Hikmah Raya 2022 Hadiah Dari Allah
Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada semua sahabat-sahabat semua. Alhamduillah sudah masuk 9 Syawal. Pada tahun ini,memberi kenangan indah kepada seluruh rakyat Malaysia kerana 2 Mei kita telah masuk 1 Syawal. Memang meriah pada waktu itu.
Sebaik sahaja pengumuman di televisyen pada malam tersebut. Ramai yang masih berada di lebuh raya hatta hentian bas dan kereta api kerana menjangka Hari Raya Aidilfitri jatuh pada tarikh 3 Mei 2022. Tetapi kuasa dari Allah, anak bulan Syawal kelihatan pada 2 Mei 2022. Inilah keajaiban yang Allah bagi kepada rakyat Malaysia setelah hampir 2 tahun tak dapat merayakan bersama-sama keluarga tercinta asbab PKP (Perintah Kawalan Pergerakan ).
Sebagai orang awam, kita wajib hormati ahli agama telah menetapkan rukyah setelah anak bulan Syawal telah kelihatan di Labuan kalau tak silap Naim . Di dalam Utusan Malaysia Online telah memberi kefahaman kepada kita semua iaitu :-
1) Anak bulan Syawal: Rukyah diutama berbanding hisab
"Mufti Selangor, Datuk Dr. Anhar Opir berkata, sebelum perisytiharan dibuat, pemerintah atau pihak berkuasa melakukan siasatan terhadap penemuan anak bulan oleh saksi dan memutuskan sama ada hendak menerima atau menolak kesaksian tersebut.
Menurut beliau, keutamaan diberikan kepada kesaksian berdasarkan rukyah walaupun umat Islam cuma berpuasa 29 hari.
“Perkara itu seperti dinyatakan firman Allah SWT dalam surah Al-Baqarah ayat 185 yang bermaksud ‘Barangsiapa dari antara kamu yang menyaksikan anak bulan (atau mengetahuinya), maka hendaklah ia berpuasa bulan itu’.
“Situasi itu turut dijelaskan menerusi hadis Nabi Muhammad SAW riwayat al-Bukhari yang bemaksud ‘janganlah kalian berpuasa sehingga melihat hilal, jangan pula kalian berbuka sehingga melihatnya, jika kalian terhalang oleh awan, maka sempurnakanlah hitungannya’,” katanya dalam satu kenyataan malam tadi. "
2) Tak perlu majoriti, satu lokasi nampak anak bulan cukup
" Jika ada tempat cerapan anak bulan Syawal itu walaupun cuma satu lokasi sahaja yang telah nampak hilal, maka seluruh Malaysia akan sambut Hari Raya Puasa pada esok,” jelas beliau ketika ditanya pengacara Amin Idris dan Dayah Bakar menerusi program khas Gema Takbir 2022 yang disiarkan saluran TV1 RTM lewat malam tadi."
Yang menarik pada malam tersebut, seusai berbuka puasa, Naim keluar rumah untuk menyala pelita di halaman rumah . Sambil melihat langit sama ada mendung atau cuaca ok untuk solat terawih di masjid. Sambil nyalakan pelita di luar rumah, terdengar suara riuh di dalam rumah. Ingat biasa la, anak-anak buah yang datang petang tadi berebut remote control menonton kartun di astro ceria.
Bergegas masuk rumah, dengan wajah terpinga-pinga, kakak sulong berkata,
" Esok Raya" di sambut dengan anak-anak buah berkata , esok raya !
Pada waktu itu, Naim berkata, lawak kot, bukan esok ( 3 Mei 2022) , bercampur perasaan berkata ini adalah prank semata-mata. Akhirnya buka facebook Bernama. Ia sudah jelas, 2 Mei 2022. Pada itu kalut la di dapur, Naim melayan anak-anak buah main bunga api . Dan langit malam waktu itu meriah dengan percikan bunga api menghiasi malam hari raya.
Subbna Allah, inilah hikmah yang kita pelajari iaitu Ramadhan pergi secara tiba-tiba. Bagaimana kehidupan kita kelak, adakah kita akan mati secara tiba-tiba, itu masih di dalam rahsia Allah.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://pemudattbc.blogspot.com/2022/05/hikmah-raya-2022-hadiah-dari-allah.html