Hidupkan Ramadhan Bersama Keluarga




Oleh Ustaz Fahimi Zakaria
SYUKUR kita kepada Allah SWT, dengan izin-Nya kita sekali lagi terpilih sebagai tetamu di teratak Ramadan yang mulia.
Doa yang dibaca sejak Rejab yang lalu antaranya, “Ya Allah sampaikanlah kami ke bulan Ramadan” diterima oleh Allah SWT.
Kita akan bersama dengan Ramadan selama sebulan, justeru ia menjadi saksi yang akan menyaksikan segala perbuatan kita sepanjang tempoh sebulan ini sama ada kita perbuatan kita berupa amalan soleh atau sebaliknya.
Pada masa yang sama, Ramadan kali ini kita hanya berada di rumah sepenuhnya berikutan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang kini dilanjutkan ke fasa ke-4 sehingga 12 Mei 2020 seperti yang diumumkam oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN).
Beberapa panduan yang boleh diamalkan untuk menyemarakkan lagi suasana sambutan di kediaman kita antaranya amalkan aktiviti secara berjemaah seperti solat fardu, solat Tarawih, berbuka puasa, bersahur dan qiamullail.
Berdasarkan hadith yang diceritakan oleh Salman al-Farisi RA bahawa setiap amalan sunat pada bulan Ramadan diberikan pahala seperti amalan fardu sementara setiap amalan fardu pula pahala seperti 70 amalan fardu pada bulan lain (Ibnu Khuzaimah).
Kedua, hidupkan sesi tazkirah ringkas selepas Subuh atau Maghrib.
Sediakan jadual tazkirah dan tajuk yang ringan untuk dikongsikan seperti perkara sunat, makruh atau haram ketika berpuasa, isu-isu semasa puasa seperti puasa pesakit Covid-19 yang kini masih terlantar di hospital.
Pastikan tajuk tersebut difahami sehingga anak yang kecil.
Tazkirah atau peringatan ini disuruh oleh Allah SWT menerusi firman-Nya, “Sampaikanlah nasihat dan peringatan kerana ia memberi manfaat kepada orang beriman.” (Surah al-Zariyat, ayat 55).
Kita membaca hadith Rasulullah SAW yang masyhur daripada Tamim bin Aus al-Dari iaitu, “Agama itu nasihat menasihati” (Muslim), menurut Imam al-Nawawi RH bahawa nasihat menasihati dalam agama adalah untuk kita lebih baik dalam ibadah dan ikhlas kerana-Nya (Syarah Sahih Muslim).
Seterusnya tadarus al-Quran yang secara konsistan selepas solat fardu, atau bila-bila masa mengikut keselesaan waktu.
Suami perlu memahami tanggungjawab ini sebagai peluang keemasan untuk beribadah bersama keluarga.
Letakkan azam sehari berapa halaman, tidak semestinya perlu khatam 30 juzuk, tidak perlu hafal, tetapi letakkan azam yang relevan untuk dicapai.
Tugas suami juga adalah untuk memastikan setiap ahli keluarga mampu membaca al-Quran dengan baik, belajarlah sehingga mampu membacanya walaupun dalam kesukaran.
Sabda Rasulullah SAW, “Puasa dan al-Quran akan memberi syafaat pada hari Kiamat” (Ahmad).
Kelebihan pula bagi mereka yang belajar al-Quran dalam keadaan sukar kerana bagi mereka dua pahala, iaitu pertam pahala membaca dan kedua pahala kesabaran dia membaca (Hadis Riwayat al-Bukhari & Muslim).
Akhir sekali, sediakan tabung Ramadan di rumah.
Memandangkan masjid kita hanya di rumah sahaja, maka amalan sedekah boleh diteruskan dengan menyumbang sedekah sepanjang Ramadan.
Secara khusus, terdapat beberapa waktu yang afdal seperti waktu Subuh dan Asar.
Ini kerana Rasulullah SAW mengatakan bahawa Malaikat bertukar giliran antara dua waktu tersebut, lalu mereka mengangkat amalan manusia kepada Allah SWT secara terus (al-Bukhari & Muslim).
Selain itu waktu antara Asar dan Maghrib pada hari Jumaat, waktu sepertiga malam dan antara waktu azan dan iqamah.
Namun sedekah pada bulan Ramadan mustajab sepanjang masa seperti kata Ibnu Abbas RA bahawa Rasulullah SAW sangat pemurah pada bulan Ramadan, bahkan kemurahannya lebih pantas dari angina yang bertiup (al-Bukhari).
Hasil sedekah yang dikumpulkan itu boleh diinfakkan kepada golongan asnaf sebagai duit raya.
Penulis adalah pensyarah di Centre for Fundamental Studies Management & Science University.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mykmu.net/2020/04/27/hidupkan-ramadhan-bersama-keluarga/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=hidupkan-ramadhan-bersama-keluarga

