Hiburan Iklan Raya Seri Cahaya Aidilfitri Sunway Ini Bakal Mencuit Hati Anda
Setiap tahun Aidilfitri pasti akan dimeriahkan dengan iklan-iklan Raya yang muncul di kaca TV dan media sosial.
Seperti yang kita tahu, setiap iklan raya mempunyai mesej atau pengajaran tersendiri yang ingin disampaikan kepada masyarakat selain membawa elemen sentimental yang terkait dengan kehidupan penonton.
AdvertisementJadi, tidak hairanlah iklan Raya boleh memberikan impak yang mendalam kepada penonton sama seperti iklan Raya terbaru yang dikeluarkan Sunway bertajuk ‘Seri Cahaya Aidilfitri’. Wah! Mesti best, jom tengok.
Haa pasti ramai rakyat Malaysia dah tak sabar nak menyambut Hari Perayaan yang bakal tiba tak lama lagi. Mana tidaknya, Raya tahun ini terasa sedikit berbeza sebab kita akhirnya dapat menyambutnya bersama sanak saudara di kampung halaman.
Berbeza dengan tahun sebelumnya, dimana kita semua terpaksa menyambut Hari Raya di bawah Perintah Kawalan Pergerakan (PKP). Sekatan yang dikenakan juga agak ketat sehinggakan kita tidak dapat merasakan kemeriahan Raya.
Begitu juga dengan Aida yang teruja menghias rumah dan membantu keluarga memasak sebagai persediaan Raya yang sudah menghampiri. Maklumlah, Raya tahun ini ramai ahli keluarga dan saudara mara yang nak datang beraya.
AdvertisementSedang Aida dan keluarganya berbuka puasa, tiba-tiba bekalan elektrik di kampung terputus. Disinilah bermulanya rasa ingin tahu gadis kecil itu. Aida mula berfikir dan merangka rancangan bagaimana untuk memanfaatkan sumber tenaga dan menyelesaikan masalah itu.
Hari yang ditunggu-tunggu telah pun tiba, ahli keluarga dan sanak saudara mula berkunjung ke rumah keluarga Aida. Suasana meriah dengan bekalan elektrik yang sudah kembali pulih buat seketika.
Namun, apabila bekalan elektrik terputus semula, akhirnya Aida dapat berpeluang untuk beraksi dan menjalankan rancangannya. Beberapa mentol berjaya dinyalakan melalui hasil usaha Aida dengan memanfaatkan sumber tenaga solar. Bijaknya!
#Roadto50 Inisiatif Sunway GroupSeperti semangat dan usaha Aida dalam menyelamatkan Raya, sempena ambang ulang tahun yang ke-50, Sunway telah melakukan beberapa inisiatif dalam menangani cabaran perubahan iklim dengan menyertai komuniti global bagi mencapai Sifar Karbon menjelang tahun 2050.
Antara inisiatif yang dilakukan adalah melalui pemasangan panel solar di seluruh bandar Sunway yang telah menjana sebanyak 8.940 MWh bersamaan tenaga elektrik untuk lebih kurang 750 rumah sepanjang tahun.
Misi ini mampu direalisasikan dengan kerjasama para jutera Sunway dalam usaha pengurangan pelepasan karbon (CO2) demi masa depan yang lebih cerah.
Salam Aidilfitri dari Sunway!
#SeriCahayaAidilfitri #Sunway #SunwayGroup #Roadto50 #CommittedtoSDG #UNSDGs
The post Iklan Raya ‘Seri Cahaya Aidilfitri’ Sunway Ini Bakal Mencuit Hati Anda first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://superterkini.blogspot.com/2022/04/hiburan-iklan-raya-seri-cahaya.html