Hiburan Teringin Nak Ke Manila Ini Antara Perkara Wajib Pergi Bila Melancong Ke Sana
Bila sebut saja pasal pelancongan, confirm kita nak tangkap gambar yang banyak di tempat-tempat yang menarik selain daripada menikmati makanan autentik serta beli belah untuk buah tangan betul tak?
Antara destinasi pelancongan popular di Asia Tenggara yang kebanyakkan antara kita akan pergi adalah Indonesia dan Thailand sebab terdapat banyak lokasi-lokasi menarik serta bangunan bersejarah yang menjadi agam untuk dikenang.
AdvertisementNamun, tahukah anda, ada satu lagi tempat pelancongan yang wajib masuk dalam bucketlist pelancongan anda sebab negara ini mempunyai kepelbagaian serta tempat-tempat yang instagramable tau!
Destinasi yang kami maksudkan adalah Manila, Filipina, negara berpopulasi tinggi serta kaya dengan sejarah. Jom kami kongsikan antara daya tarikan yang terdapat di lokasi ini.
1. Intramuros
Kalau melancong ke negara orang, tak sah lah kalau tak pergi ke tempat-tempat bersejarah betul tak?
AdvertisementDekat Manila, antara lokasi hotspot pelancong yang anda wajib kunjungi adalah di Intramuros sebab di sini terdapat banyak tempat menarik serta bangunan-bangunan bersejarah tau.
Dibina pada tahun 1571 oleh kolonial Sepanyol, ia merupakan kota tertua di Manila dan di sini masih lagi mengekalkan seni bina berkonsepkan Sepanyol.
Antara tempat yang anda wajib kunjungi bila tiba di Intramuros adalah Fort Santiago, Rizal Park, Casa Manila, Bahay Tsinoy dan banyak lagi.
Kalau anda risau tentang transportasi, dekat sini anda boleh menggunakan kereta api, bas, feri dan kereta kuda.
2. Ayala Museum & National Museum of Fine Art
Untuk anda yang meminati seni, anda wajib datang ke Ayala Museum yang terletak di Makati, Metro Manila, Filipina.
Kalau anda nak tahu, muzium enam tingkat ini mempunyai pameran kesenian yang pelbagai seperti arkeolgi dan etnografi tentang budaya, sejarah serta seni negara Filipina. Wow, macam best je!
AdvertisementMuzium yang dibina pada tahun 1967 ini mempunyai 6 bahagian pameran yang anda wajib hayati seperti sutera bersulam yang dipakai oleh golongan elit abad ke-19, kapal maritim tradisional Filipina dan pelbagai.
Tak dilupakan juga, ia turut mempamerkan koleksi seni kontemporari Filipina yang bertaraf global tau!
Selain Ayala Museum, kalau anda lebih kepada seni halus, kami sarankan anda untuk pergi ke National Museum of Art sebab dekat sini terdapat lukisan serta patung yang dihasilkan oleh seniman Filipina terkenal pada abad ke-19 dan 20.
Hasil seni yang dipamerkan dalam muzium ini merupakan hasil daripada gelombang seni di Filipina sebagai kemerdekaan daripada jajahan kolonial Sepanyol.
Haa, kalau anda nak tengok semua jenis seni yang diiktiraf, anda wajib datang ke Ayala Museum dan National Museum of Art ni! Alang-alang tu boleh tangkap gambar yang cantik-cantik!
3. SM Mall of Asia
Bila melancong ke luar negara, shopping buah tangan antara perkara wajib buat betul tak? Haa, kalau anda nak tahu, di Manila, Filipina ni ada banyak tempat untuk anda beli belah tau!
Antara tempat yang anda wajib datang adalah SM Mall of Asia sebab ia merupakan pusat membeli belah yang tersebar di Filipina tau. Lagi besar daripada One Utama!
Dekat sini ada banyak pilihan yang anda boleh buat daripada butik fesyen, restoran, pusat sains, pusat konvensyen, panggung wayang dan banyak lagi!
Terletak berdekatan dengan Manila Bay Front, pusat beli belah ini juga mempunyai taman hiburan kecil pada bahagian luar untuk anda berkelah dan bersantai untuk menikmati angin laut. Macam best je!
Haa, pastikan anda sediakan wang yang banyak bila datang sini tau sebab anda akan rambang mata untuk beli macam-macam barangan pada harga yang berpatutan!
Memenangi Percutian 4 Hari 3 Malam Ke Manila Bersama Watsons!Haa, best kan tempat-tempat yang ada di Manila, daripada bangunan bersejarah sampai lah pusat membeli belah! Memang patut ada dalam bucketlist traveling anda!
Kalau anda berminat untuk ke Manila, Filipina, kami ada berita gembira untuk anda yang mana dengan kolaborasi bersama Tourism Promotions Board Philippines, Watsons nak bagi hadiah percutian ke Manila, khas buat 40 pelanggan setia mereka tau! Wow, seriuslah?!
Apa yang anda perlu buat adalah hanya ikut langkah di bawah ini:
1.Pastikan anda merupakan ahli Watsons
2. Berbelanja minima RM50 (produk jenama Watsons) di mana-mana cawangan Watsons atau Watsons atas talian
Senang kan? Jadi, tunggu apa lagi, jom serbu Watsons sekarang dan rebut peluang keemasan bercuti ke Manila!
Untuk maklumat lanjut, layari laman web rasmi Watsons atau ikuti media sosial di Facebook dan Instagram.
The post Teringin Nak Ke Manila? Ini Antara Perkara Wajib Pergi Bila Melancong Ke Sana! first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://superterkini.blogspot.com/2022/07/hiburan-teringin-nak-ke-manila-ini.html