Hidup Tanpa Amalan Seperti Pohon Tanpa Buah


Pernah tak kita terfikir, hidup ni kalau hanya cantik pada luaran tapi kosong pada isi, apa gunanya? Sama macam pohon yang rimbun dan hijau, nampak indah bila dipandang, tapi bila kita dekati, rupanya takde buah pun untuk dimakan. Itulah perumpamaan hidup tanpa amalan.
Kita mungkin ada rupa, ada harta, ada pangkat. Orang pandang kita dengan kagum sebab nampak berjaya. Tapi kalau semua itu tak disertai dengan amalan yang membawa manfaat, baik untuk diri sendiri atau orang lain ia sekadar bayangan. Sekejap ada, sekejap hilang.
Amalan ini bukan semata-mata ibadah saja. Ia luas. Senyum pada orang pun kira amalan. Tolong jiran angkat barang pun amalan. Bagi makan kucing jalanan, jaga kata-kata kita, hormat orang tua, itu semua tu pun termasuk amalan. 
Sering kali kita terfikir, nak buat kebaikan mesti yang besar-besar. Hakikatnya, amalan kecil tapi ikhlas lebih bernilai daripada hidup yang hanya nampak gah tapi tak bagi apa-apa kesan pun


Bayangkan bila kita dah takde nanti. Orang takkan ingat kereta besar kita. Orang takkan ingat betapa lawa rumah yang kita bina. Tapi mereka akan ingat macam mana kita layan orang, macam mana kita kongsi rezeki, macam mana kita membantu masa diperlukan. Itulah 'buah' daripada pohon hidup kita. Buah itulah yang orang rasa manisnya, orang kenang dan orang doakan

Kalau kita hidup hanya untuk diri sendiri, kita umpama pohon tanpa buah. Mungkin orang suka berteduh sekejap sebab redupnya, tapi lama-lama orang akan pergi mencari pohon lain yang ada hasil. Sebab manusia secara fitrahnya mencari manfaat, mencari kebaikan

Jadi, tak salah nak hias hidup dengan pencapaian dunia. Tapi jangan sampai kita lupa untuk hasilkan 'buah' daripada hidup kita. Buah itulah amalan yang memberi manfaat, yang akan terus hidup walaupun kita sudah takde kelak

Apa kata jom kita mulakan dengan amalan kecil hari ini. Senyum, hulur tangan membantu, kongsi sedikit rezeki. Jangan tunggu besar baru nak bermula. Sebab dari situlah hidup kita mula berbuah dan dari situ jugalah kita akan benar-benar rasa hidup ini ada maknanya. Moga bermanfaat. 

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://ciklapunyabelog.blogspot.com/2025/09/hidup-tanpa-amalan-seperti-pohon-tanpa.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Jadilah Seperti Resam Oadi

Jadilah Seperti Resam Oadi

papar berkaitan - pada 16/9/2025 - jumlah : 638 hits
PHEONIXJangan mencela menghina Kalau betul sekalipun takkanlah 2 3 lori boleh cari Sepatutnya semakin tua semakin menunduk bukan semakin tua semakin angkuh
Tunggang Isu Kaum Dan Agama Apakah Kita Mahu Keadaan Jadi Huru Hara Seperti Di Indonesia Atau Nepal

Tunggang Isu Kaum Dan Agama Apakah Kita Mahu Keadaan Jadi Huru Hara Seperti Di Indonesia Atau Nepal

papar berkaitan - pada 12/9/2025 - jumlah : 3912 hits
Propaganda toksik tunggang isu kaum dan agamaHarapandailyLIYANA MARZUKISaya bukan apa cuma dah penat dengan propaganda toksik Tunggang isu kaum dan agama Mereka minta rakyat boikot jenama yang kononnya menyokong Israel Tetapi apabila meliba...
Insomniacks Seperti Dulu Chord

Insomniacks Seperti Dulu Chord

papar berkaitan - pada 31/8/2025 - jumlah : 1189 hits
G Fm A m D D 7 G Fm Sedarkan suasana A m Kini berubah G D Pernah kau sangka G Waktu berjalan Fm Hari berlalu A m Coba kau lihat G D Ku masih disini G Bersamamu A m Yakin ku takkan meninggalkanmu Gdim Hingga ke hujung waktu Gdim Ku genggam t...
Rangka Manusia Ditemui Di Dalam Pohon

