Hilang Permata Kewartawanan Negara


KUALA LUMPUR: Malaysia hari ini kehilangan seorang ikon kewartawanan negara berikutan pemergian Tan Sri Zainuddin Maidin, seorang penulis prolifik yang sentiasa mengikuti perkembangan semasa khususnya dunia politik.
Allahyarham berusia 79 tahun meninggal dunia di Hospital Serdang 6.40 petang Jumaat akibat serangan jantung.
Sebelum ini, beliau dirawat di Hospital Putrajaya sejak 12 Nov dan ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) hospital itu setelah dikesan paru-parunya berair sebelum dipindahkan ke Hospital Serdang.
Bukan sahaja lantang dalam menyuarakan pandangan menerusi penulisan karya di media dan buku-buku, Zainuddin turut menceburkan diri dalam bidang politik dan merupakan bekas Menteri Penerangan dari 2006 hingga 2008.
Zainuddin dillantik dalam satu rombakan kecil kabinet dan mengangkat sumpah sebagai menteri pada 17 Feb 2006.
Dilahirkan pada 26 Jun 1939 di Kota Kuala Muda, Kedah, Zainuddin, yang lebih dikenali dengan panggilan Zam, memulakan kariernya sebagai wartawan sambilan di Warta Negara dan seterusnya sebagai wartawan sambilan di Utusan Malaysia pada usia 18 tahun.
Kerjaya beliau bersama akhbar berbahasa Melayu paling tua negara berlanjutan sehingga beliau dilantik sebagai koresponden di Kedah dan Perlis.
Beliau dilantik sebagai wartawan tetap di Utusan Malaysia pada 1961 sebelum mendaki puncak kerjaya sebagai Ketua Wartawan, Editor Berita, Ketua Biro Pulau Pinang dan penulis rencana serta dihantar ke London sebagai koresponden di samping bekerja sambilan di bahagian Bahasa Melayu di BBC London.
Terus mencipta nama, Zam pernah menjadi Timbalan Pengerusi Eksekutif, Utusan Melayu (M) Berhad sebelum dilantik sebagai Ketua Pengarang Utusan Malaysia pada 1983 sehingga 1992 dan mempunyai kolum sendiri dalam akhbar itu iaitu ‘Awang Selamat’.
Penulisan tajam dan kritis Allahyarham dalam ruangan pojok ‘Awang Selamat’ diikuti banyak pihak, baik rakyat biasa mahupun para pemimpin negara serta ahli politik.
Pada 1994, beliau dilantik sebagai Pengerusi Eksekutif Utusan Publications and Distributors Sdn Bhd sehingga 1998 serta selaku ahli lembaga pengarah Utusan Melayu (M) Bhd pada 1995.
Bekas ketua pengarang itu mendapat pendidikan menengah di Maktab Mahmud Alor Setar sebelum melanjutkan pelajaran dalam Diploma Kewartawanan di Institute of Journalism, Berlin, Jerman pada 1969 dan dianugerahkan ‘Professional Journalism Fellowship’ dari University Michigan, Amerika Syarikat pada 1981.
Berkecimpung dalam dunia kewartawanan selama lebih 40 tahun, ketokohan Zainuddin turut terserlah apabila menerajui beberapa persatuan media termasuk sebagai Presiden Kesatuan Kebangsaan Wartawan Melayu (NUJ) pada 1970 dan Presiden Kelab Akhbar Kebangsaan dari 1984 hingga 1989 juga pernah dinobat “Tokoh Wartawan 2006” Petronas Media Awards.
Sepanjang mengabdikan diri dalam bidang penulisan, beliau menghasilkan pelbagai judul buku antaranya ‘The First and The Last’ pada 1993; Yang Terbaik Awang Selamat: Koleksi Pilihan 1987-1992; The Other Side of Mahathir (1994) yang turut dicetak dalam Bahasa Melayu bertajuk ‘Mahathir Di Sebalik Tabir’ (1994), China dan Tamil; Tun Razak: Profile of a Patriot (1997); The Unsung Heroes (2004); Di Depan Api, Di Belakang Duri (2013); dan Saya Bukan Menteri: Memoir Wartawan Negara (2016).
Sumbangan dan kecemerlangan Zainuddin dalam bidang kewartawanan turut membawa haluan baharu dalam dunia politik apabila dilantik sebagai Senator di Dewan Negara untuk dua penggal berturut-turut bermula 1998 hingga 2004.
Kerjaya beliau bersama kerajaan bermula apabila beliau memegang jawatan setiausaha parlimen Kementerian Penerangan sebelum dilantik sebagai timbalan menteri kementerian itu pada 2004.
Mendirikan rumah tangga dengan Puan Sri Zaiton Zainol Abidin, bapa kepada empat cahaya mata ini pernah bertanding pada pilihan raya umum (PRU) ke-11 pada Mac 2004 di kerusi Parlimen Merbok atas tiket UMNO (BN) mengalahkan Saiful Izham Ramli dari PKR dengan majoriti 15,162 undi.
Pada PRU12 2008, Zainuddin bagaimanapun tewas kepada Datuk Johari Abdul pada pertembungan di kerusi Parlimen Sungai Petani.
Sumbangan Zainuddin kepada masyarakat tidak terhenti di situ apabila beliau dilantik sebagai Karyawan Tamu di Institut Pemikiran Tun Dr Mahathir Mohamad (IPDM) oleh Universiti Utara Malaysia (UUM) pada 2011.
Zainuddin juga terus aktif menulis berkaitan isu-isu semasa di dalam media sosial melalui blognya ‘Zamkata’.
Zainuddin mempamerkan bakat seninya melalui sumbangan lirik untuk lagu ciptaan komposer Datuk Ahmad Nawab dan Ketua Muzik RTM Datuk Mokhzani Ismail berjudul “Alam Cinta” dan “Sepi Sekali” nyanyian Allahyarham Saleem.
The post Hilang Permata Kewartawanan Negara appeared first on MySuara.Net.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.mysuara.net/berita/hilang-permata-kewartawanan-negara/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Inspirasi Antarabangsa 6 Negara Olahan Pnb Perdana Hotel Suites On The Park Kl

