Hijrah Aurat Seorang Wanita Dalam Islam


Hijrah seorang wanita Islam itu seharusnya tiada. Bila difikirkan logik akal mengikut suruhan Allah kepada hambanya yang berjantina perempuan ini. Sahihnya di dalam Al-Quran itu menyebut dengan jelas dan terang, apakah larangan, peraturan serta hukuman yang berlaku ke atas seorang perempuan yang beragama Islam. 


Namun demikian, kita melihat begitu sukarnya dan berterusan dakwah ke atas seorang wanita muslim ini. Paling banyak ialah teguran kepada peraturan menutup aurat ke atas diri sendiri dan apabila menjadi seorang isteri. Dua perkara ini sangat sinonim berlaku dalam mana-mana masyarakat, negara. Lain negara lain pula isunya namun saya fokuskan sahaja kepada negara tercinta iaitu Malaysia. 


Alhamdulilah. syukur ke hadrat ilahi, kita dilahirkan sebagai seorang perempuan yang mana keluarga kita beragama Islam. Tuhan kita Allah. Al-Quran itu petunjuk bagi kita semua meliputi akan segala hal dari sekecil zarah hinggalah hari kiamat dan hari akhirat. Subhanallah. Allahu akbar. Betapa bertuahnya kita kan?


Kewajipan Menutup Aurat Dengan Sempurna Sebagai Seorang Wanita Muslim Di Dalam Al-Quran

Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram) dan memelihara kehormatan mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka atau saudara-saudara mereka atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam atau hamba-hamba mereka atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya.
(سورة النور, An-Noor, Chapter #24, Verse #31)


Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.
(سورة الأحزاب, Al-Ahzaab, Chapter #33, Verse #59)

Wahai anak-anak Adam! Sesungguhnya Kami telah menurunkan kepada kamu (bahan-bahan untuk) pakaian menutup aurat kamu dan pakaian perhiasan dan pakaian yang berupa takwa itulah yang sebaik-baiknya. Yang demikian itu adalah dari tanda-tanda (limpah kurnia) Allah (dan rahmatNya kepada hamba-hambaNya) supaya mereka mengenangnya (dan bersyukur).
(سورة الأعراف, Al-A'raaf, Chapter #7, Verse #26)

Yang Manakah Sebenarnya Aurat Wanita?
Aurat wanita adalah seluruh anggota tubuhnya kecuali wajah dan dua telapak tangannya. Leher dan rambutnya adalah aurat di hadapan lelaki ajnabi (bukan mahram) walaupun sehelai. Pendek kata, dari hujung rambut sampai hujung kaki kecuali wajah dan dua telapak tangan adalah aurat yang wajib ditutup.

Pendapat yang sama dinyatakan Imam Al Qurtubi dalam kitab tafsirnya Al Jami’ li Ahkam Al Qur’an, Juz XII hal. 229. Jadi, apa yang biasa nampak darinya adalah wajah dan dua telapak tangan sebab kedua anggota tubuh inilah yang biasa nampak dari kalangan Muslimah di hadapan Nabi S.A.W sedangkan Baginda mendiamkannya. Kedua anggota tubuh ini pula yang nampak dalam ibadah-ibadah seperti haji dan solat dan biasa terlihat di masa Rasulullah iaitu di masa masih turunnya ayat Al Quran.


Dalil lain yang menunjukkan bahawasanya seluruh tubuh wanita adalah aurat kecuali wajah dan dua telapak tangan ialah sabda Rasulullah kepada Asma’ binti Abu Bakar (maksudnya), “Wahai Asma’ sesungguhnya seorang wanita itu apabila telah baligh (haidh) maka tidak boleh baginya menampakkan tubuhnya kecuali ini dan ini, seraya menunjukkan wajah dan telapak tangannya” – HR Abi Dawud

Contoh Pemakaian Aurat Yang Sempurna Mengikut Syarie


Saya cuba terangkan melalui gambar kerana ianya lebih mudah. Ramai cuba menghalalkan, meng OK kan yang tak betul kerana sudah menjadi kebiasaan. Menutup aurat bukan sekadar mengenakan tudung di atas kepala kita, tetapi tidak menampakkan bahagian yang lain juga ya sahabat. 

