Hidangan Meraikan Kasih Sayang Dari Anggun Fusion Kompleks Mitec Kuala Lumpur
Salam sejahtera kepada semua pembaca setia blog makan Mahamahu dan juga rakan-rakan sekalian. Kalau korang masih ingat lagi dulu Maha pernah review satu hidangan yang sangat unik iaitu Nasi Lemak Rendang Ayam Peanut Butter. Itu adalah menu yang fusion pernah mereka perkenalkan tak silap Maha 5 tahun dahulu. Kini masih lagi membawa kepada menu yang fusion dan enovasi seperti ini tapi di tempat lain nama masih sama
Itu lah dia Anggun Fusion yang kini berada di lokasi baru mereka iaitu terletak di South Entrance MITEC. Konsep lebih segar dan lebih menarik bagi Maha kerana dapat datang makan kat sini. Masa tu Maha ada event kat MITEC sebab lokasi ini selalu buat expo dan cafe ini terletak di aras 1 . Kalau korang masuk pintu utama MITEC dah boleh nampak cafe ini
Sekarang ini pula mereka tengah buat promosi makanan untuk dua orang. Makanan ini adalah untuk pasangan suami isteri yang baru berumah tangga nak makan bersama. Juga untuk meraikan teman istimewa juga boleh apa salah. Sebab dalam set kali ini sangat menarik satu harga dapat makan dan minum untuk dua orang.
Set promosi ini ada dua hidangan utama yang korang boleh pilih iaitu nak makan Parmigiana Chicken atau juga Beef Fried Rice. Kalau Parmigiana ini adalah daging ayam yang disalut dengan serbuk khas untuk memberi kesan rangup serta ada sos istimewa di atasnya juga dilapisi dengan cheese. Tengok sahaja seperti warna kemasan dan sangat menarik untuk dinikmati. Rasa makanan kat sini sangat lengkap dan juga mempenuhi citarasa tempatan kita orang Melayu dan selera antarabangsa.
Parmigiana Chicken
Beef Fried Rice
Redcino
Citrus Mint Berry
Sepecial lain dalam set ini juga adalah mereka ada sediakan minuman yang unik iaitu Redcino atau juga boleh pilih yang sejuk iaitu Citrus Mint Berry. Kalau nak dua-dua minuman ini sekali pun boleh juga tak ada masalah. Ada juga sepasang hidangan pencuci mulut juga dalam set ini iaitu Sago Gula Melaka. Semua set untuk dua orang ini korang boleh dapat dengan harga RM49.00 sahaja tau sangat berbaloi. Kena cepat kerana sset promosi ini untuk masa terhad sahaja iaitu 13, 14 dan 15 Feb 2019 tau lepas tu dah habis
Paling best kalau korang makan dengan set untuk dua orang ini bukan sahaja dapat makan tapi juga boleh dapat bawa pulang satu kotak tea box exclusive mereka iaitu antara Honey Lemon Milk Tea atau Milk Tea. Terus terang Milk Tea mereka tu Maha dah rasa dan memang sangat sedap cukup rasa teh susu dan manisnya. Satu kotak tu ada mengandungi 12 sachet jadi boleh minum untuk setiap pagi sangat sesuai
Burger Rendang Peanut Butter Beef/Chicken
Asam Pedas Lamb Grill Spaghetti
Walaupun korang tengok cafe ini terletak kat dalam METIC satu dewan pameran yang besar dan exclusive sebenarnya kat cafe ini mereka ada sediakan khidmat untuk buat pelbagai aktiviti. Kalau korang rasa nak buat acara perjumpaan, sambutan hari jadi, reunion atau macam-macam lagi di sini mereka boleh ubah menjadi seperti mana yang korang mahukan. Dari segi makan dan minum tak perlu risau memang disediakan sekali. Juga sejak dari dulu lagi mereka masih ada khidmat Exclusive Catering untuk majlis luar yang kurang daripada 200 orang.
Juga sekarang ni Anggun Fusion dengan konsep Grab & Go Mini Cafe ada stall membuat kopi dengan barista kopi yang profesional. Korang boleh tengok sendiri hasil kopi yang dihasilkan kerana untuk menjadikan seni minuman kopi macam ni sangat memerlukan kemahiran yang tinggi. Maha ni bukan pecinta kopi tegar tapi korang boleh rasa kopi mereka adalah yang premium dengan rasa yang sejati. Jadi pecinta kopi tegar kat luar sana kena datang cuba special minuman kopi yang ada di sini.
Kalau rasa korang tak dapat datang makan kat cafe ini jangan risau kerana mereka juga di sini ada menyediakan khidmat penghantaran makanan untuk sekitar pejabat di Hartamas, Mont Kiara, Jalan Duta dan juga Segambut. Kalau rasa nak meraikan insan istimewa ini di rumah atau di lokasi special tapi dapat makanan yang enak boleh order mereka akan hantarkan terus kepada anda melalui Grad Food juga.
Anggun Chef Signature Gravies
Sekarang ni mereka telah melangkah ke satu tahap lagi apabila menghasilkan produk sos ready-to-eat. Ada banyak rupanya lebih kurang 9 jenis sos yang menarik untuk korang buat sebagai bahan masakan atau juga boleh dimakan terus. Sembilan jenis sos tersebut adalah :-
Asam PedasRendang Peanut Butter Seafood SauceSour & SpicyVegetarian Green CurryBeef RendangSatay Sauce Sambal DipChilli Crab
Semua sos ini boleh didapati sendiri dijual di Anggun Fusion cafe ini atau boleh beli secara dalam talian di halalfoodmaster.com terus hantar kat korang. Maha dah dapatkan sos yang special ini dan nanti Maha akan buat satu resipi khas menggunakan produk ni. Kalau korang nak tahu kena tunggu next post Maha ok. Jadi korang kena dapatkan juga semua produk keluaran mereka ini memang original dan ianya Halal
Tempahan dan juga pertanyaan boleh layari :Laman web : www.anggunfusion.comTel : 019-3120689 012-2824710Facebook : https://www.facebook.com/anggunfusionrteInstagram : https://www.instagram.com/anggun_chef
Alamat : Anggun Fusion South Entrance MITEC, No 8, Jalan Dutamas 2, Kompleks Kerajaan Kuala Lumpur
Ranking Mahamahu :-Kebersihan : 4/5Kesedapan : 4.5/5Harga : 4/5
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.mahamahu.com/2019/02/hidangan-meraikan-kasih-sayang-dari-anggun-fusion-metic.html