihatan, pendengaran dan hati digunakan untuk melaksanakan ketaatan, melaksanakan perintah dan menjauhi larangan Allah SWT sebagai tanda bersyukur.
Dalam Hilyatul Auliya' menyebutkan:
كل نعمة لا تقرب من الله عز وجل، فهي بلية.
Setiap nikmat yang tidak digunakan untuk mendekatkan diri kepada Allah SWT itu hanyalah musibah.
Justeru menjadi kewajipan bagi setiap hamba Allah untuk bersyukur atas segala nikmat yang Allah SWT kurniakan sama ada nikmat pendengaran, penglihatan dan hati agar sentiasa taat dan menjauhi dosa serta maksiat.
Perlu diingat semua anggota ini iaitu pendengaran, penglihatan serta hati akan ditanya di hadapan Allah kelak. Firman Allah SWT:
وَلَا تَقْفُ مَا لَيْسَ لَكَ بِهِ عِلْمٌ ۚ إِنَّ السَّمْعَ وَالْبَصَرَ وَالْفُؤَادَ كُلُّ أُولَٰئِكَ كَانَ عَنْهُ مَسْئُولًا
Dan janganlah engkau mengikut apa yang engkau tidak mempunyai pengetahuan mengenainya; sesungguhnya pendengaran dan penglihatan serta hati, semua anggota-anggota itu tetap akan ditanya tentang apa yang dilakukannya.
Sumber: Petikan dari Ustaz Wadi Anuar
Tazkirah Ringkas Ketujuh: Hutang Wajib DibayarHutang wajib dibayar sesuai dengan waktu yang dijanjikan iaitu tidak menangguh-nangguhkannya. Adalah dikira berdosa bagi orang yang tidak mahu membayar hutangnya dengan sengaja walau bagaimana kecilpun hutang tersebut
Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud:
”Berhati-hatilah kamu dalam berhutang, sesungguhnya hutang itu mendatangkan kerisauan di malam hari dan menyebabkan kehinaan di siang hari.”
[Riwayat al-Baihaqi ]
Sumber: Google
Tazkirah Ringkas Kelapan: Jangan Hanya Memikirkan Balasan Dunia Semata Mata“Sesiapa yang mahukan pahala (balasan) dunia sahaja (maka rugilah ia), kerana di sisi Allah disediakan pahala (balasan) dunia dan akhirat. Dan (ingatlah) Allah sentiasa Mendengar, lagi sentiasa Melihat.”
[Surah an Nisa’:134]
Sikap manusia memang mahukan hasilnya diterima dengan secepatnya. Lagi cepat lagi baik. Contohnya, bila bekerja mahukan gaji. Tiada upah dan gaji, belum tentu kerja itu ingin dilakukannya.
Hakikatnya, kehidupan kita bukan sahaja hanya di dunia. Tetapi di akhirat nanti kita akan dihidupkan dan menerima pembalasan atas perbuatan kita di dunia ini.
Baik atau buruk walau sekecil zarah pun kita akan ditanya di akhirat sana oleh Allah S.W.T. Tidak tertinggal sedikit pun.
Jadi, bersabarlah dalam melakukan kebaikan. Jika tidak hari ini kita menerima balasan, pasti di akhirat kita mendapat ganjaran pahala. InshaAllah!
Sumber: tzkrh.com
Tazkirah Ringkas Kesembilan: Jangan Terlalu Memikirkan Kata Kata Orang LainSebahagian besar dukacita insan dalam hidupnya adalah kerana terlalu memikirkan kata-kata orang lain terhadap dirinya. Lantas, segala kerunsingan dan usaha dipertaruhkan untuk menjaga mulut manusia sehingga melupai apa yang ALLAH mahu dalam hidup ini.
Jika di sisi ALLAH kita tidak mulia, seluruh pujian manusia tidak berguna. Bahkan pujian itu mungkin menjadi racun yang memusnahkan bahagia dalam jiwa dan menjadikan kita hilang arah dalam melihat kehidupan yang sebenar
Sumber: Petikan daripada muftiperlis.gov.my
Tazkirah Ringkas Kesepuluh: Ujian Dan Kesulitan✅ Jangan kau rasa hanya kau sahaja yang teruji dan diuji Allah. Begitu juga jangan kau rasa hanya diri kau sahaja yang mendapat nikmat. Dengan itu, kau tidak tenggelam dalam kedukaan dan tidak keterlaluan dalam kegembiraan. Ingat, sepertimana ada mata yang melihat dengan empati, ada juga mata yang memandang dengan iri. Berwaspadalah. 
✅ Bila kita ada masalah dengan Allah, maka makin banyak masalah kita dengan manusia. Selesai satu masalah, akan datang satu masalah lagi besar tanpa sempat buat apa-apa. Jadi, selesaikan semua benda dengan ALLAH dulu, Allah akan selesai semua masalah kita.
"Seindah-indah keadaan hamba, adalah hamba yang mengadukan kesulitannya kepada Allah Subhanahu wa Taala."
Sulthonul Qulub Habib Munzir Bin Fuad Al-Muwasa رحمه الله تعالى 
Sabar 
 ✅ Jika sampai detik Ini ujian itu masih sering kau hadapi, bersabarlah. Jangan kau putuskan kesabaranmu, Karena sesungguhnya Allah sedang menguatkanmu. Info: Group Whatsapp


