Hikayat Kiamat 1858


 

Terdapat sebuah teks lama yang dipercayai dikarang pada 1858 di Kampung Kuta Nuwah, dengan judul Hikayat Kiamat. Naskah ini tersimpan di Perpustakaan Nasional Republik Indonesia. Sungguhpun begitu ia dalam bahasa campuran Arab-Melayu dan ditulis dengan menggunakan skrip Jawi. Jadi ia bukanlah naskah bahasa varian bahasa Indonesia seperti Jawa atau Bugis. Bermakna ia lebih hampir dengan kita selaku orang Melayu.
Hikayat Kiamat menceritakan nasib manusia generasi terakhir ketika berlakunya peristiwa kiamat. Manusia generasi terakhir ini akan bersatu dengan manusia sejak zaman Nabi Adam. Mudahnya naskah ini mengenai ajaran eskatologi Islam. Eskatologi ilmu tentang hari akhirat, kepercayaan berhubungan dengan kejadian akhir hidup kita meliputi kematian, hari kiamat, tamatnya dunia, kebangkitan kembali, penisbahan akhir, juga syurga dan neraka.
Pecahan Hikayat Kiamat adalah tiupan sangkakala; kebangkitan kembali; suasana Mahsyar: syafaat yang agung dari Nabi Muhammad untuk seluruh umat; peristiwa hisab atau penghitungan amal baik dan buruk; proses mizan atau neraca untuk menimbang amal manusia; proses titian Sirat; serta tamatnya naratif manusia iaitu sama ada di syurga atau neraka sesuai amalnya di dunia.
Bahagian dominan dalam Hikayat Kiamat menyorot momen semua manusia sedia ada yang jumlahnya tidak terkira akan menanti saat dihisab. Ketika itulah amalan baik kita akan dinilai, dan mana yang berbuat baik akan dipermudahkan.
Sebagai contoh, dalam halaman 10 disentuh manusia yang berpuasa. Ketika manusia yang ramai itu, termasuk kita semua, berasak menuju ke Padang Mahsyar, ada disebut dalam Hikayat Kiamat perinya puasa yang berkualiti:
“…ada setengah insan bagai tidak penah [raswah] sakit / lah lama berjalan penuh langkah nan sampai-sampai jua bagai / nan orang tidak lapar tidak dilihat minum makan / mulutnya harum bagai ambar pakaian sempurna / kelengkapan lalu bertanya malah diri manalah tuan / baik tubuh apalah amal pada dunia hendak khabar / kan pada hamba lalu berkata orang itu adalah amal / nya sedikit ada puasa dalam dunia puasa sebenar-benar / hati bukan kerana sesuatu itulah amal dalam dunia/ tiada aku lagi lapar berjalanlah orang semuanya / oleh dihalau malaikat tidak satu kedengaran / hanyalah taqwa maha nabi umpama gegar dalam laut / umpama guruh turun hujan sungguh lah pula.”
Perenggan di atas menjelaskan dalam gerombolan perjalanan yang ramai itu ada di antara kita manusia yang tidak terlihat resah dan lelah dan semacam tidak pernah merasa lapar walau dilihat tidak minum dan tidak makan. Bahkan mulutnya harum ibarat bau ambar dan busana sempurna dengan kelengkapannya. Apabila ditanya apakah amal perbuatan yang dilakukan sewaktu di dunia, mereka menjawab yang mereka hanya beramal sedikit iaitu berpuasa dengan sebenar-benar hati tanpa mengharapkan apa-apa.
Dalam disiplin ilmu filologi, naskah ini telah pun menempuh perangkat penyelidikan berupa “apparatus criticus” iaitu penelitian naskah yang berbentuk evaluasi terhadap teks, di mana ia sudah diteliti, dibanding dengan teks yang lain dan diberi perhatian rapi akan suntingannya. Dengan “apparatus criticus”, penyelidik dapat pula memberikan catatan pada salah tulis atau ejaan yang terdapat pada naskah. Naskah mentah ini kemudian boleh diperhalusi dari pelbagai aspek.
Untuk pengkaji gejala, gagasan, atau tren dan fenomena seperti saya misalnya, teks ini menyuguhkan beberapa ‘tanda penting’ yang boleh diperhitungkan lanjut. Sebagai misalan, di halaman 12 dan 13, Hikayat Kiamat menjelaskan dalam keadaan cemas dan gawat di Padang Mahsyar itu hanyalah seorang figur atau sosok sahaja yang berupaya memberikan syafaat.
Tentulah dia adalah Nabi Muhammad, akan tetapi tetap pintu syafaat Rasulullah itu mestilah melalui ahli keluarganya, dan dalam hal ini Hikayat Kiamat menyebutkan orang yang boleh memudahkan urusan kita di hari akhirat kelak tidak lain tidak bukan adalah anakanda baginda, Siti Fatimah atau Zahra:
“…lamalah di mana diam di sini di sana tiap kawan / hutang piutang dalam dunia baik piutang dengan / emas baik piutang dengan kata suatu darah / tidak hilang hilu mahilulah di sana pegang / memeganglah di sana tidak siapa me(ng)hukum hanya / kembali pada Allah tiang Arasy pun lah terbuka / tidak terhambat suatu terlalu hangat cahayanya / lebih pula dari cahaya matahari bagaikan / membakar ubun-ubun bagaikan kukur tulang daging / tidaklah pula kenaungan adalah suatu payung / bagi Fatimah tidak dapat akan dijelang ma- / melainkan dibawa-bawa untung diri lalu berupa / peluh malah insan peluh nan gatang.”
Secara umumnya, Hikayat Kiamat ini berpesan yang insiden di Padang Mahsyar ini akan memperbolehkan manusia dipertanggungjawabkan akan semua perbuatan yang dilakukan di dunia. Ketika pintu Arasy terbuka, tatkala itu kelak matahari diturunkan setinggi ubun-ubun sehingga semua makhluk berasa kepanasan sehingga tulang dan daging cair melainkan segelintir kaum.
Menurut Ali Syuhad dalam kajiannya berjudul Hikayat Kiamat: Suntingan Teks dan Eskatologi, mereka yang beruntung di hari kiamat itu adalah mereka yang disebutkan orangnya adalah ‘Sayidah Fatimah beserta pengikutnya yang dijamin dalam perlindungan Allah’.
Hikayat Kiamat sebuah karya dengan elemen didaktik iaitu berniat ‘untuk mengajar’. Dalam perkembangan kesusasteraan dunia, didaktik pernah mendapat tempat yang kejap dan kukuh. Ambil sahaja naskah Hesiod berjudul Theogony (8 SM) yang menggabungjalinkan puisi dengan ‘kisah’ penciptaan dunia dan hubungannya dengan dewa-dewa. Dalam khazanah sastera Latin, Virgil membawakan Georgics (1 SM) dengan mengkuliahkan prinsip moral dan institusi kekeluargaan. Zaman Pertengahan menyaksikan ‘didaktik’ mendapat tempat di Eropah dan ia mulai meresap dalam prosa. Ia merosot kemudiannya dan kembali dalam kurun ke-18 di mana puisi-puisi tradisi Virgil dihadirkan semula dengan sengaja seperti yang terlihat pada karya Erasmus Darwin berjudul Biotanic Garden (1789-1791).
Bezanya antara Theogony dan naskah Hikayat Kiamat ini ialah ia menunjukkan perihal dunia yang telah lenyap dan kejadian perhitungan baik dan buruk oleh Sang Pencipta, Tuhan Yang Maha Adil.
Kiamat satu peristiwa dan pasak tauhid untuk banyak agama yang ada di dunia ini, dan menjadi rukun buat penganut beragama Islam. Hikayat Kiamat selesai ditulis pada hari Selasa 21 Muharram 1274 bersamaan 1858 Masihi. Pengarang naskah ini dikatakan Datuk Raja atau Datuk Raja Bendahara Kampung Kota Nuwah. - FMT
Artikel ini adalah pandangan penulis dan tidak semestinya mewakili MMKtT.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2023/03/hikayat-kiamat-1858.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kiamat Berlaku Jika Gangnam Style Cecah Satu Bilion Penonton