Inspirasi Antarabangsa 6 Negara Olahan Pnb Perdana Hotel Suites On The Park Kl

papar berkaitan - pada 10/12/2018 - jumlah : 391 hits
Menu antarabangsa yang Min kongsikan kali ni memang unik Sajian inspirasi dari 6 negara dari enam negara iaitu Pakistan Timur Tengah Jepun Mediterranean Indonesia dan USA Resipi nombor 6 Burger Udang Mediterranean memang luar biasa Resipi n...
Tun M Sistem Tersusun Jamin Pentadbiran Negara Yang Baik

Tun M Sistem Tersusun Jamin Pentadbiran Negara Yang Baik

papar berkaitan - pada 9/12/2018 - jumlah : 254 hits
PUTRAJAYA Tun Dr Mahathir Mohamad mengingatkan semua anggota pentadbiran kerajaan tentang kepentingan mempunyai sistem yang tersusun bagi memastikan kejayaan melaksanakan tadbir urus negara yang baik Perdana Menteri berkata keperluan memili...
Pulau Kukup Kekal Sebagai Taman Negara Johor

Pulau Kukup Kekal Sebagai Taman Negara Johor

papar berkaitan - pada 9/12/2018 - jumlah : 792 hits
Pulau Kukup kekal sebagai Taman Negara Johor nbsp Dikemas kini 9 minit yang lalu middot Diterbitkan pada 9 Dec 2018 3 53PM
Tidak Hanya Pria 4 Negara Ini Mengharuskan Perempuan Ikut Wajib Militer

