10 Himpunan Doa Untuk Orang Sakit Dan Hikmah Membacanya


Ucapan atau doa untuk orang sakit memberi makna yang sangat bermakna kepada setiap orang.
Pada artikel kali ini, kami akan berkongsi kepada anda berkenaan dengan doa untuk orang sakit yang boleh diamalkan untuk memohon kesembuhan segera dari sebarang jenis penyakit.
Koleksi doa untuk orang sakit dalam Islam Terdapat beberapa doa yang boleh anda baca kepada seseorang yang sedang sakit. Berikut adalah doanya dalam teks Arab, Rumi, dan terjemahan.
1. Doa agar diangkat segala penyakit
امْسَحِ الْبَأْسَ رَبَّ النَّاسِ بِيَدِك الشِّفَاءُ لَا كَاشِفَ لَهُ إلَّا أَنْتَ
Imsahil ba’sa rabban nasi. Bi yadikas syifa’u. La kasyifa lahu illa anta
Maksudnya:
“Tuhan manusia, sapulah penyakit ini. Di tangan Mu lah kesembuhan itu. Tidak ada yang dapat mengangkatnya kecuali Kau.”
2. Doa untuk orang sakit dengan nama khusus
شَفَى اللهُ سَقَمَكَ، وَغَفَرَ ذَنْبَكَ، وَعَافَاكَ فِي دِيْنِكَ وَجِسْمِكَ إِلَى مُدَّةِ أَجَلِكَ
Syafakallahu saqamaka, wa ghafara dzanbaka, wa ‘afaka fi dinika wa jismika ilā muddati ajalika
Maksudnya:
“Wahai (sebut nama orang yang sakit), semoga Allah menyembuhkanmu, mengampuni dosamu, dan mengafiatkanmu dalam hal agama serta fizikalmu sepanjang usia.”
3. Doa agar disembuhkan dari penyakit
اللَّهُمَّ رَبَّ النَّاسِ أَذْهِبِ الْبَأْسَ اشْفِ أَنْتَ الشَّافِي لَا شَافِيَ إلَّا أَنْتَ شِفَاءً لَا يُغَادِرُ سَقْمًا
Allaahumma rabban naasi, adzhibil ba’sa. Isyfi. Antas syaafi. Laa syaafiya illa anta syifaa’an la yughaadiru saqaman
Maksudnya:
“Tuhan segala manusia, hilangkanlah penyakit. Sembuhkanlah, Engkaulah penyembuh. Tidak ada penawar selain dari penawar Mu, penawar yang menghabiskan sakit dan penyakit.”
4. Doa untuk ibu bapa yang sakit
اللَّهُمَّ رَبَّ النَّاسِ مُذْهِبَ الْبَاسِ اشْفِ أَنْتَ الشَّافِى لاَ شَافِىَ إِلاَّ أَنْتَ ، شِفَاءً لاَ يُغَادِرُ سَقَمًا
Allahumma rabban naas mudzhibal ba’si isyfi antasy syaafii laa syafiya illaa anta syifaa’an laa yughaadiru saqoman
Maksudnya:
“Ya Allah Wahai Tuhan segala manusia, hilangkanlah penyakitnya, sembukanlah ia.
(Hanya) Engkaulah yang dapat menyembuhkannya, tidak ada kesembuhan melainkan kesembuhan dari Mu.
Kesembuhan yang tidak meninggalkan penyakit lain.” – ( Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)
5. Doa untuk anak yang sakit
أَسْأَلُ اللهَ العَظِيْمَ رَبَ العَرْشِ العَظِيْمِ أَنْ يَشْفِيَكَ
Asalulallahu ‘azhiim robbul ‘arsyil ‘azhiim ayyasyfiyak
Maksudnya:
“Aku memohon kepada Allah, Dzat yang Maha Besar, Tuhan yang Mempunyai Arasy, yang Maha Besar, semoga Dia berkenan memberi kesembuhan padamu,” (HR Abu Dawud dan Tirmidzi).
6. Doa untuk rakan yang sakit
اللَّهُمَّ اشْفِ سَعْدًا، اللَّهُمَّ اشْفِ سَعْدًا، اللَّهُمَّ اشْفِ سَعْدًا
Allahummasyfi Sa’dan. Allahummasyfi Sa’dan. Allahummasyfi Sa’dan
Maksudnya:
“Ya Allah, sembuhkan…. (Sa’dan ini bisa Anda ganti dengan nama rakan yang sakit).”
7. Doa kesembuhan dan memohon ampunan
شَفَى اللهُ سَقَمَكَ، وَغَفَرَ ذَنْبَكَ، وَعَافَاكَ فِي دِيْنِكَ وَجِسْمِكَ إِلَى مُدَّةِ أَجَلِكَ
Syafakallahu saqamaka, wa ghafara dzanbaka, wa’afaka fi dinika wa jismika ila muddati ajalika
Maksudnya:
“Wahai (sebutkan nama orang yang sakit), semoga Allah menyembuhkanmu, mengampuni dosamu, dan mengafiakanmu dalam hal agama serta fizikalmu sepanjang usia.”
8. Doa untuk Orang yang Sedang Sakit (Perempuan)
اللَّهُمَّ اشْفِ عَبْدَتَكَ يَا شَافِي لَا شِفَاءَ إِلَّا شِفَاؤُكَ شِفَاءٌ لَا يُغَادِرُ سَقَمًا
