Hiburan Uyaina Arshad Dan Raja Syahiran Selamat Bergelar Suami Isteri
Pengacara dan pelakon, Uyaina Arshad telah selamat bergelar isteri kepada penyanyi Raja Syahiran pada jam 9.03 pagi hari ini bertempat di Colony Star Boulevard, Kuala Lumpur.
4 minggu laluDulu Mengidam Kahwin Atas Kapal, Uyaina Arshad Dan Raja Syahiran Kini Mahu Majlis Ringkas Dan IntimAdvertisementPasangan merpati dua sejoli ini telah dinikahkan oleh abang kandung Uyaina, Mohd Attaful Uzair Arshad sambil disaksikan Pendaftar Pernikahan, Penceraian dan Rujuk Orang Islam Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan, Mohd Abd Nasir Abdullah berserta dua orang saksi.
View this post on InstagramA post shared by Astro Gempak (@astrogempak)
Uyaina yang ditemui media selepas majlis pernikahan tampil mengucapkan rasa syukur ke hadrat Ilahi berikutan urusan akad nikah yang berjalan dengan lancar.
AdvertisementAlhamdulillah majlis pernikahan kami berjalan dengan lancar pagi ini. Kami dah lama rancang pernikahan namun banyak pertukaran dari segi perancangan majlis.
View this post on InstagramA post shared by Astro Gempak (@astrogempak)
Ia berikutan SOP yang cepat berubah dan terkini. Selain itu kejadian banjir terburuk yang berlaku pada dua hari sebelum nikah turut memberi cabaran kepada kami.
Dalam pada itu, Raja Syahiran dimaklumkan telah menyerahkan mas kahwin berupa sebentuk cincin dan gelang tangan emas buat isterinya itu.
Manakala tiada pertukaran dulang hantaran antara kedua belah pihak kerana mereka memilih untuk merahsiakan jumlah wang hantaran.
View this post on InstagramA post shared by Syahiran (@rajasyahiranmy)
Uyaina dalam pada itu memaklumkan bahawa dia dan Syahiran telah memilih negara Eropah sebagai lokasi bulan madu namun terpaksa menangguhkan hasrat tersebut berikutan kemunculan varian baharu COVID-19.
“Jadi buat masa ini, kami bercadang untuk melawat keluarga dan saudara mara yang tidak dapat menghadiri majlis pernikahan untuk memperkenalkan satu sama lain dengan keluarga besar masing-masing.” jelas pelakon drama Love Elsa ini lagi.
Sekadar info, pasangan selebriti ini dikatakan mula menjalinkan hubungan persahabatan pada awal tahun 2019 menerusi sebuah program terbitan Astro.
Uyaina kemudian menerima rombongan merisik daripada keluarga Syahiran pada Julai 2019.
The post (TAHNIAH) Uyaina Arshad Dan Raja Syahiran Selamat Bergelar Suami Isteri first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://superterkini.blogspot.com/2021/12/hiburan-tahniah-uyaina-arshad-dan-raja.html