Hiking Di Bukit Nenas Bukit Lmd Air Terjun Makiau Air Terjun Bukit Nenas Sandakan




Hiking di Bukit Nenas - Bukit LMD - Air Terjun Makiau - Air Terjun Bukit Nenas Sandakan | Assalamualikum & salam sejahtera. Hi, korang! Seperti yang dijanjikan sebelum ini, Murni akan kongsikan aktiviti hiking di Bukit Nenas menuju ke Bukit LMD (Lupak Meluas Darat), kemudian menuju ke kawasa air terjun Makiau & akhir sekali ke kawasan air terjun Bukit Nenas. Aktiviti hiking ni dijalankan pada 14/03/2021. Jarak pendakian dalam 13km dengan mengambil masa hampir 6 jam termasuklah waktu kami beristirahat

Hiking di Bukit Nenas - Bukit LMD - Air Terjun Makiau - Air Terjun Bukit Nenas
Actually ni merupakan pengalaman pertama kali Murni hiking di Bukit Nenas. Bukit ni dah termasuk dalam senarai bukit yang wajib di tawan di Sandakan haha. Trail menuju ke puncak Bukit Nenas sangat santai. Tapi bila tak cukup stamina, kapus-kapus juga dibuatnya haha. Kami mulakan pendakian dalam jam 08:15 pagi

Puncak Bukit Nenas
Kalau ikut phase Murni, ambil masa dalam setengah jam jugalah untuk sampai ke puncak Bukit Nenas. Sampai di puncak kami berehat seketika, sambil bergambar untuk dijadikan sebagai memori daun pisang hihi. Comel sangat dekorasi & papan tanda di Bukit Nenas siap dihiasi dengan sepasang kasut adidas kampung bertali warna pink. 
Trail menuju ke Bukit LMD
Usai berehat seketika di Bukit Nenas, kami teruskan pendakian ke Bukit LMD pula. Rasa macam tak terdaya langsung nak teruskan pendakian ke Bukit LMD haha mana taknya cuaca panas terik atas kepala. Bila sampai puncak Bukit LMD, laju ja kaki menapak mencari pokok untuk berteduh. Hilang terus mood untuk ambil view sekitar Bukit LMD. Murni ni lemah sangat kalau hiking dalam cuaca yang panas terik haha. Kami tak ambil masa yang lama beristirahat di Bukit LMD disebabkan faktor cuaca yang panas & kawasannya pun agak terbuka kurang kawasan untuk berteduh

Kawasan Air Terjun Makiau
Kami teruskan perjalanan menuju ke kawasan Air Terjun Makiau. Murni terpaksa tinggalkan beg di atas bagi memudahkan masa nak naik bukit nanti haha. Kena berhati-hati bila hendak melalui kawasan berbatu di atas, agak licin kalau tersilap langkap boleh terjatuh. 
Kawasan Air Terjun Makiau
Kecewa sikitlah bila sampai ke kawasan air terjun Makiau ni sebab airnya tak berapa deras. Tak apalah yang penting dah menjejakkan kaki ke sini & luangkan masa bersahabat dengan alam tu yang buatkan diri rasa puas. Sekarang ni pun dah rindu dengan bau hutan, hanya mampu mengulang kenangan masa lalu saja 😢
Penat dia lain macam haha
Rehat sekejap sebelum memulakan pendakian ke destinasi terakhir iaitu Air Terjun Bukit Nenas. Murni boleh katakan Bukit Nenas ni kaya dengan tumbuhan pokok keladi viral. 
Pokok Keladi Air Terjun Bukit Nenas
Kami sampai di kawasan air terjun Bukit Nenas dalam jam 12 lebih, macam biasa ikut phase Murni haha. Bukan nasib kamilah pada masa ni nak jumpa air terjun yang mengalir deras. Tak mengapa sebab itu bukanlah tujuan utama Murni hiking ke sini. Hanya mahu menikmati tumbuhan yang menghijau & suara alam di dalam hutan sambil melayan penat cukuplah buat terapi jiwa

Hammocking
Nikmatnya lahai bila dapat lelapkan mata sekejap di atas hammock. Macam dah jadi kebiasaan bagi Murni kalau masuk hutan, wajib tidur sekejap. Nasiblah membawa hammock sendiri, kadang tu Murni pinjam hammock orang lain juga haha

Kami keluar dari kawasan air terjun pun agak lewat sikit. Selesai aktiviti hiking, kami putuskan untuk makan tengah hari di Bukit Konoha (bukit ni sebelah Bukit Nenas saja). Kami beli makanan di pasar malam berdepan dengan Pejabat Pos Sandakan. Sampai ke petang jugaklah kami di atas Bukit Konoha

Sampai sini saja Murni berkongsi mengenai aktiviti hiking di Bukit Nenas - Bukit LMD - Air Terjun Makiau - Air Terjun Bukit Nenas Sandakan. Aktiviti hiking seterusnya bertempat di Tawai Telupid, tunggu kemas kini blog yang terbaru. Terima kasih sudi baca entri ni 😘 

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://murnimohdyusof.blogspot.com/2021/07/hiking-di-bukit-nenas-bukit-lmd-air.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hiking Air Terjun Kg Muhibbah Via Trail Bukit Leila Sandakan

