Hilton Garden Inn South Kini Dibuka
Hilton Garden Inn South Kini Dibuka. Assalammualaikum semua! Ruby berkesempatan melihat hotel baru oleh Hilton Garden Inn. Kali ini di hati bandar raya Kuala Lumpur! Ya! Pertama kali kesini dan ruby seronok sebab semuanya mudah apabila menginap di sini. Ada pengangkutan awam. Monorail, bas percuma GOKL City Bus line merah dan berjalan kaki kemana sahaja pun best. Ke Kampung Baru, Chow Kit Road atau Jalan TAR, semuanya boleh! Hilton Garden lnn berterusan memperluaskan jenamanya iaitu Hilton Garden lnn Jalan Tuanku Abdul Rahman South
Hilton Garden Inn South Kini Dibuka
Hilton Garden lnn, jenama perhotelan yang pernah muncul sebagai penggarap anugerah di bawah namanya, juga beroperasi melalui kendalian Hilton (NYSE: HLT) telah mengadakan sesi sidang media pada hari ini untuk mengumumkan pembukaan hotel ketiganya di Malaysia, Hilton Garden lnn Jalan Tuanku Abdul Rahman South, lantas memperkukuhkan kedudukannya sebagai hotel bertaraf dunia yang terbaharu, terletak di pusat bandar raya Kuala Lumpur bagi pelancong moden yang menginginkan penginapan yang bertemakan ‘Brighthearted’.
Jamie Mead, Pengurus Besar Serantau untuk Hilton Malaysia berkata, “Hilton Garden Inn, iaitu sebuah rangkaian hotel perkhidmatan berfokus yang terkemuka telah berjaya memperkembangkan kedudukannya dalam landskap hospitaliti di dalam negara pada kadar yang pesat. Dari Hilton Garden lnn North, Hilton Garden lnn Puchong, hingga ke Hilton Garden Inn South yang ditubuhkan baru-baru ini, kami berbangga kerana dapat meneruskan usaha memperluaskan jenama kami di Malaysia.”
Pertumbuhan jenama ini mencerminkan tarikan bagi hotel-hotel yang menawarkan perkhidmatan berfokus. “Di Hilton Garden lnn, kami memahami keperluan pelancong yang moden dan celik, serta kami berusaha untuk menawarkan perkhidmatan setimpal yang jelas dan sesuai mengikut kehendak mereka, sambil memberi penekanan terhadap nilai dan kualiti. Dengan penarafan yang disumbangkan oleh ‘Brighthearted Hospitality’ menerusi akomodasi dan ambien yang sempurna, setiap tetamu dapat menikmati penginapan mereka di hotel ini sepertimana mereka inginkan dengan selesa.”
Hilton Garden lnn Jalan Tuanku Abdul Rahman South
Hotel baharu tersebut terletak di Chow Kit, bersebelahan dengan hotel Hilton Garden lnn Jalan Tuanku Abdul Rahman North yang pertama. Lokasi tersebut merupakan tempat yang sempurna bagi para pelancong untuk mengakses pelbagai tarikan yang tersedia di sekitar kawasan itu. Lokasi tersebut juga terdiri daripada pelbagai pasar tempatan yang unik, tetamu boleh mengunjungi pasar Chow Kit serta Bazaar Baru Chow Kit iaitu pasar terbesar di bandaraya Kuala Lumpur yang menyaksikan ratusan penduduk tempatan mengunjunginya untuk mendapatkan pelbagai keperluan asas.
Bagi individu yang ingin merasakan kekayaan elemen budaya di kawasan ini. mereka boleh menerokai kuil Sikh yang terbesar di rantau Asia Tenggara, iaitu Kuil Gurdwara Sahib Tatt Khalsa di Jalan Raja Alang, yang menerima kunjungan daripada 75,000 orang di Kuala Lumpur; tokong Taoist yang tertua di Kuala Lumpur Tokong Sin Sze Si Ya di Lebuh Pudu; serta tempat beribadat yang tertua bagi warga Muslim di Kuala Lumpur, Masjid Jamek.
Dari sajian yang enak, pilihan membeli belah yang tiada tandingannya. sehingga ke pusat kebudayaan yang menawan di bandar tersebut. Hilton Garden lnn South membolehkan para tetamu menerokai semua ini, dan banyak lagi. Hotel tersebut juga boleh diakses dengan berjalan kaki, dan ia tidak akan mengambil masa lebih daripada 5 minit dari Stesen Monorail Chow Kit (berhubung dengan rangkaian kereta api yang utama). sementara itu. pelbagai perkarangan lain yang menarik juga terletak di kawasan yang berhampiran.
267 Bilik Tetamu
Hilton Garden Inn South memiliki 267 bilik tetamu yang serba lengkap, ia membolehkan para tetamu menikmati penginapan yang sempurna dengan penawaran tilam SlumberlandTM. Mereka juga boleh memanjakan diri dengan kelengkapan mandian eksklusif berjenama Crabtree & Evelyn. Bukan itu sahaja. bilik tersebutjuga dilengkapi dengan televisyen berdefinisi tinggi yang bersaiz 40 inci, peti sejuk mini, fasiliti seterika serta pembuat kopi dan teh, yang akan membuat tetamu merasakan seperti mereka berada di dalam dakapan keselesaan rumah tersendiri. Kebanyakan bilik juga menawarkan pemandangan yang menawan terhadap Menara Berkembar Petronas atau Menara Kuala Lumpur.
Perkhidmatan Wi-Fl percuma juga disediakan di seluruh premis tersebut. Selain itu, Pusat Perhubungan 24 jam yang bersifat komplimentari juga menawarkan penggunaan komputer dan perkhidmatan pencetakan bagi para pelancong yang sibuk dengan urusan perniagaan yang penting, sementara bilik persidangan juga disediakan dan ia boleh menampung 20 tetamu pada masa yang sama.
Para tetamu juga boleh menikmati bufet sarapan pagi yang lazat, sajian sepanjang hari di Garden Grille, atau memilih untuk menggunakan perkhidmatan bilik yang ditawarkan pada waktu petang sehingga malam. Di samping itu, tetamu juga boleh mengunjungi kolam renang yang disediakan atau mendapatkan minuman serta snek dari Pavilion Pantry® yang terletak di premis tersebut, ia dibuka 24 jam sehari. Bagi individu yang mengemarkan gaya hidup aktif pula, Pusat Kecergasan 24/7 boleh digunakan di Hilton Garden Inn North.
Rooftop 25
Apa yang menarik lagi, hotel baharu ini turut dilengkapi dengan bar atas bumbung, dikenali sebagai ‘Rooftop 25’ yang membolehkan tetamu meluangkan masa mereka dengan menikmati pelbagai pilihan minuman beralkohol* sambil menyaksikan pemandangan panoramik Kuala Lumpur yang indah. Ruang tersebut akan melalui transformasi dari siang ke malam, yang memberikan pemandangan luar biasa ke arah Menara Berkembar Petronas dan Menara Kuala Lumpur, dimana tetamu juga berpeluang untuk melihat matahari terbenam. Ruang terbuka tersebut memberikan ambien yang menyamankan dah juga membolehkan anda menikmati muzik sambil menghirup segelas koktel. Lokasi tersebut juga boleh dijadikan sebagai ruang bagi acara tertutup.
Hilton Garden Inn South merupakan sebahagian daripada Hilton Honors®, iaitu sebuah program kesetiaan tetamu yang memiliki anugerah antarabangsa di bawah namanya, juga merupakan sebuah program yang dirumus khas untuk 15 jenama hotel berlainan yang dimiliki oleh Hilton. Ahli Hilton Honors yang membuat tempahan secara terus melalui saluran Hilton yang terpilih dapat menjimatkan masa dan wang serta memperoleh akses segera terhadap pelbagai manfaat yang mereka mahukan, contohnya diskaun keahlian yang eksklusif, Wi-Fi percuma dan pelaras pembayaran fleksibel yang membolehkan ahli untuk memilih kombinasi yang sesuai antara mata (points) yang terkumpul serta wang yang mereka mahu gunakan untuk membuat tempahan penginapan. Semua tetamu akan dipelawa secara automatik untuk menyertai program Hilton Honors bagi menikmati kelebihan program tersebut dengan sepenuhnya.
Promosi Pembukaan 1000 Mata Bonus Untuk Ahli Hilton Honors
Untuk meraikan pembukaan hotel ini ahli Honors akan memperoleh 1.000 mata bonus sebagai sebahagian daripada penawaran Pembukaan Ulung ini, dengan tempahan waktu penginapan maksimum selama lima malam. Untuk mendapatkan tawaran eksklusif ini para tetamu boleh membuat tempahan sehingga 31 Mac 2019, dan menginap pada bila-bila masa antara 21 Oktober 2018 sehingga 31 Mac 2019.
Hilton Garden Inn South beralamat di 452, Jalan Tuanku Abdul Rahman, 50100 Kuala Lumpur. Kadar bilik bermula daripada RM 150. Jika anda ingin mendapatkan maklumat lanjut, atau ingin membuat tempahan, sila hubungi nombor talian +60-3-27716888, atau kunjungi Hilton Garden Inn Jalan Tuanku Abdul Rahman South.
Ketahui lebih lanjut mengenai Hilton Garden Inn di hgi.com atau newsroom.hilton.com/hgi.
www3.hilton.com
www.facebook.com/hiltonkl
www.instagram.com/hiltonkualalumpur
The post Hilton Garden Inn South Kini Dibuka appeared first on RUBY.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://ruby.my/2018/11/hilton-garden-inn-south-kini-dibuka/