Hiburan Runsing Persekitaran Terdedah Dengan Wabak Bahaya Nah 5 Tips Penjagaan Diri Sebagai Perisai
Sedar tak sedar, gaya hidup kini sudah berubah banyak berbanding dengan norma dahulu. Jikalau sebelum ini anda boleh keluar rumah tanpa risau terdedah kepada bahaya penyakit tetapi sejak wabak COVID-19 hadir dan menggoncang dunia, semuanya dah jadi lain.
kredit KKM
Bukan sahaja Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) malah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pun dah berusaha menguar-uarkan peringatan supaya memberikan lebih perhatian kepada rutin penjagaan diri.
Walaupun rasa selamat duduk di rumah tetapi anda tak mampu melihat dengan mata kasar virus yang mungkin berkeliaran di persekitaran. Nampak remeh tetapi banyak perkara yang perlu diambil kira bagi memastikan anda 100% terlindung daripada virus ketika berada dalam kediaman sendiri. #StayHome dan #StaySafe tetapi mesti #StayHealthy.
Basuh tangan secara kerapSekali pakai baju terus basuh ASAPKemas seluruh pelosok rumah, jangan tinggal satu ‘spot’ pun!Kawal emosi, kawal fikiranBersihkan tubuh badan beberapa kali sehariKredit – Getty Images
Pun begitu, terlampau banyak kali membersihkan keseluruhan tubuh badan bukan mendatangkan manfaat bahkan mungkin akan membuatkan kulit anda kering dan kusam. Disebabkan oleh kandungan kimia yang banyak dalam sabun biasa digunakan, ia boleh menyebabkan iritasi pada permukaan kulit.
Tanpa sedar, lapisan yang bertindak melindungi kulit anda daripada anasir jahat telah tertanggal dek disental kuat oleh sabun.
Jangan gelabah! Masih ada lagi cecair mandian yang mampu melembutkan kulit dan dalam masa yang sama melindunginya daripada terjahan virus berbahaya. Mesti curious kan?
Cetaphil Ultra Gentle Body Wash bertindak sebagai hero kepada #HealthySkin anda!
Cecair mandian ini sangatlah manja apabila digunakan pada kulit anda! Kalau sabun lain akan menghakis lapisan perlindungan kulit tetapi tidak Cetaphil Ultra Gentle Body Wash. Jangan khuatir kerana ia memastikan kelembapan semula jadi pada permukaan kulit anda akan terus bertapak di situ tanpa berganjak ke mana-mana. Nyah tompok kering kerana cecair mandian ini membantu untuk mengunci kelembapan supaya kulit anda nampak lembut dan gebu sepanjang masa.
Sesiapa yang mempunyai kulit sensitif pasti masih tidak yakin dengan keberkesanan Cetaphil Ultra Gentle Body Wash ini kan? Kalau anda nak tahu, pakar dermatologi sendiri dah sahkan bahawa cecair mandian ini sesuai untuk kulit sensitif kerana isi kandungannya yang lembut. Cetaphil Ultra Gentle Body Wash dijamin sesuai dengan segala jenis kulit tak kisahlah sensitif, kering mahupun berminyak! Bahkan sifatnya yang bebas sabun dan pewangi menyebabkan kulit anda sentiasa lembap dan tiada iritasi langsung.
Bagi menyahut norma baru ini, Cetaphil Ultra Gentle Body Wash merupakan cecair mandian yang sesuai bagi memastikan keberkesanan pelaksanaannya. Anda boleh ulang mandi sejam sekali pun, yang pasti kulit anda tak akan kering malahan semakin sihat dan berseri-seri. Penjagaan diri memang penting, tetapi pemilihan produk yang baik juga merupakan kunci utama untuk keselesaan anda sendiri.
Jadi tunggu apa lagi! Serang farmasi berdekatan dan dapatkan Cetaphil Ultra Gentle Body Wash sekarang ini juga. Anda juga boleh dapatkan Cetaphil Ultra Gentle Body Wash di Shoppee dan Lazada.
Tak cukup dengan itu, anda juga boleh layari laman media sosial rasmi Cetaphil di Facebook, Instagram dan Youtube.
Tempuhi norma baru dengan bantuan Cetaphil Ultra Gentle Body Wash!
sumber: beautifulnara.com #superpantas
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://superterkini.blogspot.com/2020/05/hiburan-runsing-persekitaran-terdedah.html