Hiburan Top 5 Filem Terbaik Ahmad Idham Beri Mesej Baik Buat Penonton


Bila sebut sahaja nama Ahmad Idham pasti semua orang kenal. Boleh kata ‘otai’ dalam industri perfileman negara. Mempunyai pengalaman puluhan tahun sebagai pelakon, pengarah serta produser filem, memang tiada bantahan apabila beliau dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS) dan ramai mengharapkan beliau dapat membawa perubahan baik, lebih bermutu untuk industri perfileman tanah air.

Namun, sejak beberapa hari ini namanya agak hangat diperkatakan di media sosial apabila Ahmad Idham menggesa pihak kerajaan supaya menapis isi kandungan yang dihasilkan oleh laman penstriman popular di dunia dan juga Malaysia iaitu Netflix. Menurutnya, ramai ibu bapa yang bimbang sekiranya kandungan yang tidak bertapis, berunsur lucah boleh merosakkan akhlak golongan muda.

Seperti yang dijangka, ramai pengguna Netflix tidak bersetuju dengan cadangan tersebut. Kenapa pula hendak menyibuk mengawal apa yang boleh ditonton? Agak tidak relevan juga apabila cadangan dan kenyataan sebegitu dinyatakan oleh seorang yang sering menerbitkan filem kontroversi berkualiti rendah, terutama sekali mengenai budaya rempit dan bohsia.
Mari kita sama-sama lihat antara filem “popular” karya Ahmad Idham. Kita nilai dulu, okay ataupun sebaliknya.

Remp-IT
Confirm ramai yang masih ingat dengan filem Remp- It yang ditayangkan pada tahun 2006. Memfokuskan kepada aktiviti lumba haram atau lebih dikenali sebagai Mat Rempit.
Ahmad Idham berjaya menggemparkan Malaysia dengan beberapa adegan yang tidak senonoh sehingga ramai yang tidak tahu apakah mesej sebenar disebalik filem tersebut.

Apa yang mereka paling ingat ialah babak asmara antara pelakon Aqasha dan Julia Hana dalam filem tersebut. Ketar lutut dibuatnya. Tapi tidak mengapa, katanya hanya ‘camera trick’ sahaja, apa yang penting filem yang diterbitkan penuh pengajaran buat masyarakat. Sekejap ya, penulis cuba nak ingat balik apa mesej yang berfaedah untuk penonton. Hmmm…
Adnan Sempit
Entah kenapa pula Ahmad Idham cukup berminat dengan isu rempit. Meskipun menerima banyak kritikan, beliau masih gigih menghasilkan filem dengan genre yang sama. Kali ini, sebagai pengarah filem Adnan Sempit pula.
Ianya berkisarkan Adnan lakonan Shaheizy Sam iaitu seorang Mat Rempit, bekerja sebagai dispatch yang mengejar cinta Nadia lakonan Intan Ladyana yang merupakan ‘lady boss’ di sebuah syarikat besar. Kemudian kedua – dua watak utama ini menyamar untuk menjadi pasangan kekasih dimana Nadia menyelami dunia rempit dan Adnan pula sebaliknya.

Macam biasalah, kisah cinta selepas itu ada babak klise seperti lumba haram dan Minah Rempit. Korang boleh agak dah filem ini macam mana kan?
Minah Moto
Filem ini paling kontroversi sekali. Meskipun pada ketika itu ia belum lagi ditayangkan di pawagam, rata-rata netizen dah mula boikot hanya berdasarkan poster yang dihasilkan.

Mereka bengang dengan hasil karya Ahmad Idham yang dirasakan sebagai sampah dan mengangkat golongan Minah Rempit. Adakah sudah kekeringan idea sehingga harus menghasilkan filem yang hanya memberikan pengaruh buruk? Seakan mempromosikan lagi budaya rempit.
Hantu Wangan
Kali ini Ahmad Idham cuba untuk memberikan pembaharuan dengan menggabungkan pelumba jalanan haram (kereta) dengan elemen seram.
Malangnya, beliau sekali gagal kerana masih terikat dalam formula lapuk dan acuan lama. Bergenre komedi seram, babak dalam Hantu Wangan ada kalanya tidak masuk akal langsung.

Plot masih sama dan pilihan pelakon juga mungkin tidak bersesuaian. Karakter watak utama iaitu KK lakonan Achey tidak begitu menyakinkan, dicipta hanya untuk dijadikan bahan cerita sahaja.
Pencuri Hati Mr. Cinderella
Tutup cerita mengenai Mat Rempit, Ahmad Idham cuba lagi untuk memikat hati penonton dengan filem romantik pula.
Pencuri Hati Mr. Cinderella merupakan kisah seorang duda iaitu Salman lakonan Ahmad Idham yang baru menjejakkan kaki ke Malaysia dari Perth Australia setelah tiga tahun menghilangkan diri selepas melalui episod perceraian. Kembali atas urusan perniagaan, Salman jatuh cinta pula dengan seorang pegawai perhubungan tetamu (GRO) yang dilakonkan oleh Atikah Suhaime.
Menurut Ahmad Idham, antara faktor dia memilih GRO untuk dijadikan topik di dalam filem ini kerana sesetengah masyarakat melihat GRO sebagai pelacur. Jadi, beliau cuba untuk ubah perkara itu.

Namun, masih gagal, itulah perkataan paling tepat. Kesilapan pertama yang beliau lakukan adalah pada tajuknya sendiri, tidak dinafikan memang mana-mana filem tentang kisah cinta tengah laku pada masa ini, tetapi biarlah tajuknya juga sesuai. Bukanlah seperti tajuk drama sahaja.
Hero tua, heroin pula muda. Memang agak syok sendiri dan gandingan yang sangat tidak kena. Bukan itu sahaja, poster filem juga agak ‘old skool’, ala-ala filem 90an. Poster juga memainkan peranan penting untuk menarik minat orang ramai. Apa salahnya untuk cuba hasilkan rekaan yang lebih menarik. Atau buat sendiri ke tu?
Oleh kerana semua kegagalan di atas, filem romantik ini hanya berjaya mendapat kutipan sebanyak RM100,000 sahaja.
KesimpulanPada pendapat kami, sepatutnya Ahmad Idham cuba dahulu untuk  mencari jalan terbaik untuk memperkasakan kandungan tempatan supaya ia memberi impak positif pada masyarakat dan negara sebelum terus ke cadangan tapisan kandungan untuk Netflix.
Tetapan ‘Parental Controls’ Di Netflix
Untuk yang berkenaan, tidak perlu susah-susahkan diri kerana platform Netflix memberi pilihan kepada ibu bapa untuk menyelia kandungan apa yang boleh ditonton oleh anak-anak mereka menerusi tetapan ‘parental controls’. Mudah sahaja langkahnya.
Apa pula pendapat anda tentang isu ini?

sumber: beautifulnara.com #superpantas

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.superpantas.com/2019/11/hiburan-top-5-filem-terbaik-ahmad-idham.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Filem Dia Pun Kualiti Rendah Ahmad Idham Dikecam Bila Gesa Kerajaan Tapis Netflix

Filem Dia Pun Kualiti Rendah Ahmad Idham Dikecam Bila Gesa Kerajaan Tapis Netflix

papar berkaitan - pada 18/11/2019 - jumlah : 531 hits
Kelmarin heboh apabila keluar cerita yang Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia telah meminta supaya segala kandungan yang ditayangkan menerusi platform Netflix ditapis dahulu sebelum ditayangkan kepada penonton di Malaysia Ketua Pega...
Finas Teruk Sharifah Amani Mahu Ambil Alih Posisi Ahmad Idham

Finas Teruk Sharifah Amani Mahu Ambil Alih Posisi Ahmad Idham

papar berkaitan - pada 23/11/2019 - jumlah : 312 hits
Pelakon Sharifah Amani mahu mengambil alih kedudukan Ahmad Idham jika diberi peluang menerajui Finas Foto ihsan Instagram Sharifah AmaniKUALA LUMPUR 23 Nov Kebelakangan ini tindak tanduk Perbadanan Kemajuan Filem Nasional sering menjadi bah
Raffi Ahmad Kamu Yang Terbaik Chord

Raffi Ahmad Kamu Yang Terbaik Chord

papar berkaitan - pada 21/11/2019 - jumlah : 540 hits
F G Em AmDm C Bb G C Embila ada satu buku Fyang memuat semua Em Dmperjalanan kitaF G Empasti banyak tertulis Am Dmsalah dan dosaku Gselama denganmu C Embukan berarti ku diam Fku tahu dirimuEm Dmsering terlukaF G Emku janji tak terulang Am D...
Hiburan Baik Dengan Keluarga Ally Iskandar Farah Lee Dah Anggap Bekas Suami Seperti Abang Sendiri

Hiburan Baik Dengan Keluarga Ally Iskandar Farah Lee Dah Anggap Bekas Suami Seperti Abang Sendiri

papar berkaitan - pada 19/11/2019 - jumlah : 412 hits
Bukan mudah untuk tetap berbaik dengan keluarga mertua apabila sudah bercerai dengan pasangan Kadang kadang punca perpisahan itu disebabkan oleh keluarga mertua sendiri Atau pun rata rata lebih selesa mengelak daripada terus berhubungan den...
Sharifah Amani Mempertikaikan Saranan Ahmad Idham Untuk Sekat Kandungan Netflix

Sharifah Amani Mempertikaikan Saranan Ahmad Idham Untuk Sekat Kandungan Netflix

papar berkaitan - pada 23/11/2019 - jumlah : 305 hits
Kontroversi Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Ahmad Idham yang mahu kerajaan mengawal selia kandungan digital Netflix telah menimbulkan pelbagai respon dari pelbagai pihak termasuklah pelakon dan pengarah Sharifah A...
Ahmad Idham Perjelas Isu Netflix

Ahmad Idham Perjelas Isu Netflix

papar berkaitan - pada 18/11/2019 - jumlah : 410 hits
Ahmad Idham perjelas isu Netflix Dikemas kini 1 jam yang lalu Diterbitkan pada 17 Nov 2019 10 15PM
Sentiasa Berada Dalam Penampilan Terbaik Dengan Top Liquid Odour Buster

Sentiasa Berada Dalam Penampilan Terbaik Dengan Top Liquid Odour Buster

papar berkaitan - pada 19/11/2019 - jumlah : 321 hits
Penyelesaian Bau Busuk Anti Peluh yang Pertama di Malaysia untuk Gaya Hidup AktifMr Tatsuya Horiuchi Managing Director Southern Lion Sdn Bhd TOP team and participants of Spartan 2019 took the challenge to test their endurance Jika anda anta...
Hiburan Aku Ada Untuk Kau Sama Masalah Peribadi Ammar Alfian Beri Sokongan Kepada Sharnaaz Ahmad

Hiburan Aku Ada Untuk Kau Sama Masalah Peribadi Ammar Alfian Beri Sokongan Kepada Sharnaaz Ahmad

papar berkaitan - pada 20/11/2019 - jumlah : 378 hits
Sepanjang tahun 2019 ini banyak betul kisah mengenai pergolakan rumah tangga artis tempatan Walaupun semasa awal perkahwinan mereka nampak bahagia tapi siapa sangka hubungan itu pincang pada akhirnya Antara kes penceraian yang sedang panas ...
Fungi Wechat Yang Ramai Tak Tahu

Ziana Zain Duta Rasmi Csa Academy

Asan Lembu The Movie

Di Masjid Muhammadiyah Nurul Yakin Paus Quran Dan Sains By Dr Hm Raki

Hospital Kuala Pilah

Ramadan Bazaars 2024 Exploring The Culinary Delights Of Selangor S Ramadan Bazaars

Saya Dan Rafizi Tiada Isu Peribadi Kata Puad

Hallway Wall Art Mockup For A Sophisticated Look



Koleksi 15 Lagu Hari Raya Terbaru Yang Meriahkan Aidilfitri 2024 Bakal Evergreen Bak Lagu Lama

6 Pantang Larang Penting Kalau Nak Selamat di Sekolah Asrama

Info Dan Sinopsis Filem 19 Puasa Playboys Of Plastik Hitam Astro First

Casimir Zeglen Paderi Yang Mencipta Jaket Kalis Peluru

Biodata Mohammad Rifdean Masdor Atlet Muay Thai Malaysia Yang Gegarkan One Championship Seangkatan Johan Ghazali Jojo


Menu Sahur

Terkejut Jumpa Segenggam Paku Dalam Lemang

Pemain Newcastle Tonali Dituduh Melanggar Peraturan Pertaruhan Bahasa Inggeris

Akmal Sokong Mb Johor Tularkan Isu Kesesakan Tambak Johor

Tanding Solo Pilihan Akhir Jika Umno Mahu Kembali Tadbir Sabah Kata Penganalisis

Netizen Sebak Tengok Anak Lap Air Mata Bella Astillah Ayden Macam Dah Biasa Mesti Mak Dia Selalu Nangis