Ada ramai wanita yang melakukan perkara seperti di dalam gambar

Memakai tudung tetapi nampak lenganMemakai tudung dan berjubah tetapi jubahnya ketat dan sendat menampakkan punggung serta menyerlahkan kecantikan pinggangMemakai tudung, baju longgar malangnya seluarnya ketat dan menampakkan bentuk kaki pulaMemakai tudung, berbaju longgar labuh malangnya terlupa menutup kaki (kaki juga sebahagian daripada aurat wanita)Sudah berpakaian sempurna aurat, tudung pula tidak menutup dada. Maka terdedahlah dadanya di hadapan masyarakat. Sudah cantik sempurna berpakaian mengikut syarie, malangnya terlupa hakikat wajah itu tebal mekapnya dan berwangi-wangian hingga lelaki memandang dan terpikat. Nauzubilla hi minzalik
Sesungguhnya wanita itu apabila keluar dari rumahnya adalah suatu fitnah. Berat kan sahabat? 
Dan Hadis Rasulullah riwayat dari Bazzar dan At Termizi menjelaskan, “Sesungguhnya wanita itu adalah aurat, setiap kali mereka keluar, syaitan akan memperhatikannya”.
Bila kita sendiri kalau nak ikut kepala otak kita ni, logik kita, panasnya berhijab. Gatal kulit kepala ni tak usah katalah kalau yang balik kampung. Pagi ke malam barulah dapat buka tudung. Hari-hari sental kepala dengan syampu sebab nak jaga aurat. Itu baru bab satu - bertudung. 

Belum lagi gatal dan rimasnya kulit kita, menutup semua anggota badan. Lengan kita dengan baju labuh, berhandsok lagi, stokin lagi. Dalam rumah!


Pada awalnya saya mula berhijrah, masya Allah, saya juga jahil sahabat.. Semoga Allah ampuni dosa-dosa saya yang lalu. Kejap pakai handsok, kejap tak pakai. Sekarang kita pakai lengkap kan, handsock, stokin, anak tudung, cuba kita fikirkan kembali berapa banyak lapisan para wanita ini harus pakai setiap hari termasuklah pakaian dalaman kita. 

Dalaman wanita sahaja:-
baju dalam (bra)seluar dalamkain dalam (jika perlu)sarung tangansarung kakianak tudungLuaran wanita:-tudung menutupi dada (biasanya bidang 55 dan 60 jika nak tutup sempurna dan lagi besar saiz badan kita, lagi besarlah tudung) - tudung harus tutup elok depan belakang tepi kiri dan kanan, elakkan yang kain jenis senang terselak nampak dada khususnya di bahagian tepi.seluar longgar dan tidak jarang. Masalah pada seluar longgar ini risaunya ternampak pula bentuk kaki, so nampak lah peha kan. Jadi kena cari material yang tidak jarang. Jika jarang kene pakai kain dalam lagi yabaju yang longgar seperti jubah, baju kurung, blouse dan haruslah labuh melebihi punggung atau terbaiknya terus labuh bawah lutut atau ke siku lali. tidak menampakkan sebarang bentuk badan.tidak berhias/bermekap tebal hingga menimbulkan fitnah
Anda perhatikan ya. Walaupun tudungnya labuh dihadapan tetapi tepinya tidak ditutup maka apabila ternampak bentuk dada dari tepi, ianya tetap bukan cara pemakaian tudung yang sempurna mengikut syarie


Saya terjumpa gambar ini di google semasa mencari seluar sukan untuk wanita. Kenapa seluar berbentuk seperti harem pants ini? Tetapi setelah diperhatikan, inilah seluar muslimah yang paling afdhal. Memudahkan aktiviti riadah yang sukar seperti berlari, berbasikal, naik motor, jika seluar palazo payah kita nak buat aktiviti berbasikal ni khususnya. Mahu tersangkut kain tu (pengalaman)

Baguskan seluar muslimah tu? Takpe nanti saya share tentang seluar tersebut dalam entri seterusnya. 

