Hidangan Slow Cooker Enak Dan Mengenyangkan


Sekiranya anda mencari kelainan menu untuk sekeluarga, apa kata anda cuba menu yang berkonsepkan ‘slow cooker’. Walau pun mengambil masa yang lama untuk memasak, namun ia mudah disediakan. Lebih istimewa, ia boleh dihidangkan di dalam keadaan panas di dalam periuk yang digunakan untuk memasak itu. Kali ini Chef Mahathir berkongsi lima jenis resipi yang mudah untuk dicuba bersama keluarga.
SLOW COOKER CHICKEN CHILI
BAHAN-BAHAN :
1 keping isi ayam tanpa kulit | bahagian dada
1 sudu teh minyak sayur
500ml stok ayam
200gm kacang dal hitam | cuci bersih dan tos
200gm tomato | potong dadu kecil
1/2 biji bawang Holland | cincang
1sudu makan serbuk cili
1 ulas bawang putih | cincang
1/2 sudu teh jintan putih
1/2 sudu teh paprika
1/2 sudu teh serbuk bawang putih
1/2 serbuk lada hitam
1/2sudu teh mustard
1/2 cawan krim masam
Garam, gula dan perasa secukupnya
CARA MEMASAK:
Oleskan periuk dengan minyak sayur.Letakkan isi ayam di bahagian bawah periuk, kacang dal hitam, tomato, bawang Holland, serbuk cili, bawang putih, jintan putih , paprika, serbuk bawang putih, perasa ayam, garam dan serbuk lada hitam.Perlahan-lahan tuangkan stok ayam.Reneh dengan api perlahan sekurang-kurangnya 3-6 jam.Keluarkan dada ayam, dari periuk, cincang atau carik-carikannya.Masukkan semula ke dalam periuk, tambah krim masam dan kacau lagi.Sedia dihidangkan.INFO CHEF: Hidangan ini enak dipadankan dengan ori canai ataupun capati.
Saiz hidangan: 2 orang
Waktu memasak: 3-6 jam
Jenis masakan: Menu utama
Keistimewaan: Pedas dan berperisa
Cara memasak: Reneh
Anggaran kos: RM8.00
SLOW COOKER BEEF POT ROAST
BAHAN-BAHAN:
Bahan Untuk Panggang Tulang:
1kg tulang lembu
Garam secukup rasa
Lada sulah secukup rasa
1 sudu makan tepung serba guna
Bahan-Bahan Reneh:
2 sudu makan minyak sayur
6 biji cendawan butang | hiris
1 biji bawang besar | cincang
2 ulas bawang putih| cincang
1 sudu makan mentega
1 1/2 sudu makan tepung serba guna
1 sudu besar pes tomato
2 1/2 cawan sup ayam
3 batang lobak merah | potong dadu besar
2 batang saderi |potong
1 tangkai rosemary segar
2 tangkai thyme segar
CARA MEMASAK:
1. Lumurkan garam dan lada sulah pada ke seluruh bahagian tulang lembu.
2. Kemudian taburkan tepung di atasnya sehingga menyaluti keseluruhan tulang. Ketepikan.
2. Panaskan minyak sayur di dalam kuali besar dengan api sederhana. Panggang tulang sehingga keperangan. Ketepikan.
3. Panaskan sedikit mentega dalam periuk, kemudian masukkan cendawan. Tumis lebih kurang 3-4 minit.
4. Masukkan bawang, masak lagi selama lima minit, sehingga bawang lembut dan bertukar warna keperangan.
5. Tambahkan pula bawang putih. Kacau lagi selama satu minit.
5. Bancuh tepung 1 1/2 sudu dengan sedikit air adun bersama pes tomato. Masukkan ke dalam tumisan.
6. Seterusnya masukkan stok ayam, kacau untuk sebatikan bahan. Renehkan dengan api perlahan.
7. Akhir sekali masukkan tulang yang telah dipanggang bersama lobak merah, batang saderi, daun rosemary dan thyme.
8. . Tutup periuk dan biarkan mereneh selama 5-6 jam.
9. Bila sejuk, keluarkan lemak pada permukaan dan keluarkan tulang. Kemudian perasakan dengan garam dan lada sulah secukup rasa.
INFO CHEF: Untuk rasa lebih berperisa anda boleh tambahkan sedikit serbuk cili.
Saiz hidangan: 4-5 orang
Waktu memasak: 5-6 jam
Jenis masakan: Menu utama
Keistimewaan: Pedas dan berperisa
Cara memasak: Panggang dan reneh:
Anggaran kos: RM20.00
SLOW COOKER BEEF STEW
BAHAN-BAHAN:
1kg daging batang pinang | potong kiub
50gm tepung serba guna
1/2 sudu teh garam
1/2 sudu teh serbuk lada hitam
1 ulas bawang putih | cincang
1 helai daun bay
1 sudu teh paprika
1 sudu teh sos Worcestershire
1 biji bawang besar | cincang
400ml stok daging
3 biji kentang | buang kulit dan potong dadu
2 batang lobak | potong dadu
1 batang saderi |hiris serong
CARA MEMASAK:
Masukkan tepung di dalam mangkuk kecil bersama garam dan serbuk lada sulah. Kemudian gaulkan dengan hirisan daging.Renehkan di dalam periuk sehingga daging empuk.Kemudian masukkan bawang putih, daun bay, paprika, sos Worcestershire, bawang besar, stok daging , kentang, lobak merah dan saderi.Tutup periuk dan renehkan selama 5-6 jam.INFO CHEF: Stew daging lebih sedap jika lebih lama. Enak dimakan bersama roti.Saiz hidangan: 8 orang
Waktu memasak: 5-6 jam
Jenis masakan: Menu utama
Keistimewaan: Daging lembut dan berperisa
Cara memasak: Reneh:
Anggaran kos: RM26.00
SLOW COOKER CHICKEN POT PIE STEW
BAHAN-BAHAN:
1 kg isi ayam bahagian dada | potong dadu
6 biji kentang | belah 4
150 gm lobak merah kecil
2 batang saderi | cincang
50gm krim ayam
300ml stok ayam
2 sudu teh garam saderi
2 sudu teh garam bawang putih
1 sudu makan lada hitam
50gm sayur campur
CARA MEMASAK:
1.Campurkan ayam, kentang. Lobak merah, krim ayam, air stok ayam, garam bawang putih, garam saderi dan lada hitam dalam periuk.
2. Renehkan atas api perlahan sehingga lima jam.
3. Kemudian masukkan sayur campur dan renehkan lagi sehingga sedia dihidangkan.
INFO CHEF: Hidangan ini mudah dan sesuai untuk hidangan kanak-kanak.
Saiz hidangan: 5 orang
Waktu memasak: 5 jam
Jenis masakan: Menu utama
Keistimewaan: Tidak pedas
Cara memasak: Reneh:
Anggaran kos: RM10.00
SLOW COOKER THAI PEANUT CHICKEN
BAHAN-BAHAN:
2 biji cili merah | cincang
4 keping isi ayam tanpa tulang
1/2 cawan sos teriyaki
1/4 cawan mentega kacang berkrim
2 sudu teh cuka
1 sudu teh kepingan lada merah |dihancurkan
2 ulas bawang putih |cincang
1/2 cawan hirisan bawang merah| cincang
1/4 cawan kacang tanah | cincang
1 batang lobak merah | potong baji
CARA MEMASAK:
Masukkan ayam dalam periuk, letakkan hirisan cili di atasnya. Tuangkan sos teriyaki, cuka, hirisan cili merah.Tutup periuk dan renehkan hingga daging ayam empuk.Kemudian masukkan mentega kacang dalam periuk, kacau hingga sebati, kemudian masukkan semula ayam dalam periuk dan masak lagi 10 minit.Tuangkan dalam mangkuk hidang taburkan dengan daun bawang dan kacang tanah yang telah dikisar kasar sebagai hiasan.Sedia dihidangkan.INFO CHEF: Hidangan ini sesuai dihidangkan dengan nasi.
Saiz hidangan: 4 orang
Waktu memasak: 5 jam
Jenis masakan: Menu utama
Keistimewaan: Pedas dan terasa lemak kacang
Cara memasak: Reneh
Anggaran kos: RM12.00
Kredit resipi : Chef Mahathir


