Hidap Kanser Limfoma Tahap 4 Graduan Uum Bersyukur Hadiri Majlis Konvokesyen


Hidap Kanser Limfoma Tahap 4, Graduan UUM Bersyukur Hadiri Majlis Konvokesyen
SINTOK (Bernama) — Seorang graduan menghidap kanser Limfoma Hodgkin (Classic Hodgkin Lymphoma) tahap empat tidak menyangka beliau akan menghadiri Majlis Konvokesyen Universiti Utara Malaysia (UUM).
Lebih manis, Nor Shamira Irwani Farid, 24, graduan Sarjana Muda Pengurusan Kerja Sosial yang memperoleh Purata Nilai Gred Kumulatif (PNGK) 3.94, dikurniakan Anugerah Emas Naib Canselor yang disampaikan Sultan Kedah Al Aminul Karim Sultan Sallehuddin Sultan Badlishah.
“Saya tak sangka saya dapat hadir majlis konvokesyen pada hari ini sebab pada awal rawatan, kemoterapi yang kuat memerlukan saya dimasukkan ke wad.
“… tapi hasil rawatan sebelum ini menunjukkan perkembangan positif, membolehkan doktor menukar rawatan kepada ubat yang kurang kuat dan saya dapat menghadiri sesi pertama serta sesi kelapan konvokesyen,” katanya ketika ditemui selepas sesi pertama Majlis Konvokesyen UUM ke-38.
Bercerita mengenai penyakitnya, Nor Shamira Irwani berkata beliau mula perasan ketulan kecil pada leher kanannya pada 2022, namun tidak melakukan pemeriksaan kerana kekangan masa.
Nor Shamira Irwani berkata ketulan itu semakin besar pada awal tahun ini, sekali gus menyebabkannya banyak melakukan pemeriksaan sebelum didiagnosis menghidap penyakit itu pada 19 Ogos lepas. Anak bongsu daripada tiga beradik berasal dari Nilai, Negeri Sembilan itu berkata keluarga, pensyarah dan rakan-rakannya menjadi dorongan untuk menempuh cabaran pengajian dan rawatan kesihatan.
Nor Shamira Irwani turut menitipkan pesanan bagi mereka yang menghadapi penyakit kronik atau masalah kesihatan mental untuk tidak berputus asa dan terus berusaha mencapai kejayaan dalam hidup.
“Penyakit bukan titik noktah untuk berjaya. Peganglah sekecil-kecil harapan kerana masih ada orang yang menyokong dan mendoakan kita,” katanya yang bercita-cita menjadi pensyarah dan berkhidmat dalam bidang kerja sosial perubatan.

Kisah Nor Shamira Irwani itu turut disentuh Naib Canselor Prof Dato Dr Mohd Foad Sakdan dalam ucapan aluan sesi pertama dan mengajak semua tetamu untuk memberikan tepukan tanda sokongan kepada graduan berkenaan. “Marilah memberi tepukan gemuruh sebagai sokongan dan kasih kita kepada Nor Shamira Irwani yang hadir bersama kita dalam dewan pagi ini,” katanya.
Pada majlis konvokesyen yang bermula hari ini hingga Khamis, Anugerah Pelajaran Diraja dikurniakan kepada Mohammad Noor Aiman Hassan Nudin, 23, dari Tawau, Sabah dan S. Vianca Syam, 24, dari Kedah, manakala Anugerah Pingat Emas Canselor diterima Wong Yoong Wai, 24, dari Seremban, Negeri Sembilan.
Penerima Anugerah Pelajaran Diraja menerima wang tunai RM7,500 berserta sijil, manakala penerima Anugerah Pingat Emas Canselor menerima RM4,000 berserta sijil.
BACA: Hebat, Graduan UUM Ini Capai Pendapatan RM20,000 Sebulan Sebelum Konvokesyen
Sumber: BERNAMA
The post Hidap Kanser Limfoma Tahap 4, Graduan UUM Bersyukur Hadiri Majlis Konvokesyen appeared first on Siakap Keli.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://siakapkeli.my/2025/11/10/hidap-kanser-limfoma-tahap-4-graduan-uum-bersyukur-hadiri-majlis-konvokesyen/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hebat Graduan Uum Ini Capai Pendapatan Rm20 000 Sebulan Sebelum Konvokesyen

Hebat Graduan Uum Ini Capai Pendapatan Rm20 000 Sebulan Sebelum Konvokesyen

papar berkaitan - pada 9/11/2025 - jumlah : 196 hits
Hebat Graduan UUM Ini Capai Pendapatan RM20 000 Sebulan Sebelum Konvokesyen Hari konvokesyen merupakan detik yang paling dinanti nantikan oleh setiap pelajar Ia bukan sahaja menandakan penamat kepada pengajian yang penuh cabaran malah menja...
Generasi Masa Depan Kecil Kecil Berjaya Di Majlis Graduasi

Generasi Masa Depan Kecil Kecil Berjaya Di Majlis Graduasi

papar berkaitan - pada 14/11/2025 - jumlah : 181 hits
Bila keluarga kita menghadiri majlis graduasi bawalah anak kecil bersama Kenakan dia jubah graduasi dewasa supaya dia merasai kebanggaan itu dan melihat dunia yang boleh dicapainya suatu hari nanti Hidup memerlukan impian Cita cita tidak mu...
Aktiviti Majlis Makan Malam Ukhuwah Angkatan Pertahanan Malaysia Kuala Lumpur Ppim 09 11 2025

