Hikayat Hang Tuah


Hang Tuah ialah seorang pahlawan legenda berbangsa Melayu pada masa pemerintahan Kesultanan Melaka di abad ke-15 (Kesultanan Melayu Melaka) bermula pada 1400-1511. Menurut rekod sejarah, beliau lahir di Kampung Sungai Duyong, Melaka, kira-kira dalam tahun 1444. Bapanya bernama Hang Mahmud manakala ibunya pula ialah Dang Merdu Wati. Bapanya juga pernah menjadi hulubalang istana yang handal suatu ketika dulu, begitulah juga ibunya yang merupakan keturunan dayang di istana. Hang Tuah ialah Laksamana yang terkenal dengan kesetiaannya kepada Sultan dan merupakan petarung silat yang amat handal dan tiada tolok bandingnya.

Hang Tuah bersama empat orang kawannya: Hang Jebat, Hang Kasturi, Hang Lekir dan Hang Lekiu menuntut ilmu bergurukan Adiputra di Gunung Ledang. Selepas selesai menuntut ilmu, mereka berlima kembali ke Kota Melaka.

Pada suatu hari, mereka berjaya menyelamatkan seorang Dato' Bendahara (iaitu Perdana Menteri) daripada seorang lelaki yang sedang mengamuk. Dato' Bendahara kagum dengan ketangkasan mereka lalu menjemput mereka semua ke rumahnya dan seterusnya mengambil mereka untuk bertugas di istana.

Sejak itu Hang Tuah dan sahabat-sahabatnya amat disayangi oleh Sultan hinggalah Hang Tuah mendapat gelar Laksamana. Semasa mengiringi Sultan Melaka ke Majapahit di tanah Jawa, Hang Tuah telah berjaya membunuh seorang pendekar Jawa bernama Taming Sari. Dalam pertarungan itu, Taming Sari yang merupakan seorang pendekar yang kebal yang tidak dapat dilukakan. Tetapi Hang Tuah mengetahui bahawa kekebalan Taming Sari terletak pada kerisnya. Oleh itu, Hang Tuah berjaya merampas keris berkenaan dan membunuh Taming Sari. Keris itu kemudiannya dianugerahkan oleh raja Majapahit Suraprabhawa kepada Hang Tuah. Pemilik keris ini akan turut menjadi kebal seperti pendekar Jawa Taming Sari.

Hang Tuah telah diutuskan ke Pahang bagi mendapatkan Tun Teja untuk dijadikan permaisuri Sultan Melaka. Ketika Hang Tuah ke Pahang, Melor turun dari Gunung Ledang mencari Hang Tuah. Melor telah ditawan oleh Tun Ali atas hasutan Patih Karma Vijaya bagi dijadikan gundik Sultan. Atas muslihat Tun Ali juga, Hang Tuah yang kembali dari Pahang akhirnya dapat berjumpa Melor, tetapi Sultan juga turut menyaksikan perbuatan Hang Tuah itu. Melor dan Hang Tuah dihukum bunuh kerana difitnah berzina dengan Melor yang telah menjadi gundik Sultan. Namun, hukuman mati tidak dilaksanakan oleh Bendahara sebaliknya Hang Tuah disembunyikannya di sebuah hutan di Hulu Melaka.

Hang Jebat telah dilantik oleh Sultan menjadi Laksamana menggantikan Hang Tuah dan keris Taming Sari telah dianugerahkan kepada Hang Jebat. Hang Jebat sebagai sahabat karib Hang Tuah, menyangka bahawa Hang Tuah telah teraniaya dan telah menjalani hukuman mati. Hang Jebat (menurut Hikayat Hang Tuah) atau Hang Kasturi (menurut Sejarah Melayu), bertindak derhaka kepada Sultan dan mengambil alih istana. Tidak ada pendekar atau panglima di Melaka yang dapat menentang Hang Jebat (atau Hang Kasturi) yang telah menjadi kebal kerana adanya keris Taming Sari di tangannya.

