Hiburan Rasa Kelakian Kurang Kot Elak Buat Rawatan Vasectomy Suami Dakwa Rasa Kosong Bila Bersama
Banyak cara serta alternatif yang boleh dilakukan buat pasangan suami isteri yang melakukan ‘perancangan keluarga’ seperti makan pil perancang, memasang implan, IUD ataupun injection dan kebanyakkannya ini adalah untuk isteri.
Untuk makluman, bukan isteri saja yang dipertanggungjawabkan untuk melakukan alternatif yang ada, tetapi pihak suami juga ada rawatan untuk mereka iaitu vasectomy, namun masih ramai yang tidak tahu hal ini.
AdvertisementSeperti video penjelasan yang dimuat naik oleh seorang doktor di platform TikToknya, menurutnya masih ramai pihak suami yang enggan ataupun elak dari melakukan rawatan terbabit kerana enggan berasa ‘kosong’ ketika bersama isteri.
Melalui penjelasan beliau, rawatan vasectomy ini merupakan satu proses pemotongan tiub saluran sperma atas tujuan elak dari sperma masuk ke dalam air mani.
AdvertisementIa sama seperti kebanyakkan pihak wanita sering lakukan iaitu rawatan mengikat ‘tiub’ untuk cegah diri dari hamil.
Dalam pada itu, doktor ini turut memohon agar para suami untuk lebih menormalisasikan rawatan ini kerana ia juga akan menyumbangkan positivity kepada kesihatan isteri.
Meninjau di ruangan komen, para isteri rata-ratanya bersetuju dengan apa yang diperkatakan oleh pakar perubatan terbabit serta turut berkongsi kisah mereka dimana ada suami yang bersetuju melakukan rawatan itu dan ada juga yang tidak bersetuju.
1 jam lalu“Fakta Mana Pakai Ni?” - Individu Ini Dakwa Rekod Kewangan ‘Tak Cantik’ Kalau Ambil KWSP Tanpa Sebab KukuhThe post “Rasa Kelakian Kurang Kot” – Elak Buat Rawatan ‘Vasectomy’, Suami Dakwa Rasa ‘Kosong’ Bila Bersama first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://superterkini.blogspot.com/2022/03/hiburan-rasa-kelakian-kurang-kot-elak.html