Hidup Ibarat Putaran Roda 10259
Takkan Minta Maaf Dan Bayar RM1 Juta – AminApr 29, 2020
PENGACARA dan penceramah motivasi, Amin Idris, 39, bersyukur apabila keputusannya untuk tidak meminta maaf dan membayar ganti rugi berjumlah RM1 juta kepada Ustaz Abu Syafiq mendapat sokongan masyatakat.
Ia susulan daripada tuntutan dibuat Abu Syafiq selepas status dimuat naik Amin di laman sosial pada Sabtu lalu membabitkan isu dengan pendakwah bebas, Ustaz Ebit Lew yang dianggap menjatuhkan reputasi.
Amin ketika dihubungi berkata, dia berbuat sedemikian selepas berbincang dan mendapat nasihat daripada pasukannya dan peguam.
“Saya bersyukur kerana bukan saya seorang yang melihat kebiadaban dia. Dalam masa sama, ini menambah motivasi untuk teruskan berjuang. Lebih jelas ini juga tanda rakyat Malaysia menolak agamawan yang tandus akhlak,” katanya kepada Harian Metro.
Mengulas mengenai keputusannya itu, Amin tetap nekad untuk tidak akan meminta maaf dan membayar RM1 juta seperti dituntut melalui peguam Abu Syafiq dalam tempoh seminggu bermula kelmarin.
“Saya sudah mengarahkan peguam yang mewakili saya untuk membalas surat tuntutan daripada Abu Syafiq.
“Selepas berbincang bersama peguam, pasukan saya nekad untuk tidak memohon maaf dan membayar ganti rugi RM1 juta seperti mana dituntut. Jadi, kita lawan di mahkamah,” katanya.
Terdahulu, Amin yang mengendalikan program The Amin Idris Show mendedahkan tuntutan yang dibuat Abu Syafiq di semua laman sosial.
Dalam tuntutan dibuat Abu Syafiq menerusi peguamnya menyifatkan status dimuat naik Amin membuatkan Abu Syafiq mendapat menerima pelbagai reaksi negatif daripada masyarakat.
“Hasil daripada ‘posting’ itu, anak guam kami menerima pelbagai reaksi negatif daripada masyarakat termasuklah ratusan kecaman, ugutan dan komen-komen yang sinis yang tidak benar, menjatuhkan reputasi dan mencalarkan kredibiliti serta mendatangkan kerugian kepada anak guam,” katanya.
Menerusi tuntutan sama, permohonan maaf itu dibuat di semua medium dan mesti diluluskan oleh Abu Syafiq.
Amin diberi masa tujuh hari untuk memohon maaf dan membayar RM1 juta. Sementara itu, usaha Harian Metro mendapatkan kenyataan daripada Abu Syafiq tidak berjaya apabila mesej dihantar tidak dibalas. – myMetro Online
Sumber:
Takkan Minta Maaf Dan Bayar RM1 Juta - Amin - MYNEWSHUB
Wanita Indonesia Hina Polis, Tentera Ditahan
Apr 9, 2020BANTING – Seorang wanita warga Indonesia ditahan polis kerana memuat naik status menjelikkan terhadap petugas keselamatan yang menjalankan penugasan Op Covid-19 di kediamannya di Taman Delima di sini semalam.
Ketua Polis Daerah Kuala Langat, Superintendan Azizan Tukiman berkata, tangkapan dibuat sepasukan anggota dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Langat kira-kira jam 7.30 petang.“Wanita berusia 25 tahun itu ditahan susulan laporan polis yang dibuat seorang pengadu yang memaklumkan menerima maklumat menerusi aplikasi WhatsApp daripada kenalannya.“Kenalan pengadu memberitahu ada status bergambar yang dimuat naik dari Facebook pemilik bernama ‘Jhuminten Kui Cah’e Koplak’,” katanya kepada Sinar Harian hari ini
Azizan berkata, turut ditahan adalah suami kepada wanita terbabit yang juga warga Indonesia
“Semakan mendapati kedua-dua mereka berada di Malaysia secara tidak sah apabila melanggari Akta Imigresen 1959/63.“Polis merampas telefon bimbit milik wanita terbabit untuk siasatan dan mereka disiasat di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 dan Seksyen 504 Kanun Keseksaan,” katanya
Terdahulu, status dimuat naik wanita terbabit tular di media sosial dengan kenyataan menjelikkan dalam dialek Indonesia ketika polis dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menjalankan tugas pemeriksaan Op Covid-19 di Jalan Bunga Pekan, Banting. Antara perkataan jelik itu adalah ‘asu’ yang membawa maksud anjing. – Sinar HarianSumber:
Wanita Indonesia Hina Polis, Tentera Ditahan - MYNEWSHUB
Surat Al-Kafirun dan Terjemahan
رَبَّنَا ظَلَمْنَا أَنْفُسَنَا وَإِنْ لَّمْ تَغْفِرْلَنَا وَتَرْحَمْنَا لَنَكُوْنَنَّ مِنَ الْخَاسِرِيْنَ
