Hiburan Pakcik Botak Tu Bukan Gua Joe Flizzow Trending Gara Gara Serupa Lelaki Botak Dalam Video Tular
Penyanyi rap terkenal, Joe Flizzow tampil membuat penafian apabila tular semalam sebuah video memaparkan lelaki bertindak ganas memecahkan cermin kereta dipercayai terlibat dalam kegiatan jenayah samun.
Ini berikutan wajah lelaki berkenaan dilihat serupa dengan penampilan Joe yang berkepala botak dan memakai cermin mata hitam yang sering digayakan penyanyi lagu Ciao tersebut.
AdvertisementView this post on InstagramA post shared by Joe Flizzow (@flizzow)
Oleh disebabkan itu, ramai pengguna media sosial mengambil kesempatan membuat perbandingan antara Joe dan lelaki berkenaan sehingga menjadi ‘trending’ di media sosial terutamanya Twitter.
Joe Flizzow beli kat Pavillion vs Joe Flizzow order online copy ori gred AAA 1:1 pic.twitter.com/sYhOrOksYw
— ?? (@InjangNation) April 19, 2021
Advertisementjoe flizzow but kedai eco rm2.10 version https://t.co/ZTNudLWDdC
— nnn (@magiquen4s) April 18, 2021
Berikutan itu, Joe dilihat telah membuat video pendek dan memuat naik di laman Twitternya sekadar untuk bergurau bersama peminat.
pic.twitter.com/vs47LpOJL7
— Joe Flizzow (@flizzow) April 19, 2021
“Gua nak lu dengar, sekali je…pakcik botak tu bukan gua siot!” jelas Joe dalam video tersebut.
Terdahulu, tular sebuah video menunjukkan empat orang lelaki bertindak ganas dengan memecahkan cermin kereta, menarik mangsa keluar dan memukul mangsa menggunakan kayu.
Susulan daripada kes tersebut, pihak polis telah menahan kesemua suspek tersebut dan disiasat di bawah Seksyen 394/427 Kanun Keseksaan atas tuduhan menyamun sehingga menyebabkan kecederaan.
The post “Pakcik Botak Tu Bukan Gua..” Joe Flizzow ‘Trending’, Gara-Gara Serupa Lelaki Botak Dalam Video Tular first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://superterkini.blogspot.com/2021/04/hiburan-pakcik-botak-tu-bukan-gua-joe.html