Sekian tazkirah ringkas Dan nasihat buat diri. Moga kehidupan kita berjalan dengan lancar pada hari ni dan seterusnya. Tazkirah Ringkas ini juga adalah peringatan buat diriku ini yang penuh dengan dosa Dan noda 😪



SENYUM SAJA

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.nonasani.com/2023/09/himpunan-10-tazkirah-ringkas.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Himpunan Zikir Ringkas Selepas Solat Yang Amat Berguna

Himpunan Zikir Ringkas Selepas Solat Yang Amat Berguna

papar berkaitan - pada 6/9/2023 - jumlah : 450 hits
Himpunan Zikir Ringkas Selepas Solat Yang Amat Berguna Doa yang selalu dibaca dan diamalkan oleh imam selepaa solat ini amatlah baik dan afdhal bila diamalkan oleh kita semua Setiap imam di surau atau masjid ada himpunan doa yang sering dib...
Pengisian Dalam Tazkirah Ringkas

Pengisian Dalam Tazkirah Ringkas

papar berkaitan - pada 1/9/2023 - jumlah : 350 hits
Tazkirah ringkas ialah penerangan atau peringatan yang ringkas dan padat biasanya berkaitan isu agama moral atau kehidupan Ia bertujuan untuk memberikan inspirasi motivasi atau pengajaran kepada individu supaya mereka dapat merenung dan men...
Resepi Ayam Masak Kari Yang Ringkas

Resepi Ayam Masak Kari Yang Ringkas

papar berkaitan - pada 5/9/2023 - jumlah : 296 hits
Resepi Ayam Masak Kari Yang Ringkas Ayam masak kari adalah menu kegemaran anak anak Kami akan masak 1 ekor ayam yang pasti akan dihabiskan dalam masa sehari oleh dua orang anak bujang kami itu mereka akan makan tak berhenti dek kerana kesed...
Tazkirah Jumaat 08092023

Tazkirah Jumaat 08092023

papar berkaitan - pada 9/9/2023 - jumlah : 285 hits
Assalamualaikum Salam Jumaat penghulu segala hari Semoga kita dilimpahi rahmat dan baroqah sepanjang hari di hari jumaat yang mulia ni AamiinBaca juga
Himpunan Rxz Penganjur Mohon Maaf Kepada Semua Pihak Terlibat

Himpunan Rxz Penganjur Mohon Maaf Kepada Semua Pihak Terlibat

papar berkaitan - pada 11/9/2023 - jumlah : 194 hits
Gambar hiasan PETALING JAYA Penganjur program Himpunan RXZ Members 5 0 yang berlangsung di Kompleks Sukan Gong Badak di Kuala Nerus Terengganu memohon maaf kepada semua pihak terlibat Menerusi perkongsian di laman Facebook RXZ Members Offic...
Doa Selepas Solat Fardhu Ringkas Yang Boleh Di Amalkan

Doa Selepas Solat Fardhu Ringkas Yang Boleh Di Amalkan

papar berkaitan - pada 14/9/2023 - jumlah : 362 hits
Doa Selepas Solat merupakan amalan yang penting untuk kita lakukan dalam agama islam Selepas menunaikan solat umat islam dianjurkan untuk berdoa bagi memohon keberkatan keampunan dan petunjuk dari Allah Mungkin diantara kita yang tak tahu d...
Penjelasan Operasi Khas Motorsikal Sempena Himpunan Rxz Members 5 0

Penjelasan Operasi Khas Motorsikal Sempena Himpunan Rxz Members 5 0

papar berkaitan - pada 12/9/2023 - jumlah : 203 hits
Menurut kenyataan Polis Terengganu DCP Datuk Mazli bin Mazlan Ketua Polis Terengganu telah mengadakan satu sidang media sekitar jam 3 00 petang tadi di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Terengganu berhubung isu yang hangat diperkatakan di m
10 Himpunan Doa Untuk Orang Sakit Dan Hikmah Membacanya

10 Himpunan Doa Untuk Orang Sakit Dan Hikmah Membacanya

papar berkaitan - pada 13/9/2023 - jumlah : 248 hits
Ucapan atau doa untuk orang sakit memberi makna yang sangat bermakna kepada setiap orang Pada artikel kali ini kami akan berkongsi kepada anda berkenaan dengan doa untuk orang sakit yang boleh diamalkan untuk memohon kesembuhan segera dari ...
Apa Kuasa Myeg Ke Atas Worldcoin

Petua Kesihatan Untuk Orang Yang Sudah Berusia

Kawal Alergik Bila Alahan

Indah Delvia Tacilak Di Nan Rami Chord

Lelaki Berusia 19 Tahun Mengaku Bersalah Rakam Video Rakan Sekerjanya Seorang Wanita Di Dalam Tandas

7 Tanda Kerusakan Otak Yang Kerap Dianggap Remeh

5 Rahasia Mata Sehat Yang Direkomendasikan Pakar Mata

Raih Gigi Putih Alami Dengan 7 Bahan Sederhana Ini


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Seronoknya Kalau Ada Kebun Durian Sendiri

Rajab Keutamaan Amalan Tanggal Berapa 2025

Masya Allah Ribuan Tentera As Masuk Islam Ini Kunci Hamas

Diy Kitchen Storage Ideas Clever Kitchen Organization Storage Solutions

Mossad S Bungled Operation In Malaysia

Tiada Pemandu Kedua Jpj Saman 25 Bas Ekspres Dan Persiaran