Hiburan Nana Mahazan Teringin Nak Makan Anggur Rm200 Sekilogram
Umum mengetahui, buah anggur import yang dijual di pasar raya boleh diperoleh pada harga mampu milik sekitar RM10 hingga ke RM15 sepeket sahaja, namjun segalanya bergantung kepada jenis, kualiti dan negara pengeluar buah tersebut.
Meskipun begitu, nama pengacara popular Nana Mahazan mula menjadi perhatian apabila beliau dikhabarkan meluahkan rasa keinginananya untuk menikmati anggur import yang dijual mencecah sehingga lebih RM200 bagi sekilogram.
Perkara itu sendiri oleh Nana di laman Instagram miliknya dengan memuat naik beberapa keping foto anggur jenis Shine Muscat yang ditemuinya ketika masuk ke sebuah pasar raya.
Dalam entri tersebut, beberapa keping foto anggur yang sudah siap dibungkus berharga mencecah sehingga RM179.90 sepeket.
View this post on Instagram Adakah saya boleh tidur lena malam ini? Hmmmm..
Tapi dah smp rumah.. Korang rasa?
A post shared by ᑎᗩᑎᗩ ᗰᗩᕼᗩᘔᗩᑎ® (@nanamahazan) on Aug 9, 2020 at 4:28am PDT
“Adakah saya boleh tidur lena malam ini? hmmm, tapi dah sampai rumah, korang rasa?”
Entri tersebut bagaimanapun mendapat reaksi pelakon Nabila Huda. Sebagai penggemar setia produk import, Nabila mendedahkan harga tersebut memang tidak masuk akal, namun beliau dikhabarakan sanggup berbelanja lebih demi memenuhi keinginan serta turut memberikan tips untuk membeli.
“Kumpul sahaja duit sikit-sikit sampai harga buah tu kemudian beli sahaja senyap-senyap untuk hilangkan craving dan kau punya curious. Resit jangan simpan, lepas tu buang pelekat harga tu siap-siap sebelum masuk peti ais.”
View this post on InstagramMoment of truth.. jejagung! Let’s go! Semua jagung saya beli kat Jaya Grocer.. #nanamanusiagigih
A post shared by ᑎᗩᑎᗩ ᗰᗩᕼᗩᘔᗩᑎ® (@nanamahazan) on Jul 29, 2020 at 4:50am PDT
Terdahulu, Naana pernah menjadi perhatian netizen apabila membuat keputusan untuk membeli sebatang jagung import dari Jepun yang dijual pada harga RM27.50.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://superterkini.blogspot.com/2020/08/hiburan-nana-mahazan-teringin-nak-makan.html