Baiklah sahabat. 

Allah menjanjikan kepada kita, akan banyak hal. Bersabarlah dan taatlah demi Allah dalam mendapatkan keredhaan dari Nya. 

Usah dipandang lelah, peluh, rimas dan gatalnya badan kita ini didunia tetapi pandanglah nikmat lelah kita ni berjihad aurat kita untuk kehidupan abadi di akhirat kelak. 

Wahai anak-anak Adam! Sesungguhnya Kami telah menurunkan kepada kamu (bahan-bahan untuk) pakaian menutup aurat kamu dan pakaian perhiasan dan pakaian yang berupa takwa itulah yang sebaik-baiknya. Yang demikian itu adalah dari tanda-tanda (limpah kurnia) Allah (dan rahmatNya kepada hamba-hambaNya) supaya mereka mengenangnya (dan bersyukur).
(سورة الأعراف, Al-A'raaf, Chapter #7, Verse #26)


Allah menjanjikan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, (akan beroleh) syurga-syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai; mereka kekal di dalamnya dan beroleh tempat-tempat yang baik di dalam syurga Adn serta keredaan dari Allah yang lebih besar kemuliaannya; (balasan) yang demikian itulah kejayaan yang besar.
(سورة التوبة, At-Tawba, Chapter #9, Verse #72)

Berdoalah kita sekuat-kuatnya setiap hari agar kita diberikan hidayah, sesungguhnya dari pembacaan dan mendengar ceramah ustaz-ustazah ni kan, hidayah itu milik Allah buat kita dan haruslah kita berusaha untuk mendapatkannya dari Allah swt. Setiap yang kita lakukan, yang kita inginkan untuk agama itu, kita minta dari Allah. 

Mintalah bersungguh-sungguh agar Allah bantu penghijrahan kita ni sebagai seorang Islam daripada jahil kepada ada ilmu. Ilmu-ilmu yang baik, yang membantu kita jadi hambaNya yang lebih bagus dari sebelumnya. 

Even nak menutup aurat ini pun, kita berdoa pada Allah agar:
1- kita dapat istiqomah dalam menutup aurat kita, anak-anak kita, keluarga kita. 2- diberikan kemudahan berhijrah (ialah nak tukar wardrobe lagi, duit kan sahabat?). 3- dijauhkan daripada mulut-mulut negatif yang cuba nak menjatuhkan kita kerana nak berubah menjadi seorang muslimah yang terbaik di sisi Allah

Berubah kerana nak dapatkan redha AllahBerubah kerana nak dapatkan rahmat dan kasih sayang Allah
Bukan kerana orang lainBukan kerana terpaksa buat
Ikhlaskan hatiIkhlaskan diri
Berdoa banyak-banyak kepada Allah, agar urusan kita dipermudahkan. Agar disejukkan pandangan mata-mata yang kurang senang. Agar disokong oleh keluarga yang kita cintai. Masya Allah
Hebat sahabat-sahabat semua


Saya doakan agar perjalanan sahabat-sahabat dan saya sendiri, Allah berikan kemudahan, kesabaran, dan bersabarlah kita dan berbahagialah kita apabila kita dapat mengikut suruhan Allah yang satu ini buat diri kita yakni sempurnakan aurat kita sebagai hamba Nya. Alhamdulillah



Rujukan:https://www.islamituindah.my/apakah-dalil-al-quran-mengenai-aurat-wanita/https://muftiwp.gov.my/artikel/tashih-al-mafahim/3296-tashih-al-mafahim-12-benarkah-perempuan-yang-sudah-tua-tidak-diwajibkan-untuk-memakai-tudunghttps://www.searchtruth.com/

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.emmemarina.com/2022/12/hijrah-aurat-seorang-wanita-dalam-islam.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Kalau You Okay I Boleh Jadi Nombor 2 Wanita Tawar Diri Nak Beri Zuriat Izzue Islam Mohon Jaga Hati Isteri

