Hiburan Selepas Tampil Ramping Netizen Pertikai Zulin Aziz Mula Jual Produk Kurus
Siapa sangka Zulin Aziz yang dahulunya terkenal dengan imej gempal berjaya melawan persepsi masyarakat dan keupayaan diri sehingga mampu menurunkan berat sehingga ke 58 kilogram kini.
Kisah perjalanan dirinya bagi mencapai berat badan ideal itu nyata membuatkan ramai netizen yang memberikan tepukan gemuruh kerana kejituannya. Bukan mudah untuk mengurangkan puluhan kilogram tanpa memberikan 100% dedikasi selain masa dan usaha.
Terbaru, pengacara dan juga pelakon itu ada berkongsi sebuah sedutan video mengenai keperitan menanggung bebanan apabila ditinggal kekasih hati sebelum majlis perkahwinan mereka.
Video itu juga menunjukkan transformasi Zulin kepada seorang yang lebih kuat apabila berjaya mencabar diri untuk mengurangkan berat badan sehinggalah tampil langsing seperti sekarang ini.
View this post on Instagram
Mereka ketawakan kisah hidup saya. Mereka mempersendakan dan memperlekehkan tiap apa yg saya usaha.Sakit mcmanapun saya sendiri cari penawarnya.Dengan kegagalan masa lalu membuatkan saya lebih bersemangat untuk bangkit dan mulakan hidup baru.. . Kalau saya boleh,ada 1000 kali mampu. . Lupakan kisah lalu,Magia masa depanmu?? @magiadietmealz_hq #stayhealthy #staystrong
A post shared by ????? ???? (@zulinaziz) on Jun 3, 2020 at 9:25am PDT
Walaubagaimanapun, di akhir sedutan tersebut pelakon tersebut telah mempromosikan satu produk kurus baru yang diberi nama ‘Magia Diet Mealz’.
Daripada penjelasan produk ini, ia bertujuan untuk mengurangkan obesiti di Malaysia. Malah penghasilannya adalah berdasarkan formulasi daripada pakar teknologi makanan selain turut disertai dengan program kurus yang berlangsung selama 21 hari.
Menurut gambar yang dimuat naik, sepertinya produk tersebut bertindak sebagai pengganti makanan dan ianya mempunyai dua perisa iaitu coklat dan strawberi dan paket detox iaitu beri.
Katanya, produk itu akan membuang toksin dan kotoran di dalam badan bagi memberi laluan kepada nutrien untuk diserap dengan mudah.
Rata-rata netizen sepertinya tidak bersetuju apabila wanita ini menjual cerita ‘sedih’ dalam mempromosikan produk kurus keluarannya itu.
Bahkan mereka mempersoalkan sama ada produk ini benar-benar berkesan walhal Zulin hanya mengatakan bahawa dia mengawal pemakanan dan sentiasa bersenam sebagai rutin dietnya.
Selepas sahaja mengumumkan penjualan ‘Magia’ ini, sudah berpusu-pusu peminat yang ingin menjadi stokis dan ejen kepada Zulin. Bahkan dah ramai pun yang tak sabar bagi memiliki produk kurus tersebut selepas melihat perubahan ketara pada tubuh badan wanita itu.
Memang syok kurus tapi kena berhati-hati juga semasa mengambil apa-apa produk.
Sumber: Twitter
sumber: beautifulnara.com #superpantas
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://superterkini.blogspot.com/2020/06/hiburan-selepas-tampil-ramping-netizen.html