Hiking Air Terjun Kg Muhibbah Via Trail Bukit Leila Sandakan

papar berkaitan - pada 28/6/2021 - jumlah : 759 hits
Hiking Menuju ke Kawasan Air Terjun Kg Muhibbah Sandakan Assalamualaikum salam sejahtera Hi korang Murni nak sambung entri berkaitan dengan aktiviti hiking bagi tahun 2021 Actually pembukaan hiking kami dah pun bermula pada 02 01 2021 hikin...
Resipi Pajeri Nenas Dan Air Nenas Sedap Hasil Tanaman Sendiri

Resipi Pajeri Nenas Dan Air Nenas Sedap Hasil Tanaman Sendiri

papar berkaitan - pada 7/7/2021 - jumlah : 580 hits
Resipi Pajeri Nenas dan Air Nenas Sedap Hasil Tanaman Sendiri Buah nenas antara buah kegemaran kami sekeluarga Rasanya yang manis memang sedap kalau dimakan begitu sahaja atau dimasak buat lauk Kalau dapat buah nenas ni memang tak payah tun...
Hiking Di Pulau Berhala Sandakan 3 0

Hiking Di Pulau Berhala Sandakan 3 0

papar berkaitan - pada 10/7/2021 - jumlah : 425 hits
Hiking di Pulau Berhala Sandakan 3 0 Assalamualaikum salam sejahtera Hi korang Murni harap korang baik baik saja semoga Allah lindungi kita semua dari Covid 19 Hari ni Murni nak berkongsi lagi aktiviti hiking di Pulau Berhala Sandakan pada ...
Polis Buru Doktor Palsu Suntik Vaksin Air

Polis Buru Doktor Palsu Suntik Vaksin Air

papar berkaitan - pada 3/7/2021 - jumlah : 354 hits
Polis menahan dua jururawat dan memburu seorang lelaki yang menyamar berpakaian doktor dan menjual serta mengendalikan pemberian vaksin kepada ratusan orang Doktor palsu itu berjaya meyakinkan beberapa syarikat untuk membiayai pemvaksinan p...
Ketumpang Air

Ketumpang Air

papar berkaitan - pada 4/7/2021 - jumlah : 252 hits
Sumber Google Penerangan Ketumpang Air atau Sirih Cina ialah tanaman herba yang kaya dengan khasiat Namun ramai beranggapan bahawa tanaman ini adalah rumpai air kerana tumbuh di celah celah tanaman yang lain Tanaman ini sebenarnya mempunyai...
Air Ketuban Makin Berkurang Terpaksa Bersalin Lebih Awal Yatt Hamzah Mohon Doa

Air Ketuban Makin Berkurang Terpaksa Bersalin Lebih Awal Yatt Hamzah Mohon Doa

papar berkaitan - pada 3/7/2021 - jumlah : 396 hits
Kelahiran setiap anak sememangnya berbeza beza Biarpun sudah melalui beberapa kali proses melahirkan anak namun debaran pastinya masih terasa Lebih lebih lagi kala berdepan masalah ketika melahirkan Bagi Yatt Hamzah yang bakal melahirkan an...
Kalbe Farma Luncurkan Alat Tes Covid 19 Metode Air Liur Klaim Akurat Dari Antigen

Kalbe Farma Luncurkan Alat Tes Covid 19 Metode Air Liur Klaim Akurat Dari Antigen

papar berkaitan - pada 1/7/2021 - jumlah : 257 hits
Metode RT Lamp ini tergolong baru dalam testing Covid 19 karena dikategorikan tes diagnostik bukan tes cepat sehingga akurasinya lebih baik dari tes cepat antigen
Ibu Anak Ditahan Jadi Tauke Jual Air Ketum

Ibu Anak Ditahan Jadi Tauke Jual Air Ketum

papar berkaitan - pada 1/7/2021 - jumlah : 296 hits
Oleh MOHAMAD FAIZAL HASHIM Antara rampasan air ketum hasil tangkapan ke atas dua beranak di dalam sebuah rumah di Kampung Melayu Pandan Johor Bahru Johor semalam JOHOR BAHRU Seorang ibu dan anak lelaki ditahan kerana memiliki 450 bungkus ai...
Sugarbomb Promo Air Freshner

Sugarbomb Promo Air Freshner

papar berkaitan - pada 30/6/2021 - jumlah : 395 hits
PROMO AIR FRESHENER JIMAT KAW KAW Surprise chuols Chuols dah boleh start grab favorite air freshener chuols dengan harga kasih sayang Lebih banyak chuols grab lebih murah chuols dapat Boleh la chuols gantung dalam kereta dalam bilik semua t...
Malaysia Airlines A330 300 Takes To The Skies In Manchester United Livery

Timbul Dakwaan Zahnita Bagi Lelaki Masuk Rumah Suami Akui Terkejut Bila Ada Orang Lain Anak Anak Pun Mengeluh

Terrazza Aperol In Milan Reopens With A Bold New Identity By Vudafieri Saverino Partners

Cara Buat Bayaran Semula Yayasan Bank Rakyat Secara Online Menggunakan Jompay

Senarai Universiti Luar Negara Kampus Malaysia Bidang Perubatan

Pelancaran Galeri Keratan Akhbar Muka Hadapan Di Pejabat Ppim Kaca Tv 17 04 2025

Selangor To Study Banning Vape Sales Says Mb

Pa Yang Multitasking


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Trading For Living Jalan Hidup Setelah Satu Dekade Blogging

10 Arahan Penting Sebelum Kamu Memutuskan Buy Atau Sell

Ist Page Of Google

Rutin Pagi

How To Buy Terpenes Without Getting Burned Insider Tips

Gaya Bunyi Yang Tidak Dapat Ditandingi Emberton Iii Dan Minor Iv Hadir Dengan Warna Baharu