Tidak Hanya Pria 4 Negara Ini Mengharuskan Perempuan Ikut Wajib Militer

papar berkaitan - pada 9/12/2018 - jumlah : 233 hits
Negara negara yang menghadapi ancaman keamanan besar membutuhkan pasukan dalam jumlah besar pula Oleh karena itu pemerintahnya akan menjadikan warga sipil sebagai bagian dari pasukan cadangan bilamana ada kebutuhan lebih dalam dinas militer
Icard Jelajah Seluruh Negara I Hasyim Sokong Teruskan

Icard Jelajah Seluruh Negara I Hasyim Sokong Teruskan

papar berkaitan - pada 10/12/2018 - jumlah : 216 hits
KUALA LUMPUR 9 Dis Penganjur DaulatHimpunan812 mahu menjelajah ke seluruh negara bagi menjelaskan sebab Konvensyen Antarabangsa Mengenai Penghapusan Segala Bentuk Diskriminasi Kaum ditolak oleh orang Me layu Malah penganjur juga bercadang m...
Wapres Jk Sebut Di Negara Manapun Biaya Politik Mahal

Wapres Jk Sebut Di Negara Manapun Biaya Politik Mahal

papar berkaitan - pada 10/12/2018 - jumlah : 129 hits
Meski biaya politik mahal Wapres JK menekankan agar tidak terjadi politik uang dalam Pemilu 2019
Setelah Berjaya Di Kl Penentang Icerd Jelajah Seluruh Negara

Setelah Berjaya Di Kl Penentang Icerd Jelajah Seluruh Negara

papar berkaitan - pada 10/12/2018 - jumlah : 205 hits
Oleh Jamilah KamarudinDiterbitkan pada 10 December 2018Penganjur bantah ratifikasi ICERD merancang untuk mengadakan siri jelajah negara Foto oleh Ahmad ZamzahuriKUALA LUMPUR 10 Dis Selepas kejayaan menghimpun puluhan ribu penyokong turun ke...
Jangan Tertipu Tawaran Kerja Lumayan Petik Buah Di Luar Negara Muhyiddin

Jangan Tertipu Tawaran Kerja Lumayan Petik Buah Di Luar Negara Muhyiddin

papar berkaitan - pada 10/12/2018 - jumlah : 245 hits
PUTRAJAYA Rakyat Malaysia dinasihatkan jangan mudah tertipu dengan tawaran lumayan kerja sambilan seperti memetik buat dan sebagainya di luar negara tegas Menteri Dalam Negeri Tan Sri Muhyiddin Yassin Ini kerana kata beliau sesiapa sahaja y...
The Evolution Of Adult Entertainment

Epf Account 3 Can Help Contributors During Emergencies Expert

Menambat Selera Rakyat Malaysia Dengan Kebaikan Berasaskan Tumbuhanterbaharu Dari Nestl

Pm Akan Umum Sspa Terbaik Pernah Diperkenalkan Kerajaan

Work Harder At Communicating Achievements On Reforms Govt Told

Apabila Sang Profesor Datang Melawat

Pemilik Kereta Tertekan Hon Kerana Panik Polis

Cara Guna Cimb Dan Cara Check Status Loan Cimb



10 Istilah Hampir Serupa Bahasa Inggeris Yang Kita Keliru Penggunaannya

5 Trend Bodoh Netizen Yang Nampaknya Semakin Menjadi Jadi

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Puaka Cuti Semester Slot Lestary TV3

Biodata Rozana Rozek TV Youtuber Resipi

8 Istilah Jerman Yang Kita Rakyat Malaysia Kerap Gunakan


Data Drives Dollars How Competitive Intelligence Optimizes Sales Marketing Roi

Tanya Hadi Mengapa Tak Bantah Akta Laut Wilayah Mb Terengganu Diberitahu

Cabaran Getir Menanti Ph Di Kkb

Nga S Aide Chosen For Kuala Kubu Baharu After Dap Abandoned Hope Of Malay Vote

World Bank Report Says Malaysian Children Not Learning Enough In Schools

Zus Ice Watermelon Latte