Hiburan Saya Sendiri Pun Masih Terkontang Kanting Apatah Lagi Nak Jaga Orang Lain Mk K Clique
Penyanyi rap yang semakin dikenali dalam dunia lakonan, MK mengakui lebih selesa mengambil pendekatan untuk tidak terlalu bercerita tentang hal peribadi. Apa yang menjadi keutamaannya adalah orang sekeliling termasuk keluarga dan peminat.
ARTIKEL BERKAITAN "Bukan Kayu..Cuma.." Didakwa Kekok Berlakon, MK K-Clique Jawab Kritikan NetizenAdvertisementMK atau nama sebenarnya Muhammad Hairi Amin Hamdan berkata dia kurang selesa untuk bercerita tentang hal peribadi terutama perihal cinta kepada umum. Alasannya, bukan semua perkara perlu dicanang kepada dunia luar.
View this post on InstagramA post shared by MK K-CLIQUE (@hairiwhuut)
MK, 25, mahu mengumpul duit untuk keluarga dan orang-orang sekeliling yang disayangi terlebih dahulu. Keluarganya di Sabah pun perlukan banyak bantuan terutama pada waktu sekarang disebabkan pandemik Covid-19
AdvertisementNak dirikan masjid atau berkeluarga bukan satu perkara yang mudah. Banyak aspek yang perlu diperbaiki dalam diri ini.
Penyanyi kelahiran Tawau, Sabah itu menjelaskan buat masa sekarang, dia sedang dalam proses memperbaiki diri dan menjaga perasaan orang-orang sekeliling yang rapat dengannya.
MK meluahkan dia berasa malu dengan sejarah lampaunya ketika masa muda dahulu, dia banyak tercicir dalam soal melakukan kebaika dan bersoal pada diri sendiri kenapa tidak menjadi lebih baik dari awal. Namun, dia selesa dan sangat hargai keadaannya sekarang dan berharap agar dia akan terus konsisten.
‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.
The post “Saya Sendiri Pun Masih Terkontang-Kanting Apatah Lagi Nak Jaga Orang Lain” – MK K-Clique first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://superterkini.blogspot.com/2021/11/hiburan-saya-sendiri-pun-masih.html