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Begini Rasanya Jadi Perawat Yang Dikarantina Karena Covid 19 Rindu Ramadhan Bersama Keluarga

Begini Rasanya Jadi Perawat Yang Dikarantina Karena Covid 19 Rindu Ramadhan Bersama Keluarga

papar berkaitan - pada 29/4/2020 - jumlah : 330 hits
Senyumperawat com Menghadapi bulan Ramadhan di tengah wabah Covid 19 bagi banyak kalangan menjadi tantangan berat Bagi tenaga medis seperti perawat melalui bulan puasa bersama keluarga adalah hal yang sulit dilakukan Khususnya bagi perawat ...
Ali Puteh Dan Keluarga Rindukan Abam Di Bulan Ramadhan

Ali Puteh Dan Keluarga Rindukan Abam Di Bulan Ramadhan

papar berkaitan - pada 1/5/2020 - jumlah : 388 hits
Ramadan tahun ini pasti berbeza buat keluarga Ali Puteh tanpa kehadiran abangnya Allahyarham Abam Bocey Berkongsikan keadaan ibunya Sabariah Arshad Ali berkata ibunya teringatkan Abam setiap kali hendak berbuka puasa Menurut Ali ibunya past...
Amar Baharin Jadi Imam Solat Tarawih Di Rumah Keluarga Amyra Sepanjang Pkp Comel Je Tengok Anaqi Ikut Solat Sama

Amar Baharin Jadi Imam Solat Tarawih Di Rumah Keluarga Amyra Sepanjang Pkp Comel Je Tengok Anaqi Ikut Solat Sama

papar berkaitan - pada 3/5/2020 - jumlah : 768 hits
Nak mengajar anak anak tentang kewajipan beribadat sebaiknya dimulakan sejak dari kecil lagi Tak dinafikan dalam Perintah Kawalan Pergerakan yang sedang dilaksanakan ini ramai yang mengambil peluang untuk solat berjemaah bersama ditambah pu...
Pkp Kempen 1 Keluarga 1 Hafiz Apa Komen Anda

Pkp Kempen 1 Keluarga 1 Hafiz Apa Komen Anda

papar berkaitan - pada 3/5/2020 - jumlah : 339 hits
RAMADAN di musim PKP ini sangat menguji keimanan umat Islam namun di sana terselit banyak kelebihan dan terpancar pelbagai hikmahnya yang tersendiri Antaranya merapatkan hubungan kekeluargaan membudayakan solat berjemaah serta berusaha memb...
Bingung Hidupi Keluarga Tapi Dilarang Pulang Kampung

Bingung Hidupi Keluarga Tapi Dilarang Pulang Kampung

papar berkaitan - pada 2/5/2020 - jumlah : 234 hits
Bingung Hidupi Keluarga Tapi Dilarang Pulang Kampung Salah satu buruh di Kota Tangerang Arief Budiarto memiliki kisah pilu setelah pada 22 April lalu PT KBS tempat dia bekerja resmi melakukan pemutusan hubungan kerja Arief tidak sendiri dia...
Tadi Sampai Mereka Tengah Baca Al Quran Ebit Lew Puji Sikap Keluarga Duduk Khemah

