Hidangan Nyonya Pada Harga Berpatutan Di Hotel Santa Grand Signature
Hai pembaca kesayangan,
Baru-baru ini Misz-ella berpeluang ke Hotel Santa Grand Signature yang bertempat di Jalan Ampang, Kuala Lumpur untuk menikmati makanan citarasa Peranakan. Hotel baru, suasana baru, makanan pun dah semestinya baru. Teruja!
Hotel Santa Grand Signature baru dibuka pada penghujung tahun 2022. Sebaik melangkah masuk ke ruang lobi, "cantiknya hotel ni"... Suasana di lobi sangat menenangkan hati dengan pencahayaan yang terang, lobi yang selesa dan dekorasi moden dengan sentuhan hiasan ala-ala etnik peranakan .. MENARIK!
Di lantai 3 hotel, terdapat Kapitan Kafe yang menawarkan 'all day dining' buat pengunjung-pengunjung menjamu selera. Istimewanya di sini ialah pengunjung bakal menikmati hidangan Peranakan Baba Nyonya. Baru-baru ini Hotel Santa Grand Signature telah memperkenalkan promosi 'Authenthic Nyonya Noodles Hut' di mana pengunjung boleh menikmati hidangan Peranakan Baba Nyonya pada harga RM15.00 sahaja semangkuk.
OK .. mari kita lihat apa kah yang istimewanya di sini ..
Nyonya Laksa
Walaupun namanya Nyonya Laksa tetapi ia menggunakan mee kuning yang dimakan bersama kuah lemak yang sangat sedap. Lepas tu dilengkapi dengan bahan-bahan iringan seperti terung. kacang panjang, tahu kering, fish ball dan udang. Kuah lemak tu punya rasa yang sangat sedap kerana dibuat dari bahan-bahan terpilih seperti buah keras, kunyit hidup, lengkuas, udang kering, bawang merah, bawang putih dan halia. Dimasak bersama santan pekat dan bersesuaian dengan nama laksa, ia nya ada bunga kantan dan daun kesom. Kali pertama cuba Nyonya Laksa, terus jatuh cinta. Recommended lah
Nyonya Curry Mee
Nyonya Curry Mee ni pun sedap malah sangat istimewa kerana ramuan kuahnya bukan serbuk kari sahaja malah ada juga daun limau purut, lengkuas, serai dan bahan-bahan lain. Special, kan.
Nyonya Assam Laksa
Asam Laksa bukanlah asing dikalangan kita, kan malah rasa asam laksa dah boleh kita jangka. Bila makan laksa, saya lebih suka meratah bahan-bahan iringan seperti nenas, timun, bawang, daun salad yang telah dihiris berbanding makan laksa itu sendiri. Kalau dua hidangan di atas sudah secukup rasa, untuk Nyonya Assam Laksa ni, saya sarankan kita perah limau kasturi untuk sesiapa yang suka lebih masam.
Promosi "Authenthic Nyonya Noodles Hut' ini berlangsung dari hb Ogos 2023 sehingga 31 Disember 2023. Setiap hidangan berharga RM15.00 sahaja dengan tambahan RM6.00 sahaja untuk segelas Teh Tarik atau Ice Lemon Tea. Selain dari di Kapitan Kafe, hidangan-hidangan ini turut boleh didapati di Sky Lounge dan juga Kopi Bar.
Jangan tunggu lagi. Jom kita beramai-ramai ke Hotel Santa Grand Signature untuk nikmati hidangan Peranakan Nyonya ini bersama-sama, dah tak perlu travel jauh-jauh hingga ke Melaka, kan. Sambil makan, sambil jamu pandangan mata dengan kehijauan hutan simpan Bukit Nenas ni. Cantik, kan.
Untuk sebarang maklumat lanjut sila hubungi 03-20271969 atau layari www.santagrandhotels.com.my Jangan lupa ikuti Instagram mereka di https://www.instagram.com/sgsklcc/
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://misz-ella.blogspot.com/2023/08/hidangan-nyonya-pada-harga-berpatutan.html