Rangka Manusia Ditemui Di Dalam Pohon

papar berkaitan - pada 12/9/2025 - jumlah : 782 hits
Penduduk jumpa rangka manusia di dalam pokokKOSMO RANGKA manusia yang ditemukan di dalam pohon aren di Sergai Sumut Foto Polis SergaiJAKARTA Polis masih menyiasat penemuan rangka manusia di dalam pokok enau di Sei Rampah wilayah Sumatera Ut...
Rafizi Semoga Anwar Akan Dikenang Seperti Pak Lah

Rafizi Semoga Anwar Akan Dikenang Seperti Pak Lah

papar berkaitan - pada 30/8/2025 - jumlah : 2163 hits
Zarrah MordenBekas menteri ekonomi Rafizi Ramli membuat perbandingan antara bekas perdana menteri Abdullah Ahmad Badawi dan Perdana Menteri Anwar Ibrahim Bagi Anwar semoga senario kes terbaik untuknya apa pun yang berlaku satu hari nanti or...
30 Amalan Di Usia Senja

30 Amalan Di Usia Senja

papar berkaitan - pada 9/9/2025 - jumlah : 500 hits
1 Dapatkan tidur yang berkualiti dan mencukupi 2 Bergerak dengan tenang tanpa tergesa gesa 3 Kurangkan saiz hidangan makanan 4 Amalkan kepelbagaian dalam pemilihan makanan 5 Utamakan makanan yang hangat hindari ais 6 Banyakkan minum air put...
Amalan Mudah Itiqomah Yang Baik Dari Sunnah Nabi Saw

Amalan Mudah Itiqomah Yang Baik Dari Sunnah Nabi Saw

papar berkaitan - pada 11/9/2025 - jumlah : 2603 hits
Sunnah Nabi SAW harus di lakukan untuk kebaikan dalam kehidupan ini Malam Rabu 10 09 2025 membuat catatan lagi di laman blog PE ini Ada sedikit teruja gembira dan amat senang hati apabila melihat statistik blog Etuza menerusi ruang Dashboar...
Makanan Kurangkan Berat Badan Panduan Sihat Untuk Hidup Lebih Ringan

Makanan Kurangkan Berat Badan Panduan Sihat Untuk Hidup Lebih Ringan

papar berkaitan - pada 29/8/2025 - jumlah : 3800 hits
Dalam usaha untuk menurunkan berat badan pemilihan makanan yang betul memainkan peranan yang sangat penting Ramai orang sanggup berhabis duit untuk membeli produk kurus atau mengikuti diet yang ekstrem tetapi sebenarnya kunci utama adalah m...
Senarai Dokumen Penting Yang Perlu Diselamatkan Semasa Banjir

Nabi Dan Para Sahabatnya Kaya Raya Tapi Kenapa Mereka Sering Kelaparan Dan Kesulitan

Kenapa Travel Insurance Tetap Penting Walaupun Pampasan Tidak Maksimum

4 Jenis Makanan Viral Kegilaan Gen Z Trend Makanan Popular Di Media Sosial

Rayhana Oo Rayhana

Contoh Soalan Muet Format Terkini 2026

Apa Yang Kita Biasakan Itulah Yang Anak Kita Pelajari

Bursa Malaysia Lepasi 1 640 Mata Paras Tertinggi Tahun Ini


echo '';
9 Jenis Kerosakan Jalan Raya Yang Kita Perlu Redha Hari Hari

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3


Kerajaan Tamat Perjanjian Pajakan Helikopter Black Hawk Langkah Strategik Untuk Pengurusan Aset Pertahanan

Hidup Yang Serabut Pentingnya Mengingati Tujuan Asal

Jalani Hidup Ini Dengan Apa Adanya

Totalenergies Raih Kontrak 21 Tahun Bekalkan Tenaga Untuk Pusat Data Google Dari Projek Solar Di Kedah

Adam Adli Dilantik Timbalan Menteri Pengajian Tinggi Isu Ptptn Kembali Diperkatakan Teringat Berguling Guling Dulu

Pelajar Dakwa Nampak Kelibat Dipercayai Pocong Di Koridor Kolej