Hidup Dihurung Ribuan Lalat Sejak 20 Tahun


 Oleh SHAMSUL KAMAL AMARUDIN
PENDUDUK Taman Iswara menunjukkan lalat yang diperangkap di dalam rumah masing-masing di Taman Iswara, Ayer Tawar dekat Lumut, Perak. - UTUSAN/SHAMSUL KAMAL AMARUDINLUMUT: Lebih 1,000 penduduk di empat penempatan di Ayer Tawar dekat sini, terpaksa berkongsi hidup dengan ribuan lalat sejak kira-kira 20 tahun lalu, dipercayai berpunca daripada kewujudan ternakan ayam di kawasan seluas 1.2 hektar yang terletak berhampiran.
Malah, seringkali juga mereka terpaksa menghidu bau busuk tahi ayam terutama ketika hujan menyebabkan kehidupan penduduk sentiasa dalam keadaan tidak selesa.
Ia melibatkan penduduk yang tinggal di Kampung Batu 19, Taman Iswara, Taman Ilham dan penempatan di Ladang Bilham.
Penduduk di Kampung Batu 19, S Hakesh Kumar, 25, berkata, kawasan penternakan itu terletak dalam kawasan ladang sawit kira-kira 100 meter dari kampung tersebut menyebabkan lalat sering ‘menyerang’ rumah penduduk hampir sepanjang masa.
“Selain itu, sekurang-kurangnya tiga kali seminggu lori keluar masuk melalui jalan sebelah kampung kami sama ada membawa ayam atau tahi ayam yang dijual sebagai baja.
“Setiap kali tu juga bau busuk menusuk  hidung kami terutama apabila air najis dari lori itu menitis sepanjang jalan sebelah kampung kami,” katanya ketika ditemui pemberita di kampung itu hari ini.
Penduduk di Taman Iswara, K. Kumaran, 41, pula berkata, pihaknya sudah banyak kali mengadu kepada pihak berkuasa termasuk wakil rakyat sejak generasi bapanya sehingga kini namun tiada maklum balas diterima.
Terbaru, jelasnya, surat aduan dihantar ke Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) negeri dan Majlis Perbandaran Manjung minggu lalu dan masih menunggu tindakan daripada pihak tersebut.
Ujarnya lagi, penduduk pernah berjumpa dengan pengusaha ternakan ayam itu bagi memaklumkan ketidakpuasan penduduk tetapi juga tiada apa-apa maklum balas.
Kumaran menegaskan penduduk kini mendesak ternakan ayam yang diusahakan secara kaedah lama itu ditutup atau dipindahkan ke tempat lain secepat mungkin.
Seorang lagi penduduk Taman Iswara, K Murali, 41, berkata, sebelum pandemik Covid-19, kadangkala mereka berasa malu apabila dikunjungi saudara mara dengan gangguan lalat itu kerana menyangka penduduk di kawasan itu pengotor dan suka mengabaikan kebersihan.
“Apabila memasak contohnya kari ikan, lalat selalu juga masuk ke dalam gulai itu mengakibatkan kami pun tidak lalu hendak makan,” ujarnya.
Sementara itu, Pengarah JPV Perak, Dr. Ahmad Shafri Hassan berkata, siasatan pihaknya ada dua pengusaha ternakan ayam berlesen yang beroperasi di kawasan tersebut.
“Kawasan ternakan ayam di situ memang berada dalam pemantauan serta siasatan pihak kami.
“Setakat ini, saya difahamkan kedua-dua reban di situ telah kosong dan diarahkan untuk tidak membawa masuk anak ayam baru susulan aduan diterima daripada penduduk,” jelasnya.
Menurut beliau, JPV Perak akan mengeluarkan notis untuk menggantung sementara operasi pihak tersebut dalam masa terdekat.
“Kita akan melihat semua aspek yang mencetuskan kacau ganggu lalat terhadap penduduk berhampiran dan aspek yang perlu diperbaiki oleh pengusaha tersebut,” jelasnya lagi.
Menurutnya, apabila telah ada tindakan penambahbaikan dan pihaknya berpuas hati, mereka boleh beroperasi semula.
Bagaimanapun, tegasnya, jika pengusaha masih gagal mematuhi arahan dan tidak menambah baik pengurusan dan operasi ternakan mereka, maka JPV akan membatalkan lesen pengusaha tersebut. – UTUSAN ONLINE


