Hiburan Setengah Jam Tak Balas Mesej Isa Khan Bimbang Risteena Diculik
Selepas kira-kira setengah jam tidak dapat dihubungi, Isa Khan yakni tunang kepada pelakon Risteena Munim dikhabarkan bimbang dan panik.
Risteena bagaimanapun berkongsi hal berkenaan di laman Instagramnya malah seakan tidak menyangka tunangnya itu ragu andai beliau diculik atau diragut apabila tidak menjawab sebarang panggilan dan membalas mesej di aplikasi WhatsApp.
Risteena juga turut menyatakan, beliau dan tunangnya sebelum ini sentiasa akan berborak di telefon sepanjang perjalanan sehingga sampai ke destinasi tujuan.
View this post on InstagramSemalam saya hilang sekejap setengah jam, tunang saya fikir saya kena culik, ragut or something bad happened. . Semalam drive balik dari rumah dia, memang tak tengok phone. Selalunya sepanjang perjalanan memang akan cakap phone sampai dah sampai rumah. Tapi semalam kebetulan kereta polis banyak, and tak sempat nak ambik phone dalam beg pun untuk tengok. Tak sangka hilang setengah jam pun tunang saya dah risau macam tu
. Sampai je kat rumah, baru tengok phone. Missed calls tak payah cakap la berapa banyak
Tengok-tengok tunang saya dah sampai dah kat bawah rumah. Macam tak percaya langsung sebab baru sangat je masuk rumah. 10 minit je datang dari Cheras ke Gombak. Siap datang dengan his sister and Qirin.
Kesian diorang! . Memang kena marah terus la lepas tu. Apa lagi
Takpe, sekurang-kurangnya saya tahu kalau saya hilang, awk akan cari saya
Myhero! . So kalau sesiapa ada niat nak buat bukan-bukan kat I, lupakan saja ya. Nanti korang kena berdepan dengan tunang saya yang garang ni
. To my tunang, saya rasa selamat since awak jaga saya. Tak boleh bayangkan kalau awak takde
My parents dah boleh harapkan awak
. I love you, sayang. Cinta hati saya :)
A post shared by Nur Risteena Munim (@nur_risteena) on May 19, 2020 at 3:45am PDT
“Tapi semalam kebetulan kereta polis banyak dan tak sempat nak ambil telefon dalam beg pun untuk tengok. Tak sangka hilang setengah jam pun tuning saya dah risau macam tu.”
Menurut Risteena, terbawa-bawa akan emosi risau tersebut, Isa difahamkan segera ke kediaman milik Risteena bersama-sama adiknya bagi melihat keadaan pelakon itu.
Pelakon drama Playboy Itu Suami Aku itu turut mendedahkan yang beliau amat tersentuh hati dengan cara bakal suaminya itu mengambil berat dalam memastikan dirinya sentiasa berada dalam keadaan selamat.
“Memang kena marah terus la lepas tu, apa lagi. Tak apa, sekurang-kurangnya saya tahu kalau saya hilang. Awak akan cari saya. My hero!”
Dalam pada itu, kakak kepada pelakon Ruhainies itu sempat memberi amaran kepada sesiapa yang cuba melakukan sebarang perkara yang tidak baik terhadapnya perlu berhadapan dengan tunangnya yang disifatkan sebarang seorang yang garang.
Untuk rekod, pasangan ini telah mengikat tali pertunangan mereka di Bora Ombak, Putrajaya pada 6 Disember 2019, yang juga sama tarikh dengan ulang tahun kelahiran Risteena.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://superterkini.blogspot.com/2020/05/hiburan-setengah-jam-tak-balas-mesej.html