Hiking Bukit Kepayang Sampai Kepayang Hill Bypass


Nampaknya cerita Bukit Kepayang ni akan memenuhi ruang dalam blog saya. Setiap bulan mesti akan ada cerita tentangnya. Bulan September je dah dua kali saya jelajah Bukit Kepayang. Bulan Oktober juga saya mulakan dengan hiking Bukit Kepayang juga sebab route lebih mudah dan dekat dengan rumah.
Malas nak pergi jauh-jauh. Janji misi kami tercapai sekurang-kurangnya hiking sebulan sekali paling tidak. Dapat dua tiga kali bagus juga.
Memandangkan asyik ikut route yang sama, encik suami ajak berjalan jauh sikit sampai ke Kepayang Hill Bypass. Biasanya kalau nak berjalan jauh kami pusing buat loop sampai kuil India tu tapi kali ni lebih jauh perginya.
Kami hiking pagi Ahad 6 Oktober, cuaca mendung. Jam 7.30 pagi pun tak cerah-cerah lagi. Macam nak hujan pun ye. Padahal malam tu dah hujan rasanya. Kami teruskan je lah selagi tak hujan lebat.

Kami mulakan pendakian pada jam 7.38 pagi. Ikut route tasik bunga teratai (Lotus pond). Nampak macam semakin meriah pula pokok bunga memenuhi tasik. Agaknya musim hujan ni semakin membiak lah dia.

Cantik rupa paras bunga teratai yang sedang mekar di waktu pagi. Berhenti sebentar potretkan bunga teratai yang cantik. 

Kami jalan terus sampai ke big pipe trail tu tapi tak ikut situ, kami ke kanan dan terus ikut route mendaki ni. Malas nak ikut big pipe trail tu sebab baru lepas hujan kan. Malas nak kotor-kotor bertanah dan malas nak pegang tali juga. Cukuplah sekadar lecak kena kasut je


Ikut route yang ni akan jumpa main route yang biasa pendaki-pendaki lalu. Route ni memang mendaki je sampai ke puncak. Tak ada landai-landai dah


Bila dah sampai di sini maknanya dah nak hampir sampai ke puncak dah tu. Sikit je lagi


Lebih kurang 5 minit ikut pace saya, sampailah ke puncak. Kalau dah biasa, seminit dua dah sampai puncak dari lokasi di atas ni. Tapi kitonyo pace slow. Leha-leha je


Di puncak ni landai je. Ada yang berlari dan berjalan santai sambil menikmati permandangan dari aras tinggi. Kali ni saya bergambar di papan tanda yang ni pula. Kita tukar-tukar permandangan bila naik Bukit Kepayang ni


Hari Ahad kali ni macam meriah sikit ramai orang. Kadang tu sunyi juga bila tak ramai. Kami terus berjalan sampai ke route kuil India. Ambil jalan ke kanan untuk ke atas lalu tepi Kuil India. Kalau ambil kiri ke bawah ke jalan raya besar


Dari kuil India kami naik puncak yang ada papan tanda kayu Kepayang Hill tu dan turun ikut laluan landai ke bawah dari lokasi ada basikal lama. Berjalan sampai ada simpang hiasan pasu yang ni. Jalan terus je untuk ke Kepayang Hill byPass


Route dia landai dan ada menurun. Kena berhati-hati sebab licin selepas hujan. Was-was juga sebenarnya. Tapi disebabkan encik suami rujuk map, kita confident laha sikit


Dah berjalan jauh akhirnya jumpa juga papan tanda Kepayang Hill byPass ni. Fuhh..legaaa...Jauh betul perjalanan nak sampai sini. Ingatkan dekat. Sebelum jumpa papan tanda ni akan melalui kawasan landai yang luas dan terang. 

Lepas tu akan masuk hutan semula. Boleh tahan semak juga tapi laluan dia masih jelas dan boleh rujuk tanda ikatan plastik putih di pokok-pokok


Lebih kurang berjalan 8 minit macam tu, kami nampak laluan mendaki ni. Tandanya dah nak sampai puncak Kepayang Hill byPass. Ada disediakan tali untuk memudahkan pendakian. Agak licin juga sebab lepas hujan kan.

Hati-hati ada lebah kecil di kawasan ni. Risau juga sebenarnya di sengat lebah. Tapi kita berhati-hati je lah dan berdoa lah tak berlaku apa-apa yang tak di ingini


Yeay, akhirnya sampai juga Kepayang Hill byPass setelah kali kesebelas naik Bukit Kepayang. Sebelum ni bercita-cita juga nak sampai sini tapi masa tu rajin belum sampai lagi. Bila dah rajin ni, dapatlah kita sampai sini


Patutlah banyak lebah di sini sebab ada bunga butter daisy warna kuning tu, bunga matahari versi kecil. Kawasan ni sini lapang dan rata je. Dapatlah menyaksikan kenderaan di jalan raya bawah tu lalu lalang. Nampak rendah je tapi nak sampai sini jauh jugalah pada saya

Cukuplah sekali ni kot sampai sini. Lepas ni kita hiking route biasa je lah. 