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2021/07/hidup-dihurung-ribuan-lalat-sejak-20.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Sayu Terpaksa Gadai Cincin Kahwin Hilang Kerja Sejak Puasa Sengsaranya Hidup Mengenang Nasib

Sayu Terpaksa Gadai Cincin Kahwin Hilang Kerja Sejak Puasa Sengsaranya Hidup Mengenang Nasib

papar berkaitan - pada 2/7/2021 - jumlah : 362 hits
Keadaan semasa semakin menghimpit kita semua Tidak dinafikan ramai di luar sana yang sudah jatuh terduduk apabila mengenang nasib akan datang yang tidak pasti Rata rata mereka sedang penat menghadapi dugaan hidup
Cara Menjana Pendapatan Pasif Yang Terbukti Sejak 5 Tahun Lalu Yang Perlu Anda Tahu Turut Serta

Cara Menjana Pendapatan Pasif Yang Terbukti Sejak 5 Tahun Lalu Yang Perlu Anda Tahu Turut Serta

papar berkaitan - pada 5/7/2021 - jumlah : 630 hits
Jom Mulakan Pelaburan Anda Untuk Pasif Income Setiap Hari Di Platform Terbaik Dan Selamat Bersama B4U Trades Investment Dari B4U Global MalaysiaPeluang Menjana Income Pasif Untuk Semua Tanpa Perlu Menaja Sesiapa Jika Mahu Dan Minat Untuk Me...
Manusia Dijangka Boleh Hidup Sampai 130 Tahun

Manusia Dijangka Boleh Hidup Sampai 130 Tahun

papar berkaitan - pada 6/7/2021 - jumlah : 357 hits
Gambar Hiasan Manusia dijangka boleh hidup sampai 130 tahun Tempoh jangka hayat manusia dijangka mencecah 130 tahun sekali gus ia bakal memecahkan rekod individu paling tua di bumi tidak lama lagi lapor satu kajian baru baru ini Menurut par...
Peluang Buat Pendapatan Pasif Dengan Smart Saving Plan Yang Terbukti Sejak 5 Tahun Lalu

Peluang Buat Pendapatan Pasif Dengan Smart Saving Plan Yang Terbukti Sejak 5 Tahun Lalu

papar berkaitan - pada 8/7/2021 - jumlah : 480 hits
Jom Mulakan Pelaburan Anda Untuk Pasif Income Setiap Hari Di Platform Terbaik Dan Selamat Bersama B4U Trades Investment Dari B4U Global MalaysiaPeluang Menjana Income Pasif Untuk Semua Tanpa Perlu Menaja Sesiapa Jika Mahu Dan Minat Untuk Me...
Cucu Tipu Nenek Selama 20 Tahun Bahawa Anaknya Masih Hidup

Cucu Tipu Nenek Selama 20 Tahun Bahawa Anaknya Masih Hidup

papar berkaitan - pada 3/7/2021 - jumlah : 340 hits
Hanya kerana mahu menjaga hati seorang wanita dari negara China yang dikenali dengan nama Cheng Jing terpaksa menipu neneknya tentang kematian anak perempuannya Lebih menyedihkan apabila hasrat wanita itu untuk bertemu dengan anak tunggalny...
Dah Kenal Lama Sejak Tahun 2010 Zoey Tampil Bersuara Dedahkan Perangai Sebenar Anju Yang Ramai Tak Tahu