رَبَّنَا ءَاتِنَا فِى الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِى اْلآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ
وَصَلَّى الله ُعَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ
وَالْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمين
Daftar Isi Al-Quran dan Terjemahan - Silakan Klik untuk membacanya:
Surat Al Fatihah (Pembukaan)Surat Al Baqarah (Sapi Betina)Surat Ali 'Imran (Keluarga 'Imran)Surat An Nisa' (Wanita)Surat Al Ma'idah (Hidangan)Surat Al An'am (Binatang Ternak)Surat Al A'raf (Tempat Tertinggi)Surat Al Anfal (Rampasan Perang)Surat At Taubah (Pengampunan)Surat Yunus (Nabi Yunus A.S.)Surat Hud (Nabi Huud A.S.)Surat Yusuf (Nabi Yusuf A.S.)Surat Ar Ra'd (Guruh)Surat Ibrahim (Nabi Ibrahim A.S.)Surat Al Hijr (Daerah Pegunungan)Surat An Nahl (Lebah)Surat Al Israa' (Memperjalankan Di Malam Hari)Surat Al Kahfi (Gua)Surat Maryam (Maryam)Surat Thaha (Thaahaa)Surat Al Anbiya' (Kisah Para Nabi)Surat Al Hajj (Ibadah Haji)Surat Al Mu'minun (Orang Mukmin)Surat An Nur (Cahaya)Surat Al Furqaan (Pembeda)Surat Asy Syu'ara' (Penyair)Surat An Naml (Semut)Surat Al Qashash (Cerita)Surat Al 'Ankabuut (Laba-Laba)Surat Ar Ruum (Bangsa Rumawi)Surat Luqman (Luqman)Surat As Sajdah ((Sujud)Surat Al Ahzab (Golongan Yang Bersekutu)Surat Saba' (Kaum Saba')Surat Fathir (Pencipta)Surat YaasiinSurat Ash Shaffat (Yang Bershaf-Shaf)Surat ShaadSurat Az Zumar (Rombongan-Rombongan)Surat Al Mu'min (Orang Yang Beriman)Surat Fushshilat (Yang Dijelaskan)Surat Asy Syuura (Musyawarah)Surat Az Zukhruf (Perhiasan)Surat Ad Dukhaan (Kabut)Surat Al Jaatsiyah (Yang Berlutut)Surat Al Ahqaaf (Bukit Pasir)Surat Muhammad (Nabi Muhammad SAW)Surat Al Fath (Kemenangan)Surat Al Hujuraat (Kamar-Kamar)Surat QaafSurat Adz Dzaariyaat (Angin Yang Menerbangkan)Surat Ath Thuur (Bukit)Surat An Najm (Bintang)Surat Al Qamar (Bulan)Surat Ar Rahmaan (Yang Maha Pemurah)Surat Al Waaqi'ah (Hari Kiamat)Surat Al Hadid (Besi)Surat Al Mujadilah (Wanita Yang Mengajukan Gugatan)Surat Al Hasyr (Pengusiran)Surat Al Mumtahanah (Wanita Yang Diuji)Surat Ash Shaff (Barisan)Surat Al Jumu'ah (Hari Jum'at)Surat Al-Munafiqun (Orang-Orang Munafik)Surat At Taghabun (Hari Ditampakkan Kesalahan-Kesalahan)Surat Ath Thalaaq (Talak)Surat At Tahrim (Mengharamkan)Surat Al Mulk (Kerajaan)Surat Al Qalam (Pena)Surat Al Haqqah (Kiamat)Surat Al Ma'arij (Tempat-Tempat Naik)Surat Nuh (Nabi Nuh A.S)Surat Al Jin (Jin)Surat Al Muzzammil (Orang Yang Berselimut)Surat Al Muddatstsir (Orang Yang Berselimut)Surat Al Qiyamah (Hari Kiamat)Surat Al Insaan (Manusia)Surat Al Mursalat (Malaikat-Malaikat Yang Diutus)Surat An Naba´ (Berita Besar)Surat An Naazi´ (Malaikat-Malaikat Yang Mencabut)Surat 'Abasa (Bermuka Masam)Surat At Takwir (Menggulung)Surat Al Infithar (Terbelah)Surat Al Muthaffifiin (Orang-Orang Yang Curang)Surat Al Insyiqaaq (Terbelah)Surat Al Buruuj (Gugusan Bintang)Surat Ath Thaariq (Yang Datang Di Malam Hari)Surat Al A´Laa (Yang Paling Tinggi)Surat Al Ghaasyiyah (Hari Kiamat)Surat Al Fajr (Fajar)Surat Al Balad (Negeri)Surat Asy Syams (Matahari)Surat Al Lail (Malam)Surat Adh Dhuhaa (Waktu Dhuha)Surat Alam Nasyrah /Al Insyirah (Bukankah Kami Telah Melapangkan)Surat At Tiin (Buah Tin)Surat Al 'Alaq (Segumpal Darah)Surat Al Qadr (Kemuliaan)Surat Al Bayyinah (Bukti Yang Nyata)Surat Al Zalzalah (Goncangan)Surat Al 'Adiyat (Kuda Perang Yang Berlari Kencang)Surat Al Qari'ah (Hari Kiamat)Surat At Takatsur (Bermegah-Megahan)Surat Al 'Ashr (Masa)Surat Al Humazah (Pengumpat)Surat Al Fiil (Gajah)Surat Quraisy (Suku Quraisy)Surat Al Ma'un (Barang-Barang Yang Berguna)Surat Al Kautsar (Nikmat Yang Banyak)Surat Al Kafirun (Orang-Orang Kafir)Surat An Nashr (Pertolongan)Surat Al Lahab (Gejolak Api)Surat Al Ikhlas (Memurnikan Keesaan Allah)Surat Al Falaq (Waktu Subuh)Surat An Naas (Manusia)....................................
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://peceq.blogspot.com/2020/04/hidup-ibarat-putaran-roda-10259.html