Dah berjalan jauh pun tapi langkahnya tak cukup pun 10 ribu langkah. Ambil masa hampir 2 jam jugalah. Balik rumah sambung buat cardio workout. 
Turun je Bukit Kepayang hujan renyai. Masuk kereta hujan pun berhenti. Mujur tak hujan lebat. Tapi syok juga hiking waktu mendung ni, dia sejuk sikit tak panas. Hiking pun santai-santai je. 

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.azhafizah.com/2024/10/hiking-bukit-kepayang-sampai-kepayang.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hantar Pak Zain Buat Mri Di Ucsi Hospital Spring Hill

Hantar Pak Zain Buat Mri Di Ucsi Hospital Spring Hill

papar berkaitan - pada 8/10/2024 - jumlah : 161 hits
Assalamualaikum Semalam blog ni senyap sunyi je kan tanpa update sebenarnya semalam SA busy hantar PZ buat MRI di UCSI Hospital Spring Hill First time pi hospital tu canggih oiii and rupanya hospital ni dah beroperasi 3 tahun dah cantik pun...
Bagaimana Cara Bypass Otp Dengan Mudah Menggunakan Nomor Telepon Sementara

Bagaimana Cara Bypass Otp Dengan Mudah Menggunakan Nomor Telepon Sementara

papar berkaitan - pada 19/10/2024 - jumlah : 124 hits
Bagi pengguna modern kata sandi satu kali atau OTP telah menjadi favorit untuk memastikan data pribadi dan keuangan mereka terlindungi Namun banyak pengguna terutama pembeli elektronik dan pelanggan layanan elektronik mengalami ketidaknyama...
Topi Pyramid Head Remake Silent Hill 2 Bikin Perang Komen

Topi Pyramid Head Remake Silent Hill 2 Bikin Perang Komen

papar berkaitan - pada 15/10/2024 - jumlah : 138 hits
Penerangan paling munasabah mengenai model ini datang dari MacKenzie Shirk seorang Artis Persekitaran di JangaFX dan bekas Artis Rockstar Dia menyatakan bahawa topologi model yang unik tu memang direka khas untuk memberikan helm itu siluet ...
Mendaki Bukit Batu Putih Tanjung Tuan

Mendaki Bukit Batu Putih Tanjung Tuan

papar berkaitan - pada 1/10/2024 - jumlah : 92 hits
Hi Assalamualaikum Rindu bukit ni Hehe last pergi masa tahun 2020 kot lepas PKP dah dilonggarkan sedikit Bukit ni terletak di Tanjung Tuan dekat dengan Port Dickson Secara ringkasnya bukit ni tak susah untuk didaki dan dituruni sesuai untuk...
Bukit Bintang Tersenarai 10 Destinasi Pelancongan Paling Overrated Di Asia

Bukit Bintang Tersenarai 10 Destinasi Pelancongan Paling Overrated Di Asia

papar berkaitan - pada 16/10/2024 - jumlah : 161 hits
Apabila berada di Kuala Lumpur para pelancong dari luar negara biasanya akan turut melawat kerana mempunyai pelbagai penawaran menarik yang cukup dekat dengan kehidupan warga lokal di sini Namun menurut laporan dari Times of India telah men...
Mendaki Bukit Denai Tiga Puteri Kota Damansara

Mendaki Bukit Denai Tiga Puteri Kota Damansara

papar berkaitan - pada 1/10/2024 - jumlah : 106 hits
Assalamualaikum Selamat PagiApa khabar semua Sihat tak Nampaknya pandemik Covid 19 ni seperti akan berlarutan Ada yang cakap mungkin akan berlarutan sampai 2021 Sedih Tapi apa apa pun marilah kita sama sama mengamalkan pencegahan yang sepat...
Terkejut Bertempiaran Lari Kereta Tanpa Pemandu Terbakar Sambil Turun Bukit

Terkejut Bertempiaran Lari Kereta Tanpa Pemandu Terbakar Sambil Turun Bukit

papar berkaitan - pada 17/10/2024 - jumlah : 179 hits
KOSMO SEBUAH kereta terbakar ketika menuruni sebatang jalan raya Foto X IshantvashistNEW DELHI Sebuah kereta tanpa pemandu terbakar ketika menuruni sebatang jalan di Jaipur India menyebabkan orang ramai bertempiaran lari menyelamatkan diri ...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids

Fort Kemar Pusat Operasi Di Tengah Belantara

10 Laluan Penerbangan Antarabangsa Tersibuk Di Dunia Bagi Tahun 2024

Prosedur Pengesahan Lafaz Cerai

Duna Dara Asam Maram Chord