Kiamat Berlaku Jika Gangnam Style Cecah Satu Bilion Penonton

papar berkaitan - pada 21/3/2023 - jumlah : 279 hits
Apakah hubungan antara ramalan kiamat akan berlaku dengan fenomena Gangnam Style milik penyanyi Korea Selatan Psy Menurut ramalan kontroversi Nostradamus jika angka klip video Gangnam Style mencecah satu bilion penonton maka kiamat akan ber...
Pulau Pinang Sampai Kiamat Milik Dap

Pulau Pinang Sampai Kiamat Milik Dap

papar berkaitan - pada 27/3/2023 - jumlah : 170 hits
Apa yang perlu dipastikan adalah 14 DUN wajar kuasi oleh PN untuk memastikan kebajikan orang Melayu berterusan dan insyaAllah hati kaum cina diterbalikan untuk menyokong mengundi dan memenangkan GERAKAN untuk mengetuai pengurusan negeri Pul...
Kejadian Bulan Berekor Dikaitkan Dengan Tanda Kiamat Amp Dukhan Ustaz Ini Tepis Sebaran Palsu

Kejadian Bulan Berekor Dikaitkan Dengan Tanda Kiamat Amp Dukhan Ustaz Ini Tepis Sebaran Palsu

papar berkaitan - pada 29/3/2023 - jumlah : 331 hits
Baru baru ini kemunculan planet Zuhrah atau lebih dikenali sebagai Kejora dalam masyarakat Melayu lama yang menyentuh titik hujung bulan dirakam lensa orang ramai nbsp Di sebalik keindahan itu ada pula cerita kurang enak disebarkan mengenai...
Ganjar Minta Timnas U 20 Tetap Semangat Ini Bukan Kiamat Masih Banyak Ajang

Ganjar Minta Timnas U 20 Tetap Semangat Ini Bukan Kiamat Masih Banyak Ajang

papar berkaitan - pada 30/3/2023 - jumlah : 228 hits
Menurut Ganjar masih ada peluang Indonesia menjadi Co Host Piala Dunia U 20 Ia meminta semua pihak menunggu keputusan satu tahap lagi dari FIFA dan pemerintah
Rajab Keutamaan Amalan Tanggal Berapa 2025

Masya Allah Ribuan Tentera As Masuk Islam Ini Kunci Hamas

Addressing Flaws In Mrt3 S Strategy

Lirik Lagu Rasa Lia Aziz Ft Treehill

Yoursay Will Anything Come Out Of Ayer Keroh Accident Probe

Makan Tengah Hari Di Jeti Nelayan Kesang

Comment On Nasihat Untuk Mereka Yang Ingin Berkunjung Ke Sungai Kedondong Batang Kali Selangor By Zul

Merry Christmas And Happy New Year


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Wanita Milik Kaiden Slot Akasia TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Era Baru Kecemerlangan Penjagaan Kesihatan Di Pusat Damansara

Bagaimana Menggunakan Diary Planner Untuk Menjadi Lebih Produktif Di 2025

10 Menu Sarapan Ringkas Yang Disukai Anak Anak

Jangan Zalimi Haiwan Ihsanlah Terhadap Binatang

Drama Seribu Tahun

Repvblik Suara Hati Chord