Hiburan Tips Tips Awesome Untuk Smartphone Sempurna Oppo Reno Series
Tidak salah untuk dikatakan bahawa hampir setiap rakyat Malaysia memiliki sekurang-kurangnya sebuah smartphone. Namun begitu, tidak kesemuanya tahu cara penggunaan smartphone yang optimum untuk user experience yang terbaik. Smartphone di pasaran sekarang bukan sekadar untuk balas mesej Whatsapp, tulis status di Facebook, pasang alarm untuk bangun pagi atau menjawab panggilan telefon.
Ha, hari ini, Abang Nara nak kongsikan beberapa tips yang “special” untuk Oppo Reno 10x sahaja. Sekiranya anda pengguna Oppo Reno 10x, sila applikasikan tips-tips ini untuk menjadikan smartphone anda lebih awesome, bijak dan moden. Untuk makluman, Oppo Reno 10x dijana dengan sistem pengoperasian Android 9.0.
Lock screen, smart features dan screen-off gestures
Angkat telefon untuk hidupkan skrin
Ada pelbagai isyarat pergerakan (motion based gestures) yang tersedia di dalam smartphone Oppo. Salah satunya ialah mengangkat telefon untuk menghidupkan skrin ketika ia berada di dalam keadaan “standby”. Caranya pergi ke Settings > Convenience Aid > Gesture & Motion, and pilih “Raise to Turn On Screen”.
Tetapkan isyarat screen-off anda sendiri
Ketika skrin Oppo Reno 10x sedang dalam keadaan “off”, anda boleh tetapkan apa-apa pergerakan untuk perkara yang ingin kita lakukan. Sebagai contoh, lukis huruf “O” untuk hidupkan kamera, “double tap” untuk hidupkan skrin, lukis huruf “M” untuk telefon isteri/suami atau lukis “V” untuk hidupkan lampu suluh. Apa sahaja anda boleh tetapkan dengan pergi ke Setting > Convenience aid> Gesture & Motion seperti di dalam gambar di atas.
Buat klon applikasi
Jika anda mempunyai 2 akaun untuk kegunaan peribadi dan kerja, anda boleh membuat klon untuk applikasi seperti Whatsapp, Facebook, WeChat dan sebagainya. Cuma perlu pergi ke Setting > Clone Apps dan pilih applikasi mana yang anda inginkan.
Keselamatan dan tips applikasi
Kata laluan untuk applikasi
Anda boleh mengunci mana-mana applikasi dengan menggunakan kata laluan atau cap jari. Anda cuma perlu ke to Settings > Security > App Encryption, dan masukkan kata laluan dan soalan keselamatan beserta jawapan. Selepas itu boleh pilih applikasi mana yang anda ingin kunci.
Oroaming apabila bercuti di luar negara
OPPO Reno Series mempunyai satu fungsi yang dikenali sebagai Oroaming. Dengan Oroaming, anda tidak perlu membeli kad sim tempatan apabila bercuti di negara seperti China, Taiwan, Japan dan United Kingdom. Anda cuma perlu membeli pakej negara yang diingin menerusi antaramuka Oroaming. Selepas itu, OPPO Reno akan menggunakan kad sim yang terbina secara virtual untuk berhubung dengan jaringan talian telefon di negara tersebut. Mudah gila kan? Tak perlu lagi nak pergi kedai beli kad sim, tak payah peningkan kepala nak pilih plan Internet yang mana dan terus tak ada masalah kad sim hilang. Pergi ke Setting > Dual SIM & Cellular Network untuk aktifkan Oroaming di OPPO RENO anda dan terus boleh bercuti dengan tenang.
Screen Recording + Three Finger Screen Capture + Long Screen Screen Recording + 3 Fingers screenshot + Long screenshot
Masa dulu-dulu, rakaman skrin hanya boleh dilakukan dengan bantuan applikasi pihak ketiga. Namun kini OPPO Reno 10x terbina dengan fungsi ini di dalamnya. Cuma tarik ke bawah “shortcut bar” dan klik untuk memulakan rakaman anda. Lepas itu tak payah nak tekan butang volume + power untuk tangkap screenshot. Dengan OPPO Reno, letak 3 jari anda di skrin dan lurutkannya ke bawah. Kalau banyak yang nak kena screenshot, boleh tangkap kesemuanya di dalam satu screenshot sahaja. Ini namanya long screenshot. Tak adalah penuh galeri gambar anda dengan screenshot semata-mata. Mudah kan?
Split Screen Split Display
Oppo Reno 10x adalah telefon pintar yang benar-benar full-screen. Kebesaran paparan skrinnya membolehkan anda menggunakan fungsi “split screen”. Cuma perlu lurutkan 3 jari anda ke atas dan anda akan dibawa ke “split screen mode”. Anda boleh gunakan applikasi berbeza untuk skrin atas dan skrin bawah. Lagi efisien lah buat kerja lepas ini.
Panggilan kecemasan SOS dengan hanya satu langkah
Anda pasti tidak tahu yang telefon pintar OPPO mempunyai fungsi yang mampu menyelamatkan nyawa ini. Cuma perlu pergi ke Settings > Security >Emergency SOS untuk tetapkan nombor telefon yang anda ingin panggil apabila berada di dalam kecemasan. Selepas itu, anda hanya perlu tekan butang power sebanyak 5 kali dan telefon OPPO akan terus membuat panggilan ke nombor yang telah ditetapkan secara automatic. Pantas dan mudah!!!
Wujudkan ruang peribadi
Anak-anak selalu main telefon anda? Risau ada fail penting atau applikasi yang boleh terpadam apabila telefon di tangan anak anda? Jangan risau. OPPO Reno membolehkan anda mencipta ruangan peribadi khas untuk anda. Anda boleh cipta satu akaun baru untuk kegunaan anak-anak atau sesiapa sahaja. Kandungan yang sedia ada tidak akan terjejas, jadi anda tidak perlu risau apabila anak-anak menggunakan telefon anda. Tak adalah tiba-tiba terjeritttt “arghhhhhh hilang gambar aku”. Hehehe.
Sound Focus
OPPO Reno 10x zoom version mempunyai fungsi ekslusif yang dikenali sebagai Sound Focus! Di dalam OPPO Reno 10x zoom version ada 3 microfon radio yang boleh merakam bunyi 3D secara menyeluruh apabila anda merakam video. Sebagai tambahan, apabila anda merakam video yang mempunyai ramai orang, anda boleh zoom kepada seseorang dan OPPO Reno 10x zoom version akan secara automatik memfokuskan radio kepada orang tersebut. Memang sesuai sangat untuk YouTuber. Power kan?
Memasuki Game Space
OPPO mempunyai antaramuka tersendiri untuk games, serta mengawal prestasi dan notifikasi ketika anda sedang bermain games. Pergi ke Settings > Game Space dan pastikan anda mengaktifkan pilihan “Game Space on Homescreen”. Sekarang anda boleh mencari dan melancarkannya daripada applikasi-applikasi yang ada. Selepas itu anda boleh masukkan games di dalamnya, menghalang notifikasi dan pilih di antara Competitive Mode, Balanced Mode dan Low Power Consumption Mode. Barulah senang nak naik ranking lepas nie kan?
Tips untuk kamera
Selfie dengan “beauty mode”
Tukar kamera anda ke pilihan “Potrait” dan putarkan kamera untuk mengambil ‘selfie’. Sekarang tekan di ikon muka berwarna kuning. Di sini anda boleh ubah apa sahaja yang anda mahu AI lakukan, termasuklah melicinkan kulit, tukar bentuk muka dan sebagainya.
Ha power kan smartphone Oppo Reno 10x nie? Ini baru sikit tips-tips yang Abang Nara kongsikan. Ada berpuluh-puluh lagi tips yang memang confirm akan buat anda lebih gembira dengan smartphone anda. Nak tahu lebih lanjut? Atau dah teruja nak dapatkan Oppo Reno 10x ini? Layari OPPO Online Store dan OPPO Concept Store untuk maklumat lanjut. Selamat mencuba!!! (link here).
sumber: beautifulnara.com #superpantas
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.superpantas.com/2019/08/hiburan-tips-tips-awesome-untuk.html