Dah Kenal Lama Sejak Tahun 2010 Zoey Tampil Bersuara Dedahkan Perangai Sebenar Anju Yang Ramai Tak Tahu

papar berkaitan - pada 15/7/2021 - jumlah : 348 hits
Pelakon Zoey Rahman 36 menyatakan dia mula mengenali aktres Zarina Anjoulie 34 sejak membintangi filem Lagenda Budak Stn pada tahun 2010 Menurut Zoey atau nama sebenarnya Mohd Hairey Azhar Abd Rahman berkata mereka pernah terputus hubungan ...
Fasih Berbahasa Inggris Rich Brian Ungkap Cuma Belajar Lewat Internet Sejak Umur 12 Tahun

Fasih Berbahasa Inggris Rich Brian Ungkap Cuma Belajar Lewat Internet Sejak Umur 12 Tahun

papar berkaitan - pada 15/7/2021 - jumlah : 405 hits
Bagi kamu yang pengen fasih berbahasa Inggris trik belajar otodidak ala Rich Brian bisa dicoba lo
Salam Zulhijjah 1442 H Tahun 2021 Bulan Menambah Amalan

Salam Zulhijjah 1442 H Tahun 2021 Bulan Menambah Amalan

papar berkaitan - pada 11/7/2021 - jumlah : 429 hits
Zulhijjah Bulan Menambah Amalan Berpuasa Sunat Dan Membuat Korban Salam Zulhijjah kepada semua pembaca blog Semoga kita dapat melalui bulan ini dengan menambah amalan sunat kita dan akhirnya mendapat ganjaran pahala yang berganda Insyaa All...
Anak Dah 3 Tahun Tapi Tak Pandai Bercakap Ibu Sila Kenal Pasti Tanda Lewat Pertuturan Ini

Anak Dah 3 Tahun Tapi Tak Pandai Bercakap Ibu Sila Kenal Pasti Tanda Lewat Pertuturan Ini

papar berkaitan - pada 10/7/2021 - jumlah : 415 hits
Pastinya akan hadir rasa bimbang apabila si kecil masih sukar bertutur walaupun sudah berusia 3 tahun Bertenang ada cara mengatasi anak lambat bercakap yang boleh dicuba Lewat pertuturan Secara amnya seorang kanak kanak yang berusia 2 tahun...
Ultimate Recipe For Beef Cheeks In Pressure Cooker

Hari Terbuka Tvet Yrms Ilkbs 2025 Memperkasa Belia Melalui Kemahiran Dan Peluang

Hiburan Move On Lah Tak Akan Berkawan Dah Tular Video Bekas Suami Makan Bersama Pelakon Wanita Puteri Zarith Bersuara

Pesta Rona Kata Di Bank Negara Malaysia Museum And Art Gallery

Cuktech Perkenal Keperluan Pengecasan Pintar Untuk Setiap Peranti Moden

Score Massive Savings On Your Tech Wishlist Because The Huawei 11 11 Grand Sale Is Here

Situs Pkv Games Menyediakan Pengalaman Bermain Yang Tak Terlupakan

Kerajaan Diseru Untuk Menaikkan Gaji Penterjemah Mahkamah Bagi Mengatasi Kekurangan Mereka


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Kejayaan Arsitektur Dan Warisan Budaya Di Paw Singa Sigiriya

Senarai Pemain Skuad Harimau Malaysia Untuk Pertandingan Terkini

Belum Terlewat Untuk Fam Kembali Ke Pangkal Jalan

From Romans Learn Shipbuilding From Malays To Flying Malays Top 10 Mockeries Levelled At Prof Sambal Belacan

Maritim Malaysia Aktifkan Operasi Carilamat Mangsa Bot Karam Di Perairan Langkawi

4 Hari Test Drive Hyundai Tucson Hybrid Ini Perkara Luar Biasa Berlaku Kat Aku