Sultan Mahmud terpaksa melarikan diri dan berlindung di rumah Bendahara. Pada masa itu baginda baru menyesal kerana membunuh Hang Tuah yang tidak bersalah. Inilah masanya Bendahara memberitahu yang Hang Tuah masih hidup. Hang Tuah kemudiannya telah dipanggil pulang dan dititahkan membunuh Hang Jebat. Setelah tujuh hari bertarung, Hang Tuah akhirnya berjaya merampas semula Taming Sarinya daripada Hang Jebat dan membunuhnya.

Dalam pertarungan yang sedih ini, Hang Jebat telah cuba membela sahabatnya yang telah difitnah. Namun begitu, Hang Tuah telah membantu sultan yang sebelum itu menghukumnya tanpa sebarang alasan. Sedangkan Abu Bakar Siddiq R.A juga berkata kepada orang Muslim bahawa jika dia bersalah, rakyat boleh menjatuhkannya. Ternyata, kesilapan Hang Tuah yang tidak berfikir bahawa Allah S.W.T lebih berkuasa dari sultan dan memang tidak salah Hang Jebat cuba menegakkan kebenaran. Tragedi ini masih menjadi perbalahan orang melayu sampai sekarang.

Namun begitu, ada juga yang menyokong Hang Tuah. Ini kerana Hang Jebat bukan saja derhaka kepada sultan bahkan telah membunuh ramai orang/rakyat Melaka yang tidak berdosa dengan mengamuk di dalam istana dan seluruh Melaka. Tindakan Hang Tuah yang membunuh Hang Jebat mungkin satu tindakan yang berupa hukuman mati terhadap pembunuh.~ Sumber : Wikipedia - Sekadar rujukan dan pengetahuan sahaja ~ akuanakpahangakuanakpahang.blogspot.com


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://akuanakpahang.blogspot.com/2019/02/hikayat-hang-tuah.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kisah Hang Tuah Dan Tun Teja Ratna Benggala Pahang

Kisah Hang Tuah Dan Tun Teja Ratna Benggala Pahang

papar berkaitan - pada 12/2/2019 - jumlah : 760 hits
Tun Teja Ratna Benggala nama penuhnya anak perempuan tunggal Bendahara Seri Amar Diraja dari Pahang ketika pemerintahan Sultan Abdul Ghaffur Syah Sultan Pahang ketiga sezaman dengan Sultan Mahmud Syah Sultan Melaka ke 8 Tun Teja dikatakan t...
Lagu Haram Bawa Tuah Buat Hael Dayang

Lagu Haram Bawa Tuah Buat Hael Dayang

papar berkaitan - pada 5/2/2019 - jumlah : 387 hits
Lagu Haram ciptaan Hael Husaini dan Ezra Kong dinyanyikan Hael dan Dayang Nurfaizah diumum sebagai Juara Anugerah Juara Lagu 33 dalam acara yang melabuhkan tirainya sebentar tadi Ia sekaligus mengakhiri debaran siapa yang bakal membawa pula...
Jom Bebas Hutang Karya Terbaru Dr Hm Tuah Iskandar Al Haj

Jom Bebas Hutang Karya Terbaru Dr Hm Tuah Iskandar Al Haj

papar berkaitan - pada 2/2/2019 - jumlah : 491 hits
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Apabila sebut nama saya pasti tentu ramai yang mengenali beliau Tapi kalau sebut nama confirm ramai yang tak kenal Betul tak Memang dah agak dah jawapan tu Hahaha Mungkin juga anda tidak mengelani Dr HM T...
Tuah Sahabatku Chord

Tuah Sahabatku Chord

papar berkaitan - pada 1/2/2019 - jumlah : 387 hits
Tuah Sahabatku Chord Am Dm G E Am Siang yang terang Dm tak terang lagi tanpamu G Malam yang indah C tak indah lagi tanpamu F Dm Kini kau pergi buat selamanya E Am Tenanglah dirimu disana F Takkan ku lupakan G kenangan bersamamu E Am Kerana ...
Tak Sangka Posing Suka Suka Bawa Tuah Umyra Ibu Kongsi Tip Kembangkan Bakat Anak Dalam Pa Ma Tv