Aktiviti Majlis Makan Malam Ukhuwah Angkatan Pertahanan Malaysia Kuala Lumpur Ppim 09 11 2025

papar berkaitan - pada 10/11/2025 - jumlah : 207 hits
Sekitar Majlis Makan Malam Ukhuwah Angkatan Pertahanan Malaysia Kuala Lumpur Bersama Rakan Strategik yang dihadiri oleh Ketua Aktivis PPIM Nadzim Johan toqqi
Belajar Bersyukur Dan Tenang

Belajar Bersyukur Dan Tenang

papar berkaitan - pada 1/11/2025 - jumlah : 165 hits
Belajar Bersyukur dan Tenang JMBELOG Belajar Bersyukur dan Tenang JMBELOG Renungan Jiwa Selama ini kita rasa sihat bukan kerana benar benar sihat tapi sebab tak pernah berani memeriksa di mana mana klinik kesihatan Tak rasa sakit jadi untuk...
Aktiviti Majlis Apresiasi High Tea Rakan Strategik Air Selangor Ppim 05 11 2025

Aktiviti Majlis Apresiasi High Tea Rakan Strategik Air Selangor Ppim 05 11 2025

papar berkaitan - pada 5/11/2025 - jumlah : 231 hits
Ketua Aktivis PPIM Nadzim Johan toqqi menghadiri Majlis Apresiasi High Tea Rakan Strategik Air Selangor yang berlangsung di Glenmarie Ballroom Glenmarie Hotel Golf Resort Shah Alam Majlis anjuran Air Selangor ini diadakan sebagai tanda peng...
Bosan Dalam Pekerjaan Tapi Masih Bersyukur

Bosan Dalam Pekerjaan Tapi Masih Bersyukur

papar berkaitan - pada 12/11/2025 - jumlah : 169 hits
Kadang Berasa Bosan Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada yang sudi singgah di sini Tiga tahun sudah Sha berpindah cawangan tempat kerja berpindah daerah Rutin kerja pada mulanya sangat mengujakan Unit yang Sha bertugas sekarang adalah...
Rebecca Nur Al Islam Tamat Pengajian Di Uum Kongsi Perjalanan 5 Tahun Penuh Ujian Saya Syukur Percaya Allah Sayang Saya

Rebecca Nur Al Islam Tamat Pengajian Di Uum Kongsi Perjalanan 5 Tahun Penuh Ujian Saya Syukur Percaya Allah Sayang Saya

papar berkaitan - pada 15/11/2025 - jumlah : 163 hits
Pelakon Rebecca Nur Al Islam berkongsi detik penuh makna apabila berjaya menamatkan pengajian di Universiti Utara Malaysia Sintok dalam majlis konvokesyen pada Khamis Menerusi hantaran di Instagram Rebecca memuat naik foto bersama anak anak...
Majlis Perasmian Festival Gendang Sarawak 2025 Sultan Pahang Prihatin Berkenan Tinjau Keadaan Peserta Terjatuh

Majlis Perasmian Festival Gendang Sarawak 2025 Sultan Pahang Prihatin Berkenan Tinjau Keadaan Peserta Terjatuh

papar berkaitan - pada 2/11/2025 - jumlah : 179 hits
KUCHING Keperibadian Sultan Pahang Al Sultan Abdullah Ri ayatuddin Al Mustafa Billah Shah yang berjiwa rakyat terserlah pada Majlis Perasmian Festival Gendang Sarawak 2025 malam ini apabila baginda berkenan meninjau keadaan seorang peserta ...
Majlis Tertinggi Alumni Universiti Malaysia Pahang Al Sultan Abdullah Kecewa Pemimpin Umno Dilantik Lembaga Pengarah

Majlis Tertinggi Alumni Universiti Malaysia Pahang Al Sultan Abdullah Kecewa Pemimpin Umno Dilantik Lembaga Pengarah

papar berkaitan - pada 31/10/2025 - jumlah : 221 hits
KUANTAN Majlis Tertinggi Alumni Universiti Malaysia Pahang Al Sultan Abdullah kecewa terhadap pelantikan seorang pemimpin akar umbi UMNO Pahang sebagai anggota lembaga pengarah pusat penga jian tinggi itu Mendakwa dibuat berdasarkan kepenti...
Rahsia Di Sebalik Tandatangan Gabenor Bank Negara Malaysia Analisis Grafologi

Menjaga Keseimbangan Memahami Keputusan Masa Penuh Dalam Kehidupan

Pas Menang Kerana Personaliti Aliakbar Sokongan Akar Umbi

Prn Sabah Pkr Terima Suara Rakyat Dengan Hati Terbuka Tekad Perbaiki Kelemahan Dalaman

Dap S Total Wipe Out In Sabah A Clear Message To Also Exit S Wak Politics A Harbinger Of Its Fate In Ge16

Airbus A320 Lakukan Recall Besar Besaran Ganggu Operasi Penerbangan Global

Polis Mohon Bantuan Kesan Nor Adlina

5 Kesilapan Anak Muda Tentang Kwsp


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Ulasan Buku Wirid Dan Doa Selepas Solat

Majlis Pertunangan Anak Kak Dila Cucu Mak Andak Di Rawang 29 11 2025

Irresistible Jain Dinner Recipes Indian

Hari Pertama Disember 2025

Minat Baking Tapi Tak Sempat Ambil Tempahan Jom Niaga Tepung Premix Home Made

Setiap Kali Balik Pasar Mesti Singgah