Kalau You Okay I Boleh Jadi Nombor 2 Wanita Tawar Diri Nak Beri Zuriat Izzue Islam Mohon Jaga Hati Isteri

papar berkaitan - pada 5/12/2022 - jumlah : 361 hits
Penyanyi dan juga pelakon Izzue Islam baru baru ini ada memaklumkan perkembangan terkini proses rawatan persenyawaan in vitro yang dijalankannya bersama isteri Awin Nurin Kata Izzue rawatan itu akan diadakan pada hujung tahun ini atau perte...
Wanita Offer Bermadu Isteri Izzue Islam Akui Tak Terasa Cuma Minta Jaga Hati

Wanita Offer Bermadu Isteri Izzue Islam Akui Tak Terasa Cuma Minta Jaga Hati

papar berkaitan - pada 8/12/2022 - jumlah : 169 hits
Rumah tangga aktor kacak Izzue Islam bersama isterinya Awin Nurin tampak bahagia walaupun belum dikurniakan cahaya mata Walaupun sebelum ini ada menyuarakan hasrat mahu menjalani rawatan kesuburan namun pelakon itu mengakui belum mempunyai ...
Ge15 Shows Political Islam Has Gained Popularity Says Hadi S Son

Ge15 Shows Political Islam Has Gained Popularity Says Hadi S Son

papar berkaitan - pada 5/12/2022 - jumlah : 148 hits
Muhammad Khalil Abdul Hadi said in GE15 PAS won 49 seats although the Islamic party was never expected to win more than 10 of the 222 parliamentary seats PETALING JAYA Political Islam has gained popularity in Malaysia and the conservative r...
Mufti Pemimpin Bukan Islam Yang Akur Dengan Perlembagaan Bukan Kafir Harbi

Mufti Pemimpin Bukan Islam Yang Akur Dengan Perlembagaan Bukan Kafir Harbi

papar berkaitan - pada 5/12/2022 - jumlah : 156 hits
KUANTAN Mufti Pahang Dato Sri Hj Abdul Rahman Osman berkata pemimpin bukan Islam yang bersama dalam kerajaan pimpinan umat Islam dan akur dengan ketetapan pembinaan negara adalah kafir zimmi Mereka akur kepada titah Yang di Pertuan Agong ak...
Hai Lebai Ndak Juga Ka Duit Ni Kata Undi Ph Islam Diragui Bab Duit Nak Ya Haramjadah

Hai Lebai Ndak Juga Ka Duit Ni Kata Undi Ph Islam Diragui Bab Duit Nak Ya Haramjadah

papar berkaitan - pada 5/12/2022 - jumlah : 140 hits
AHMAD ALBABAii Kata PH Kerajaan Yahudi Kerajaan Komunis Kerajaan Liberal Kerajaan Luar tabii tapi duit nak Halal ke makan duit Kerajaan Yahudi
Takut Dengan Islam

Takut Dengan Islam

papar berkaitan - pada 4/12/2022 - jumlah : 149 hits
Takut dengan Islam Soalan Ustaz kenapa ustaz tak suka Pas Ustaz takut ke Islam ditegakkan Jawapan Tak saya tak takut dengan Islam Tapi saya takut dan bimbang Islam rosak dan nampak hodoh melalui perjuangan Pas Soalan Kenapa Jawapan Kerana c...
Kata Kata Motivasi Tahun Baru 2025

Sydney Sweeney 2024 Pantyhose Queen Part Two

Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

The West Isn T Dying But It S Working On It

Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids

Fort Kemar Pusat Operasi Di Tengah Belantara

Lepas Misi Selawat Ruhainies Sertai Majlis Agama Uai


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Kulit Tampak Berseri Selepas Rawatan Pico Plus Laser Di Mbh Medispa Flagship Boutique Johor Bahru

Divulgue Para At 200 Milh Es De Emails Boom De Vendas

Memahami Hukum Transaksi Forex Dan Kripto Menurut Fatwa Mui

Beli Antibiotik Dalam Online

Bercuti Ke Thailand

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation