Hidangan Sardin Sambal Berkuah Sekali Lagi Untuk Berbuka


Nak masak apa entah berbuka nanti. Nak masak ayam, esok nak buat rendang pulak. Ikan pulak tinggal ikan cencaru je. Nak masak apa ye? Baru teringat ada stok sardin setin dalam kabinet. Tak fikir menu lain dah. Ada sardin semua boleh settle. Hujung-hujung Ramadhan ni semacam menebal sikit kurang rajin nak masuk dapur

Masak sardin ni kenalah ada bahan tumis barulah rasa dia lebih sedap. Tumis pun nak kena garing jugalah. Sebelum ni ada update menu sardin juga. Wak kata "Sardin ni pun nak kena pilih brand jugak, Ada yang sedap ada yang kureng". "Kena pilih brand elok then sedaplah rasa sardin tu. kalau brand yang cikai2 , sardin dan sosnya sekali tak begitu sedap."tambah Kak Pip. Setuju sangat dengan komen mereka


Ikan Sardin Vs Ikan MackerelIkan sardin ada banyak jenama. Nak sebutkan satu-satu rasanya macam banyak sangat kot kan. Tapi ikan sardin ada 2 jenis. Ikan sardin dan ikan mackerel. Pernah perasan tak label nama ikan pada tin sardin tu? Atau tak perasan lansung atau tak pernah tahu lansung? 
Mana nak perasan kalau tin sardin dan warna tin memang sama. Cuma label dan nama ikan je lah bezanya pun. Nak tahu beza mana satu ikan sardin, mana satu ikan mackerel silalah baca labelnya ye. Ada orang anggap semua sardin sama je dan jenis tak kisah ikan sardin ke mackerel je. Ada juga yang rasa ikan sardin is ikan sardin. So memang tak ambil port jenis ikan apa pun. 
Beza Ikan Sardin dan Ikan MackerelPada luaran tin, bezanya pada label nama ikan. Isi dalam dia, ikan sardin ikan dia bersaiz kecil dan agak banyak. Purata lebih kurang 4-5 ketul ikan sardin. Ikan Mackerel pulak saiz dia besar dan paling sikit pernah dapat pun 3 ketul. Tin ni merujuk kepada saiz tin sederhana tu. Bukan yang kecil sekali. Tak pernah beli yang saiz kecil tu. So tak tahu berapa isi dalam dia

Biasa beli saiz sederhana kira kuantiti yang sesuai lah untuk makan berdua dan lebihan tu akan masak untuk menu lain macam nasi goreng sardin, sambal sardin cicah roti, kuah cicah lempeng, kuah cicah roti puri,sandwich dan banyak lagi lah. Ada lebihan lauk sardin, macam-macam menu timbul dalam kepala otak ni

Selain sambal sardin berkuah ni, Kak Sunah cakap "masak asam pedas sardin". Macam menarik menu asam pedas sardin tu. Tak pernah cuba lagi. Tapi masak asam pedas pun Fiza failed camne nak buat tu? Kena belajar lah kan. Macam tak biasa pulak nak belajar masak pun! Okay baik, nanti boleh cuba masak asam pedas sardin

Resepi Sardin Sambal Berkuah 

Yang suka petai boleh masak sambal sardin petai. Menu ni pun belum pernah cuba gak tapi ada pernah terbaca resepi sambal sardin petai. Ada orang lebih suka buat sardin sendiri guna ikan sardin tu. Dah tentu cara buat sardin tu agak renyah dan leceh. Tapi orang kata lebih puas hati dan lebih yakin lah nak makan sardin yang di proses pembuatan tu sendiri. Kalau ada pressure cooker lagi senang kot cara nak buat dia.

Yang tak suka sardin pun ada. Mungkin sebab tak suka makanan dalam tin. Tapi ye lah kalau boleh jangan makan selalu makanan yang dipek dalam tin ni. Tak bagus untuk kesihatan. Kalau boleh elakkan atau jangan makan terus. Ending dia, Fiza sendiri confused nak cerita sardin ni sedap atau sardin ni tak elok dimakan. Mari renung-renungkan dan berfikir bersama. Okay bye!



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.azhafizah.com/2020/05/hidangan-sardin-sambal-berkuah.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Resipi Poket Doraemon Paling Mudah Cicah Dengan Sambal Sardin Terangkat

Resipi Poket Doraemon Paling Mudah Cicah Dengan Sambal Sardin Terangkat

papar berkaitan - pada 27/5/2020 - jumlah : 424 hits
Walaupun kita beraya dalam tempoh PKPB dan tidak dibenarkan untuk pulang ke kampung kita masih boleh menghargai waktu di rumah bersama anak anak Para isteri pula semakin bersemangat untuk mencuba pelbagai resipi baharu Terdahulu tular resip...
Juadah Berbuka Diagih Rai Penduduk Petugas Dun Ladang

Juadah Berbuka Diagih Rai Penduduk Petugas Dun Ladang

papar berkaitan - pada 16/5/2020 - jumlah : 284 hits
Sumbangan diagihkan secara menyeluruh KUALA TERENGGANU 16 Mei Sebanyak 70 bekas lauk diagihkan kepada penduduk di sekitar Deqan Undangan Negeri Ladang sebagai juadah berbuka puasa baru baru ini Pegawai Khas Ahli Dewan Undangan Negeri Lada
Pusat Khidmat Dun Batu Buruk Agih 4500 Lauk Berbuka

Pusat Khidmat Dun Batu Buruk Agih 4500 Lauk Berbuka

papar berkaitan - pada 16/5/2020 - jumlah : 314 hits
Khalil menyampaikan sumbangan pek lauk kepada MPKK untuk diagihkan Oleh Akid HafrizKUALA TERENGGANU 16 Mei Sebanyak 4500 pek lauk berbuka puasa diagihkan Pusat Khidmat Masyarakat Ahli Dewan Undangan Negeri Batu Buruk kepada masyarakat setem...
Duka Waktu Berbuka Kanak Kanak 4 Tahun Maut Jatuh Dari Tingkat 12 Ketika Ibu Turun Ambil Juadah

Duka Waktu Berbuka Kanak Kanak 4 Tahun Maut Jatuh Dari Tingkat 12 Ketika Ibu Turun Ambil Juadah

papar berkaitan - pada 16/5/2020 - jumlah : 481 hits
Gambar HiasanKUALA LUMPUR 15 Mei Seorang kanak kanak perempuan berusia empat tahun maut selepas terjatuh dari tingkat 12 sebuah kondominium di Ampang di sini semalam Ketua Polis Daerah Ampang Jaya ACP Noor Azmi Yusoff berkata pihaknya mener...
Berbuka Puasa Dengan Domino Pizza

Berbuka Puasa Dengan Domino Pizza

papar berkaitan - pada 15/5/2020 - jumlah : 374 hits
Berbuka Puasa Dengan Domino Pizza Ramadhan bakal berakhir Apakah yang kita dapat ketika ramadhan tahun ini Apakah amalan kita diterima Allah Usah bimbang ya kekawan kerana Allah tidaklah zalim Allah akan sentiasa mengampuni hambanya Amalkan...
Apa Yang Menarik Juadah Berbuka Puasa Di Ikea Sepanjang Bulan Ramadhan Ini Sehingga 23 Mei 2020

Apa Yang Menarik Juadah Berbuka Puasa Di Ikea Sepanjang Bulan Ramadhan Ini Sehingga 23 Mei 2020

papar berkaitan - pada 14/5/2020 - jumlah : 837 hits
Assalamualaikum dan salam sejahtera Berbuka puasa dengan IKEA pada bulan Ramadan ini Menu baru merangkumi rasa kegemaran Malaysia yang menenangkan Sudah tiba masanya untuk korang menikmati makanan kegemaran tempatan sambil memuaskan keingin...
21 Ramadhan Menu Berbuka

21 Ramadhan Menu Berbuka

papar berkaitan - pada 15/5/2020 - jumlah : 315 hits
Assalamualaikum dan Selamat Sejahtera Harini mak masak tomyam lamanya KK tak makan tomyam macam tahu tahu saja KK pun teringin nak makanSelain dari itu ada ikan goreng dan sayur petola goreng dengan tauge yang ini lauk ayah tak makan tomyam...
Jus Nenas Soda Terangkat Segarnya Lepas Berbuka Rasa Tip Top

Jus Nenas Soda Terangkat Segarnya Lepas Berbuka Rasa Tip Top

papar berkaitan - pada 17/5/2020 - jumlah : 361 hits
Bukan air bandung soda sahaja yang mampu memberi kepuasan ketika berbuka Jus nenas dengan soda ini juga antara resipi minuman yang unik tapi super sedap untuk dicuba ketika berbuka nanti Resipi air sedap lagi terangkat yang dikongsikan oleh...
20 Resepi Ikan Untuk Juadah Berbuka Puasa

20 Resepi Ikan Untuk Juadah Berbuka Puasa

papar berkaitan - pada 14/5/2020 - jumlah : 533 hits
20 Resepi Ikan Untuk Juadah Berbuka Puasa Assalamualaikum dan Selamat Petang Salam 21 Ramadhan tinggal 9 hari lagi akan menyambut bulan Syawal Mesti anda tak tahu nak masak apa untuk This is a content summary only Visit my website for full ...
Standby Guys Pengurangan Subsidi Petrol Bakal Bermula

Imf Menyokong Prakiraan Pertumbuhan Kdnk Malaysia Pada 2024 Kepada 4 4

Reforms Not A Panacea For Weak Ringgit Says Economist

Will The Middle East Conflict Derail Our Economy

Afidavit Zahid Mungkin Jejas Hubungan Dengan Anwar

Filem Sheriff

Sustainable Weekend Villa By Kanopea Architecture Studio And T3 Architects In Vietnam

Senarai Wakil Piala Thomas Uber Cup Finals 2024 Chengdu



Info Sinopsis Kutipan Sheriff Narko Integriti Filem Malaysia 2024

Info Dan Sinopsis Dough Doh Filem Malaysia 2023 Lakonan Syafiq Kyle Kini Di Netflix

Info Dan Sinopsis The Djinn s Curse Khong Khaek Filem Seram Thailand 2023 Kini Di Netflix Malaysia

10 Filem Seram Thailand Berhantu Terbaru Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Drama Thailand Thai Drama Terbaru Best Juga Tersedia Online


Bantuan Kemanusiaan

Pemberian Sempena Perayaan Songkran 2024

Tanding Pakaian Janda Kerja Gila 1 Mei Tuntut Naik Gaji

Musim Panas Ini 10 Petua Hilangkan Sakit Tekak Yang Korang Boleh Cuba

Tremendous Diary 4 17

Cari Makan Lepas Berbuka