Allahumma syafi ‘abdatika ya syafi la syifa-a illa syifa-uka syifa-an la yughadiru saqaman
Maksudnya:
“Ya Allah, sembuhkanlah hamba-Mu ini (untuk perempuan), wahai Yang Maha Penyembuh, tidak ada kesembuhan kecuali kesembuhan dari-Mu, sembuhkanlah ia sehingga tidak ada penyakit yang tersisa.”
9. Doa untuk Orang yang Sedang Sakit (Lelaki)
أَسْأَلُ اللَّهَ الْعَظِيمَ رَبَّ الْعَرْشِ الْعَظِيمِ أَنْ يَشْفِيَكَ
As-alu Allah al-‘azhima rabb al-‘arshi al-‘azhimi an yashfiyak
Maksudnya:
“Aku memohon kepada Allah Yang Maha Agung, Tuhan Pemilik ‘Arsy yang Agung, agar menyembuhkanmu (untuk lelaki).”
10. Doa Kesembuhan yang Diajarkan Nabi Ayyub
رَبِّ أَنِّى مَسَّنِيَ الضُّرُّ وَأَنْتَ أَرْحَمُ الرَّاحِمِيْنَ
Robbi annii massaniyadh dhurru wa anta arhamar roohimiin
Maksudnya:
“(Ya Tuhanku), sungguh, aku telah ditimpa penyakit, padahal Engkau Tuhan Yang Maha Penyayang dari semua yang penyayang.” (Surah An-Anbiya, ayat 83).
11. Ucapan agar cepat sembuh dalam Arab
Selain berdoa, kita juga boleh mengucapkan ucapan kesembuhan seperti berikut:
شافاكاللاه سييفأن اجيلان، سييفأن لا يوعهاديرو با’داهو ساقامان
Syafakallah syifaan ajilan, syifaan la yughadiru ba’dahu saqaman
Maksudnya:
“Semoga Allah menyembuhkanmu (untuk lelaki) secepatnya, dengan kesembuhan yang tiada sakit selepasnya.”
شافاهوللاه سييفآن اجيلان، سييفآن لا يوعهاديرو با’داهو ساقامان
Syafahullah syifaan ajilan, syifaan la yughadiru ba’dahu saqaman
Maksudnya:
“Semoga Allah menyembuhkanmu (untuk lelaki yang tidak berada di tempat secara langsung dengan pembicara) secepatnya, dengan kesembuhan yang tiada sakit selepasnya.”
شافاكيللاه سييفآن اجيلان، سييفآن لا يوعهاديرو با’داهو ساقامان
Syafakillah syifaan ajilan, syifaan la yughadiru ba’dahu saqaman
Maksudnya:
“Semoga Allah menyembuhkanmu (untuk perempuan) secepatnya, dengan kesembuhan yang tiada sakit selepasnya.”
شافاهاللاه سييفآن اجيلان، سييفآن لا يوعهاديرو با’داهو ساقامان
Syafahallah syifaan ajilan, syifaan la yughadiru ba’dahu saqaman
Maksudnya:
“Semoga Allah menyembuhkanmu (untuk perempuan yang tidak berada di tempat secara langsung dengan pembicara) secepatnya, dengan kesembuhan yang tiada sakit selepasnya.”
اللهُمّآ ربّآنآادزءهيبيل با’سا يسيفي انتاسيءسيافي لا سييفا’ا ليللا سييفا’وكا سييفآن لا يوعهاديرو ساقومان.
Allahuma robbannas, adz-hibil ba’sa isyfi antasy-syafi la syifa’a lilla syifa’uka syifaan la yughadiru saqoman
Maksudnya:
“Ya Allah, Tuhan seluruh manusia, hilangkan semua sakit ini, berilah kesembuhan, hanya Engkau yang mampu memberi kesembuhan. Tiada kesembuhan selain dariMu. Sembuh yang sempurna iaitu tidak terkena sakit lagi.”
Kelebihan dibacakan doa untuk orang sakit Berikut adalah antara manfaat membaca doa untuk orang sakit yang boleh anda perolehi.
Memberikan ketanangan kepada orang yang sakit. Diberikan kesembuhan dan perlindungan. Mendapatkan pahala dari Allah SWT. Mendapatkan redha Allah SWT dalam memperoleh kebaikan. Memperoleh rahmat dan keberkahan dari Allah SWT Memohon ampunan oleh Allah SWT atas segala dosa dalam diri. Selain doa untuk orang sakit ini, anda juga boleh baca artikel keagamaan kami yang lain seperti:
Doa Akhir Tahun & Awal Tahun Hijrah Zikir Nabi Ketika Hari Arafah Solat Sunat Istikharah Sumber:
Irsyad Al-Hadith Siri Ke-334: Malaikat Mengaminkan Doa Kepada Orang Sakit. Mufti Wilayah Persekutuan  Doa Untuk Orang Sakit Agar Diberikan Kesembuhan Segera. Taqwa.my

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://ecentral.my/doa-untuk-orang-sakit/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=doa-untuk-orang-sakit

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Panduan Lengkap Solat Jenazah Niat Cara Doa Dan Hikmah Solat Jenazah

Panduan Lengkap Solat Jenazah Niat Cara Doa Dan Hikmah Solat Jenazah

papar berkaitan - pada 18/9/2023 - jumlah : 318 hits
Solat jenazah lelaki atau perempuan adalah satu amalan penting dalam Islam yang menghormati individu yang telah meninggal dunia Ia melibatkan doa doa khusus untuk memohon ampun dan rahmat Allah ke atas arwah yang telah meninggal Solat jenaz...
Banjir Doa Dan Ucapan Terima Kasih Jelang Purna Tugas Gubernur Jateng Ganjar Pranowo

Banjir Doa Dan Ucapan Terima Kasih Jelang Purna Tugas Gubernur Jateng Ganjar Pranowo

papar berkaitan - pada 4/9/2023 - jumlah : 256 hits
Ganjar Pranowo dinilah telah memberikan perhatian lebih terhadap wayang kulit dan kesenian lainnya selama menjabat Gubernur dua periode
Cara Buat Solat Taubat Beserta Doa

Cara Buat Solat Taubat Beserta Doa

papar berkaitan - pada 2/9/2023 - jumlah : 338 hits
Solat Taubat merupakan amalan solat yang merupakan salah satu cara untuk kita meminta keampunan kepada Allah SWT dengan dosa dosa yang pernah kita lakukan sebelum ini Agak agak berapa kali seminggu korang melakukan solat sunat taubat ni Wal...
Video Fakta Baru Jokowi Saat Lahir Diberi Nama Mulyono Diganti Karena Sakit Sakitan

Video Fakta Baru Jokowi Saat Lahir Diberi Nama Mulyono Diganti Karena Sakit Sakitan

papar berkaitan - pada 19/9/2023 - jumlah : 187 hits
Terungkap fakta menarik nama asli Jokowi ketika lahir Jokowi mengaku orangtuanya memberi nama Mulyono
Trump Mahu Penduduk Gaza Dipindahkan Ke Negara Jiran

Subsidi Tambang Penerbangan Musim Raya Kurang Rungutan Rakyat Kata Loke

Khutbah Jumat Isra Mi Raj Dan Palestina

Biodata Soloz Kerjaya Filem Terbaru Game Of Life

Kemalangan Di Mesir 8 Pelajar Malaysia Cedera Dapat Bantuan Wisma Putra

Cara Mengatasi Tekanan Emosi Dalam Kehidupan Sehari Hari

Kumpulan Khutbah Jumat 2025

Resepi Bbq Kambing


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 11 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Separuh Akhir

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 10 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Suku Akhir

10 Drama Melayu Terbaru TV3 2024 2025 Best Mesti Tonton Juga Tersedia Online

4 Tanda Ketagihan Yang Jelas Pada Wajah Seorang Penagih Syabu Ice

Biodata Putra Abdullah Atlet Muay Thai Boxing Malaysia Seangkatan Johan Ghazali Jojo Team Jordan Boy


Lirik Lagu Anak Raja De Fam

Monday Blues

Telefilem Buah Hati

Aprilian Terbujuk Rayu Chord

Maxwel Franklin Saran Telempai Ke Bukai Chord

Mencari Rasa Nasi Lemak Sebenar Di Lembah Klang Boleh Datang Ke Yalo Yalo Yumm