Tak Sangka Posing Suka Suka Bawa Tuah Umyra Ibu Kongsi Tip Kembangkan Bakat Anak Dalam Pa Ma Tv

papar berkaitan - pada 12/2/2019 - jumlah : 397 hits
Kadangkala kita tidak menjangka bakat anak Tak sangka dari posing suka suka rupanya membawa tuah Ikuti perkongsian ibu ini tentang anaknya Umyra yang menonjolkan bakat dalam bidang peragaan nyanyian lakonan Sejak kecil lagi Umyra Az Zahrah ...
Senjata Makan Tuan Kerajaan Ph Tuah Pembangkang

Senjata Makan Tuan Kerajaan Ph Tuah Pembangkang

papar berkaitan - pada 13/2/2019 - jumlah : 457 hits
Mutakhir ini semakin banyak isu jelak yang melibatkan pemimpin kerajaan Pakatan Harapan Dari isu u turn macam macam dasar ke isu menteri dibabikan usahawan ke sijil kelulusan yang diragui ke isu saman AES kini menjadi tindakan yang Islamik ...
Nampak Punkoq Jantan Hang Netizen

Nampak Punkoq Jantan Hang Netizen

papar berkaitan - pada 4/2/2019 - jumlah : 435 hits
Kalau satu hari netizen tak sebut pasal kisah lelaki transeksual yang terkenal kat Malaysia ni memang tak sah kan Kalau dulu asyik sebut pasal Sajat tapi sekarang nama Safiey Ilias pulak yang jadi sebutan setiap hari Terbaru Safiey yang sea...
Kuali Di Rumah Hitam Cuba Ni Putih Bersih Berkilat Baq Hang Guna Modal Tak Sampai Rm5 Rileks Media

Kuali Di Rumah Hitam Cuba Ni Putih Bersih Berkilat Baq Hang Guna Modal Tak Sampai Rm5 Rileks Media

papar berkaitan - pada 2/2/2019 - jumlah : 605 hits
Kuali memasak memang susah nak dibersihkan Kesan jelaga hitam tu membuatkan mata naik berbulu melihatnya Nak grooming kuali anda supaya cantik kembali Jom cuba cara di bawah ni BAHAN BAHAN Soda bikarbonat secukupnya Berus dawai Sedikit air ...
Hikayat Perang Sabil Karya Yang Paling Ditakuti Belanda

Hikayat Perang Sabil Karya Yang Paling Ditakuti Belanda

papar berkaitan - pada 8/2/2019 - jumlah : 376 hits
Benarlah kata Usman Awang Tajam keris raja tajam lagi pena pujangga Satu benda yang paling ditakuti Belanda ketika berperang menetang Aceh ialah Hikayat Perang Sabil Belanda bukannya tidak takut dengan meriam meriam besar Aceh buatan Turki ...
Tak Cukup Duit Deposit Ini Cara Beli Rumah Pertama Anda Tanpa Beban Besar

Artis Malaysia Dikurniakan Semua Anak Perempuan

Kemaskini Mengenai Pasaran Saham As Pada 4 Julai

Kenali Kanser Tiroid Simptom Rawatan Dan Harapan Sembuh Yang Ramai Tak Tahu

Monday Morning

Jangan Takut Kepada Kegagalan Jangan Diragut Kebahagiaan Orang

Do You Think It S Suitable To Give Money As A Gift

The Enigmatic Blue Holes Of Saudi Arabia Hidden Wonders Beneath The Red Sea


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


The Real Value Of Local Seo For Small Businesses In Huntsville

Bapa Pijak Anak Umur Setahun Ugut Isteri Balik Rumah

Lirik Lagu Aku Baik Saja Rossa

Not Giving Extension To Chief Justice Coa President Sets Dangerous Precedent That Threatens Public Trust

Zlenir Headquarter A Bold Vision By Urbanjobs For Contemporary Office Spaces

Malaysian Engagement With Brics Not Ideologically Guided Says Govt