Tadi Sampai Mereka Tengah Baca Al Quran Ebit Lew Puji Sikap Keluarga Duduk Khemah

papar berkaitan - pada 2/5/2020 - jumlah : 450 hits
Baru baru ini tular mengenai kisah salah seorang pelajar dari UTM Skudai yang terpaksa tinggal di dalam sebuah khemah bersama dengan ahli keluarganya yang lain Kisah keluarga ini turut mendapat perhatian pendakwah terkenal Ustaz Ebit Lew se...
Ustaz Ebit Lew Santuni Banduan Akhir Haji Menangis Saat Doakan Kebaikan Untuk Keluarga Bekas Isterinya

Ustaz Ebit Lew Santuni Banduan Akhir Haji Menangis Saat Doakan Kebaikan Untuk Keluarga Bekas Isterinya

papar berkaitan - pada 2/5/2020 - jumlah : 426 hits
Baru baru ini pendakwah terkenal Ustaz Ebit Lew ada ziarah ke Penjara Kajang untuk memberi sumbangan tiga buah mesin basuh berkapasiti 25 kilogram bagi kegunaan para banduan di sana Dalam masa sama beliau turut berpeluang menyantuni banduan...
380 Keluarga Orang Asal Di Sungai Tua Gombak Setia Terima Barang Basah

380 Keluarga Orang Asal Di Sungai Tua Gombak Setia Terima Barang Basah

papar berkaitan - pada 4/5/2020 - jumlah : 317 hits
SHAH ALAM 3 MEI Seramai 380 keluarga Orang Asal sekitar Dewan Undangan Negeri Sungai Tua dan Gombak Setia menerima bantuan barang basah hari ini Setiausaha Politik Kawasan Dato Menteri Besar Rahim Ahmad Kasdi berkata sumbangan dua ekor ayam...
Kerajaan Tidak Mampu Jaga Diri Keluarga Masing Masing

Kerajaan Tidak Mampu Jaga Diri Keluarga Masing Masing

papar berkaitan - pada 4/5/2020 - jumlah : 254 hits
Kawalan kendiri atau self disciplined patut menjadi kunci kepada usaha membendung penularan wabak Covid 19 apabila kerajaan mula melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat Menurut Menteri Kanan Datuk Ismail Sabri Yaakob kerajaan tid...
Recycling Labels A Pathway To Sustainable Waste Management

Malaysia Berpotensi Jadi Peneraju Ai Global Kata Pakar

How Prof Kangkung Cherry Picks 11 Lines Out Of 111 Pages From Hannah S Book To Derive Conclusion

Pm Anwar To Undertake Two Day Working Visit To Belgium

Manusia Antara Kehidupan Dan Kematian

Tak Habis Fikir Macam Mana Perkara Ini Boleh Berlaku Diatas Jalanraya Malaysia

Keadaan Akan Aman Jadi Untuk Apa Mahu Boikot Lagi Vincent Tan

7 Cara Mengatasi Rambut Rontok Berlebihan Yang Wajib Dicoba


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Akad Yang Terlindung Slot Samarinda TV3

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 9 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 8 Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11

Biodata Liya Maisarah Dato Sri Ismail Yang Kahwin Bersuamikan Vokey Imran Rosli Gamer PUBG

Biodata Azqa Aziz Pelakon Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Astro Ria Gandingan Evertts Gomes Peserta Hero Dewi Remaja 2023


Sabar Jangan Cepat Menghukum

Drama Calon Isteri Buat Suami

Isak Waang Sir Bila Nanti Chord

The Last Sled A Sparkling Kawasaki W650 Scrambler By Dirty Dick S Motos

Makan Nasi Daun Pisang Banana Bro Aeon Bukit Indah

Tiktok Fueled Travel Crazes What Happens Now