Hiburan Macam Dia Pandai Sangat Tentang Muzik Aishah Berang Netizen Kutuk Suara Noraniza Idris
Dikecam netizen, penyanyi senior Aishah akui terkejut apabila temannya Noraniza Idris turut menerima nasib yang sama dengan dirinya.
Katanya, beliau amat terkilan apabila wujud individu seakan tampil mengkritik nyanyian penyanyi berkenaan lagaknya mengalahkan mereka yang benar-benar arif dalam bidang seni suara.
“Allahuakbar, seminggu dua ini saya mengharungi cabaran kecaman di alam maya, rupanya teman duet final GV7 nanti juga mengalami nasib yang sama. Saya pula yang geram membaca komen-komen ini. Komen-komen negatif daripada orang yang macam dia pandai sangat tentang muzik dan seni suara, tapi hakikatnya orang-orang ini sendiri kalau kita letak atas pentas hampir pasti akan barai persembahannya. Lagi ada hati nak komen dan tuduh macam-macam. Komen berapi-rapi, emosi dan buka ruang untuk orang lain kecam.”
Terdahulu, persembahan nyanyian Noraniza Idris di konsert separuh akhir Gegar Vaganza musim ketujuh (GV7) menerima pelbagai kritikan daripada netizen sehingga ada yang mempertikaikan persembahannya pada minggu lalu.
Katanya, meskipun mempunyai cita rasa tersendiri dalam muzik dan seni suara, ia bukanlah tiket untuk diperlekehkan andai sekalipun ia bertentangan dengan selera diri. Malah, beliau juga seolah menyeru orang ramai agar sentiasa beradab dalam berkata-kata.
“Ya Allah, ini program hiburanlah, chill skit dan beradab boleh tak? Kalau kita tak suka suara seseorang, itu cita rasa masing-masing, dah selera kau macam tu, okaylah..tapi perlu ke nak kecam? Tak rasa rugi ke nanti? Berbaloi ke hilang pahala amalan kita kerana tidak menjaga kata-kata kita untuk program hiburan? Tak suka tak apa, tapi beradablah sikit. Orang yang diumpat tu ada suami, ada anak-anak, ada keluarga. Tak suka, pergilah toilet ke, makan ke apa ke masa dia menyanyi. Kalau tak pun, tutup saja televisyen tu atau tukar saluran.”
Ujarnya lagi, hanya mereka yang pernah menyertai program realiti sahaja yang tahu betapa mencabarnya untuk meneruskan perjuangan setiap minggu.
“Perjalanan berminggu-minggu dalam GV bukan mudah kalau jiwa dan hati tak kental memang akan kecundang. Yang tak pernah lalui takkan tahu. Macam manalah industri seni kita nak maju kalau kita tak henti bashing (hentam) karyawan kita sendiri. Sedangkan yang luar datang nyanyi ramai pun macam Tok Ram kata macam ‘hauk’, tapi orang kita agung-agungkan.”
Untuk rekod, Aishah sebeluk ini juga turut berdepan kritikan apabila nyanyiannya dalam satu program hiburan menjadi pertikaian para netizen.
Sumber: Gempak
sumber: beautifulnara.com #superpantas
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://superterkini.blogspot.com/2020/12/hiburan-macam-dia-pandai-sangat-tentang.html