Hijabistahub Lancar Jenama Soultan Di Pertunjukan Fesyen Bertemakan Royale Night
Assalamualaikum dan salam sejahtera
Tahniah HijabistaHub atas pelancaran jenama koleksi baju melayu terbaru iaitu Soultan. Baru-baru ini telah berlangsungnya satu acara pertunjukan fesyen oleh jenama HijabistaHub. Diadakan pada lokasi yang menarik dengan hiasan dan tema yang cukup indah membuatkan malam tersebut cukup cemerlang
Ramadan yang makin hampir ini pastinya membuatkan semua orang teruja untuk mencari pakaian untuk dipakai dan digayakan pada hari raya pertama. Ya, aku sendiri masih belum mencari baju melayu dan masih berkira-kira warna apa yang ingin digayakan tetapi apabila hadir pada pertunjukan fesyen pada malam itu, aku sudah pasti warna yang akan digayakan nanti. ✌
KOLEKSI RAYA HIJABISTAHUB & SOULTAN di ROYALE NIGHT
HijabistaHub merupakan sebuah jenama pakaian wanita yang sudah mula bertapak sejak tahun 2016. Pertunjukkan fesyen yang diadakan ini merupakan acara yang julung kalinya diadakan setelah 8 tahun berada di dalam industri fesyen tanah air. Jenama yang saban tahun membina nama ini mungkin tidak asing lagi bagi kaum wanita terutamanya
Acara tersebut telah berlangsung di JW Mariott Hotel, Kuala Lumpur pada 2 Mac 2023 yang bertemakan Royale Night dan dihadiri lebih daripada 300 jemputan yang kebanyakkannya merupakan selebriti terkemuka dan pempengaruh media sosial
JENAMA SOULTAN: KOLEKSI BAJU MELAYU
Pembukaan acara berkenaan dimulakan dengan memperkenalkan satu jenama baru iaitu Soultan yang membawakan koleksi Baju Melayu. Jenama Soultan ini merupakan hasil kolaborasi bersama pelakon popular tanah air, Aeril Zafrel. Perbarisan berpanji yang membawa keris ke pentas utama membuka tirai sebagai simbolik pelancaran kepada jenama berkenaan
"Kami bermula pada tahun 2016 ,diasaskan oleh isteri saya, Puan Wanie Elena. Setelah menamatkan perkhidmatan sebagai penjawat awam, barulah saya menyertai HijabistaHub. Bermula dari berdua, sekarang kami mempunyai seramai 100 orang pekerja."Ulas Encik Ahmad Syafiq Hilmi; Pengarah HijabistaHub ditanya tentang permulaan HijabistaHub
"Kerjasama buat pertama kali bersama Wawa Zainal pada tahun 2021 yang membuahkan hasil, diteruskan lagi pada tahun 2022 dan akhirnya untuk tahun 2023, Aeril Zafrel pula bersetuju untuk berkejasama bagi koleksi baju melayu Soultan. Jenama Soultan ini diwujudkan untuk memfokuskan pada koleksi pakaian lelaki, manakala jenama HijabistaHub untuk pakaian wanita. Platform bagi penjualan pula masih kekal di HijabistaHub."Tambah beliau
Selain itu, pelbagai koleksi pakaian bagi wanita yang ditampilkan dalam pertunjukkan berkenaan yang berunsurkan elemen moden klasik dengan sentuhannya yang begitu menawan. Dalam pada itu, turut ditampilkan empat koleksi eksklusif daripada artis wanita popular Wawa Zainal yang mempunyai keunikannya yang tersendiri. Kehadiran beberapa orang kerdil dengan mengusung Wawa Zainal ke pentas utama menjadikan gimik yang sangat istimewa sebelum pengenalan kepada koleksi berkenaan
Koleksi yang ditampilkan oleh HijabistaHub ini membuktikan bahawa kualiti dan karya Jenama tempatan juga mampu untuk berada setanding dengan hasil karya jenama antarabangsa diluar sana. Dalam ucapan ole pengarah HijabistaHub juga menyebut bahawa impian mereka yang ingin direalisasikan untuk membawa jenama ini lebih jauh dan lebih dikenali
BARISAN SELEBRITI DAN PEMPENGARUH MEDIA SOSIALTurut ditampilkan dalam pertunjukkan fesyen ini barisan selebriti-selebriti antaranya ialah Alif Aziz & Bella Astilah, Mawar Rashid & Raf Yaakob, Amyra Rosli & Iman Troye. Tidak ketinggalan mereka memperkenalkan barisan pempengaruh media social yang tidak asing lagi iaitu, Ryan Bakery & Boss James selain persembahan oleh Anuar Zain, Ernie Zakri & Syamel. Kemeriahan sambutan pertunjukkan fesyen berkenaan turut dirasai oleh semua yang hadir
Sementara itu, HijabistaHub juga mengumumkan sebahagian koleksinya sudah boleh didapati di laman web rasmi mereka www.HijabistaHub.com dan butik mereka di Setia Alam, FourSeason Kuala Lumpur, Kelantan dan booth mereka di Plaza Angsana, Johor Bahru.
HIJABISTA HUB SEBAGAI OFFICIAL BRONZE PARTNER 2023 KELAB BOLA SEPAK SELANGOR
Selain pertunjukan fesyen, pada malam penuh gemilang tersebut turut diumumkan tentang kerjasama HijabistaHub bersama Kelab Bola Sepak Selangor, Selangor FC. Pengumuman HijabistaHub sebagai rakan rasmi atau ‘Official Bronze Partner’ terbaru bagi mengharungi Liga Malaysia musim 2023
Kerjasama ini bakal menyaksikan penjenamaan HijabistaHub akan dipamerkan dibelakang jersi Selangor FC, selain di stadium pada hari perlawanan, aset digital Selangor FC, potensi penghasilan produk bersama serta penampilan pemain Selangor FC untuk produk mereka
TENTANG HIJABISTAHUBDitubuhkan pada 2016, HijabistaHub merupakan syarikat jenama pakaian tempatan memfokuskan pada pakaian yang sederhana moden, canggih dan kontemporari bersesuaian untuk kaum wanita dan lelaki masa kini. Dimiliki oleh pasangan suami isteri iaitu Encik Ahmad Syafiq Hilmi, Pengarah HijabistaHub dan Puan Wanie Elena, Pengasas HijabistaHub.
Kini, HijabistaHub memiliki tiga butik di semenanjung Malaysia, HijabistaHub melengkapkan keperluan penting dalam almari pakaian seseorang kerana setiap koleksi diutamakan dengan keselesaan, praktikal dan serba boleh dan juga melengkapkan pakaian seisi keluarga untuk lelaki, wanita dan kanak-kanak
HIJABISTAHUB : https://hijabistahub.com/FACEBOOK : https://www.facebook.com/hijabista.hubINSTAGRAM : https://www.instagram.com/hijabista.hubTIKTOK : https://www.tiktok.com/@hijabistahub
SEKIAN
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.aerill.com/2023/03/hijabistahub-lancar-jenama-soultan-di.html