Hilang Syurga Dunia Aku
Assalamualaikum.
Dah lama tak menulis.
Kepada semua yang mungkin mengikuti blog ni, maaf sebab terlalu lama tak menulis apa-apa di blog ni. Hampir 4 bulan rasanya selepas tulisan terakhir pada Oktober tahun lepas
Kesuntukan masa tu bukan lah boleh dijadikan alasan sebenarnya kan?. Tapi ianya bergantung jugak dengan faktor-faktor lain macam dorongan untuk menulis tu sendiri. Bukan sengaja taw hanga, tapi memang sepanjng tahun 2018 ni diri sendiri dah bingung nak mencuri masa sendiri untuk menulis. Lepas dah banyak kali tertangguh, terus terlupa & dibiarkan macam tu ja blog ni. Dan seterusnya memng malap terus perasaan nak menulis tu
Memandangkan dah lama tak menulis, aku rasa dah terlalu banyak cerita yaang sepatutnya nak aku kongsikan di sini. Terutamanya tentang aku kehilangan orang yang paling aku sayang dalam hidup aku iaitu Mak aku.
Kehilangan Mak Tersayang
Dulu, bila aku dengar ada parents kawan aku meninggal, aku selalu cakap yang aku takkan mampu hadap kalau benda tu semua jadi dekat aku. But now aku sedar, yang kekuatan tu Allah akan bagi bila sampai waktunya. Allah takkan biarkan kau jatuh tersungkur. Dia Maha Penyayang
Nak terima hakikat tu memang susah. Rasa terbayang ja yang dia ada. Rasa nak bersembang dengan dia. Rasa nak ajak dia jalan-jalan semua ada. Tapi bila tersedar yang dia dah takda, huhuhu
Aku selalu teringat saat-saat akhir, masa Mak aku masih sedar sebelum dikomakan. Aku seorang ja dengan dia. Ya Allah, masa tu dia nampak penat sangat. Aku tengok dia tidur. Aku tak percaya yang doktor kata dia tengah sakit teruk masa tu
Tapi hari terakhir dia di dunia ni, aku sedar yang keadaan dia makin teruk lagi lepas kakak aku bagitaw pasal mesin jantung dia waktu tu, tinggal 20 lebih ja. Masa tu aku taw dia akan pergi. Makin lama bacaan denyut jantung dia, makin turun. Dan yang sakitnya masa tu aku takda dekat sisi dia
Terkedu. Tak sangka. Hari-hari aku doa supaya dia sedar. Lama aku tak bercakap dengan dia. Aku nak dengar suara dia. Dia pergi macam tu ja
Dua minggu lebih aku berdoa & tunggu dia. Retak hati aku. Hampir setiap hari aku gengam tangan dia, aku usap dahi dia, aku bagitaw yang aku sayang dia
Tapi aku puas, aku dapat jenguk dia hari-hari di saat-saat akhir hayat dia. Aku dapat pandang muka dia. Muka wanita yang susah payah demi aku. Aku dapat usap kepala dia. Aku dapat usap tangan yang suap aku masa kecik. Aku dapat mandikan dia. Aku dapat kafankan dia
Macam mana dia sehabis baik berjuang sambut aku lahir, aku sebagai anak cuba hantar dia dengan sehabis baik. Aku takkan mampu balas segala jasa dia. Tugas aku sebagai anak, cuba aku selesaikan dengan baik. Amanah & tanggungjawab aku akan galas & selesaikan
Mak, terima kasih untuk segalanya. 28 tahun Allah pinjamkan Mak untuk Acik tak cukup sebenarnya. Tapi itu yang terbaik untuk kita. Susah untuk hidup tanpa Mak. Betul orang kata Mak kita adalah hidup kita. Bila Mak takda, sunyi
Aku dah hilang satu saluran kebahagiaan. Doa seorang Ibu. Aku hilang syurga dunia aku. Aku hilang seorang perwira. Bantu aku untuk ikhlas Ya Allah. Bantu aku untuk terus melangkah & teruskan impian arwah
Hangpa tolong doakan aku selalu kuat ya?. Terima kasih hangpa
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://bondazahraareesa.blogspot.com/2019/02/hilang-syurga-dunia-aku.html