Hidangan Menambat Hati Dari Seoul Mi Sedaap Menyajikan Keenakan Dan Kepedasan Rasanya
Pencinta mi, siap sedia! Mi Sedaap ingin membawa keriangan Korea kepada peminatnya! Korean Spicy Chicken Ramen kini kembali lebih mengancam dan menyelerakan! Dengan wajah baharu, korang pasti akan jatuh cinta pada pandangan pertama. Diadun dengan bahan-bahan premium serta kelazatan rasa autentik Korea. Bukan itu saja, Mi Sedaap kini sedang hangat dengan iklan TV komersil yang dinamik pastinya memikat mata yang memandang dan membuka selera untuk mencubanya

Bukan sekadar berwajah baharu, malah kualitinya juga turut dipertingkatkan. Pek baharu Mi Sedaap adalah bukti komitmennya terhadap inovasi dan kecemerlangan, manakala mi itu sendiri dicipta untuk kesempurnaan. Ia diperbuat daripada tepung gandum premium dari Australia dan Kanada bagi menghasilkan tekstur yang lebih tebal dan kenyal untuk menyerap kepedasan sos pekat dengan sempurna. Gabungan cili segar dan rempah-ratus yang berkualiti tinggi, menghasilkan rasa mi yang asli yang mantap di samping memberi pilihan kepada rakyat Malaysia untuk memilih tahap kepedasan yang mereka gemari
Samada korang sukakan rasa pedas-pedas manja atau pedas ‘giler’ (yang sangat kuat), Mi Sedaap Korean Spicy Chicken Ramen menjanjikan kelazatan dan kepuasan dalam setiap suapan
Wajah Baharu yang Segar
Untuk lebih menghangatkan suasana, Ahn Hyo Seop aktor tampan yang juga merupakan bintang terkenal K-Drama, serta menjadi pujaan di serata dunia tampil sebagai duta rasmi Mi Sedaap! Mempunyai daya tarikannya yang mempersona, beliau kelihatan begitu menikmati keenakan rasa pedas Mi Sedaap Korean Spicy Chicken Ramen di dalam iklan TV terbaharunya.
Di dalam iklan tersebut, Ahn Hyo Seop kelihatan begitu berselera dalam setiap suapannya, dan nampak sangat teruja ketika beliau menyatakan: mi ni ‘betul-betul rasa Korea!’. Bersedialah untuk bersama-sama Ahn Hyo Seop merasai pengalaman sebenar menikmati keaslian rasa Korea yang menambat hati
1 Juta Mi Cawan Percuma: Janji Hebat untuk 1 Malaysia!
Rasa yang memikat mempunyai kuasa untuk menyatukan ramai orang mencipta detik bermakna, serta dapat menjalinkan ikatan yang mesra. Dan inilah sebenarnya misi Mi Sedaap: berkongsi keenakan rasa autentik Korea ke seluruh pelusuk Malaysia
Bagi meraikan pelancaran ini, Mi Sedaap berhasrat untuk mengagihkan 1 Juta Mi Cawan Percuma, untuk memastikan rakyat bertuah Malaysia dapat merasai kelazatan Mi Sedaap, yang tak mudah untuk dilupakan. Samada korang pencinta K-Drama, peminat setia makanan Korea, ataupun seseorang yang menghargai semangkuk mi yang sedap, inilah peluang keemasan untuk korang menikmati rasanya yang berbeza
Dan kini Mi Sedaap kini boleh dinikmati di jalanan! Terdapat trak dan mesin layan diri yang akan menyediakan mi cawan percuma untuk memudahkan sesiapa yang ingin merasainya. Bermula dengan 10 mesin layan diri di Lembah Kelang, terdapat juga rancangan untuk menambah 20 buah lagi lokasi sehingga hujung tahun. Baik di universiti, mahupun di pejabat, citarasa Korea kini semakin dekat dengan korang
Tawaran Istimewa untuk Peminat
Mulai sekarang, pembeli boleh mendapatkan pek promosi eksklusif 5+1 di kedai-kedai yang mengambil bahagian di seluruh negara. Kumpulkan stok sekarang tanpa perlu mengeringkan poket korang
Acara ini bermula dengan pelancaran gilang-gemilang selama enam hari di Sunway Pyramid (LG, Orange Concourse) dari 11 Februari hingga 16 Februari. Bersedialah untuk menyertai permainan berinteraktif, merebut hadiah eksklusif, dan turut serta dalam cabaran mencuba tahap kepedasan bagi menentukan samada korang sukakan pedas atau gemarkan kepedasan yang sederhana sahaja
Paling istimewa, pelancaran ini bagaikan sambutan meraikan perpaduan, kelazatan rasa, dan kepercayaan bahawa detik bermakna perlu dikongsi bersama. Nantikan berita terkini, acara dan kejutan yang manis dengan mengikuti Mi Sedaap di laman Facebook, Instagram dan TikTok
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.mahamahu.com/2025/02/hidangan-menambat-hati-dari-seoul-mi.html