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://rasanakmasak.blogspot.com/2020/07/hidangan-slow-cooker-enak-dan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Berjaya Terjemah Resipi Berusia 4000 Tahun Pensyarah Universiti Cambridge Masak Hidangan Mesopotamia Yang Sangat Enak

Berjaya Terjemah Resipi Berusia 4000 Tahun Pensyarah Universiti Cambridge Masak Hidangan Mesopotamia Yang Sangat Enak

papar berkaitan - pada 8/7/2020 - jumlah : 372 hits
Buat yang suka memasak pastinya sentiasa teruja untuk mencuba resipi baru Ada yang mengambil resipi melalui majalah atau buku masakan melayari internet dan ada juga yang belajar melalui video yang dibuat oleh mereka yang pandai memasak Kepu...
Resepi Sambal Tumbuk Petai Ikan Enak Di Makan Bersama Nasi Putih

Resepi Sambal Tumbuk Petai Ikan Enak Di Makan Bersama Nasi Putih

papar berkaitan - pada 13/7/2020 - jumlah : 471 hits
Resepi Sambal Tumbuk Petai Ikan Enak Di Makan Bersama Nasi PutihTak payah lauk lain lauk ni pun dah cukupBoleh lah tryBahan
Resepi Ikan Bakar Pari Bersambal Enak Dimakan Ketika Lunch

Resepi Ikan Bakar Pari Bersambal Enak Dimakan Ketika Lunch

papar berkaitan - pada 14/7/2020 - jumlah : 454 hits
RESEPI IKAN BAKAR PARI BERSAMBAL ENAK DIMAKAN KETIKA LUNCHBAHAN BAHAN DIPERLUKAN 3 keping ikan bawal 5 6 helai daun limau purut hiris halus untuk taburkan di atas ikan 1 2 cawan minyak bawang putih Minyak bawang putih disediakan dengan pana...
Sambal Jering Enak

Sambal Jering Enak

papar berkaitan - pada 8/7/2020 - jumlah : 1202 hits
Assalamualaikum Haritu ramai comment dalam IG Story tanya resepi Sambal Jering ni macam mana nak buat So harini I share la Sedih jugak mengenangkan tak boleh nak gigit Jering ni I mampu hisap hisap je sebab still tak boleh nak kunyah kunyah...
Kocak 7 Pria Sengaja Masuk Penjara Supaya Bisa Makan Enak

Kocak 7 Pria Sengaja Masuk Penjara Supaya Bisa Makan Enak

papar berkaitan - pada 5/7/2020 - jumlah : 383 hits
Sulitnya mencari uang membuat beberapa orang memilih melakukan hal hal yang tak masuk di akal agar bisa hidup enak Namun bagaimana bila anggapan hidup enak tersebut justru berada di dalam jeruji penjara Agak tak masuk akal bukan Kisah unik ...
Dibilang Ingin Hidup Enak Dan Dituduh Larang Pasha Ketemu Anaknya Adelia Ungkap Dm Negatif Warganet

Dibilang Ingin Hidup Enak Dan Dituduh Larang Pasha Ketemu Anaknya Adelia Ungkap Dm Negatif Warganet

papar berkaitan - pada 5/7/2020 - jumlah : 262 hits
Hampir 10 tahun memiliki rumah tangga yang bahagia ternyata masih ada orang yang nggak senang melihat keluarga baru Pasha
Jadi Kebiasaan Banyak Orang Mencuci Beras Di Wadah Rice Cooker Ternyata Berbahaya Efeknya Mengerikan

Jadi Kebiasaan Banyak Orang Mencuci Beras Di Wadah Rice Cooker Ternyata Berbahaya Efeknya Mengerikan

papar berkaitan - pada 2/7/2020 - jumlah : 291 hits
Sepertinya pada zaman sekarang hampir setiap rumah pasti punya rice cooker Bahkan yang tidak bisa memasak pun pasti mengandalkan rice cooker untuk sekedar memasak nasi Tapi sama seperti benda lainnya kalau tidak dibersihkan dan dirawat deng...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Airport Berpenunggu

Panduan Lengkap Untuk Reka Bentuk Kotak Pembungkusan Makanan Yang Menarik

10 Tips Pilih Pam Tayar Kereta Tekanan Angin Tayar Kereta Yang Sesuai

Catatan Hari Terakhir Trip Ke Kuching

Resepi Udang Khamped Padu Mudah Sedap Dan Confirm Licin Pinggan

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities