Hiburan Teringin Buat Comeback Dalam Bidang Nyanyian Khai Dan Rosma Af Idamkan Lagu Ciptaan Hael Husaini
Pasangan duet yang pernah popular suatu ketika dahulu, Khai dan isteri, Rosma yang merupakan artis kelahiran program Akademi Fantasia musim pertama mengakui teringin untuk membuat kemunculan semula dalam pentas nyanyian di Malaysia.
Khai berkata, dia bercita-cita untuk mengulangi detik indah menghasilkan single berduet bersama isteri tercinta. Jika dulu pasangan ini pernah dua kali muncul dalam single duet bertajuk Warna Cinta (2008) dan Dengan Sekali Lafaz (2013),kini, Khai dan Rosma mahu impian kembali ke studio menjadi nyata dan bukan sekadar ‘cakap-cakap kosong’
Namun begitu, Khai mengakui masih belum ada komposer yang ingin didekati untuk proses penghasilan lagu. Tambahnya, jika diberi peluang, dia lebih selesa untuk muncul berdua bersama Rosma, tidak secara solo.
View this post on InstagramMaaf jika kami mengganggu pemandangan anda.? Tumpang lalu.????????? #mybetterhalf #khairosma
A post shared by KHAI & ROSMA (@khai_rosma) on Aug 17, 2020 at 6:16am PDT
“Namun, setakat ini belum ada komposer yang kami mahu dekati. Dalam hati, hendak juga mencuba peluang menyanyikan lagu ciptaan Hael Husaini. Jika ada rezeki dan kesempatan, pasti tidak akan menolak. Kalau menyanyi solo, saya tidak pasti. Sudah ramai ‘Budak Baru Nak Up’ (BBNU) di luar sana yang berbakat menyanyi secara solo,”
Menurutnya lagi, dia sama sekali tidak mempunyai niat untuk bersaing dengan mana-mana penyanyi jika berpeluang merakamkan lagu kembali. Pasangan ini menganggap ianya seperti satu bonus jika ‘comeback’ mereka kelak melonjakkan kembali nama mereka di persada seni.
View this post on InstagramMalam minum, 8pagi membuang kaw2 segala lendir, sisa makanan & angin (kentut) fuhhhh lega. Senyum ? lebar sepanjang hari & bdn pun fresh! Perut x sebu lg, buncit pun takut nak datang tau… hehe ? MS SenaRos bukan utk perempuan je tp untuk lelaki juga tau. Mcm sy minum tak hari2, 2hari sekali je. Sbb bila umur dh cecah 41thn ni metabolisme mula dh rendah termasuk lah sistem pembuangan pun dh x lancar mcm dlu2. Sbb kena tau, punca utama berat naik, perut sebu/buncit/menggeleber, bdn lesu semuanya melibat sistem metabolisme kita yg dh mula turun ke tahap low & sistem pembuangan kita tak bagus (ada yg seminggu sekali je membuang). ?huhu #KhaiRosma #MSSenaRos #Sejak2014 #LawasLangsingSihat Lawas ? Langsing ? Lawas @msbykhairosma
A post shared by KHAI & ROSMA (@khai_rosma) on Aug 9, 2020 at 7:11pm PDT
View this post on InstagramMood raya still on.? Walaupun hakak pakai baju kepok2 tetap tak kalah hokey.? Gambar tetap bergambar. Salam Aidil Adha semua.?? #oursmallfamily #khairosma Lawas ? Langsing ? Sihat @msbykhairosma
A post shared by KHAI & ROSMA (@khai_rosma) on Aug 1, 2020 at 6:04am PDT
Mengimbas kembali mengenai pasangan yang pernah sensasi suatu ketika dahulu, Khai dan Rosma telah mendirikan rumah tangga pada tahun 2008 yang lalu dan telah pun dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Muhammad Amzar Danish,11, Nur Amani Damia,6, dan Nur Alya Dhania,1. Kini, pasangan ini aktif mengukuhkan empayar perniagaan dengan menjual produk kesihatan dan pelangsingan badan.
Sumber: Berita Harian Online
sumber: beautifulnara.com #superpantas
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://superterkini.blogspot.com/2020/08/hiburan-teringin-buat-comeback-dalam.html