Hiburan Buat Masa Sekarang Biarlah Saya Mengunci Mulut Dahulu Reen Rahim Dilamar
Pelakon Reen Rahim memuat naik gambar sebentuk cincin dalam Instagram miliknya yang membuatkan ramai peminat berteka-teki dengan status pelakon cantik itu.
ARTIKEL BERKAITAN "Saya Sama Je Tak Ada Lah Pula Lupa Diri, Acah-Acah Pakai Barang Mewah.." - Reen RahimAdvertisementReen atau nama sebenar Noreean Ashikin Abdul Rahim meminta agar peminatnya bersabar sehingga minggu depan berhubung spekulasi bahawa dia telah dilamar seseorang yang berjaya menambat hatinya.
Pelakon Pujaan Hati Kanda itu berkata ada peminat yang masih menghantar pesanan kepadanya untuk bertanya sama ada benar atau tidak dia telah dilamar seseorang.
Saya akan jawab semua persoalan November nanti (minggu depan). Buat masa sekarang saya harap semua peminat dapat bersabar.
Reen, 32, lebih mahu mengunci mulut dahulu daripada memberi sebarang komen lanjut. Tindakannya itu mengundang persoalan dalam kalangan peminat selepas menerima sebentuk cincin daripada seseorang yang tidak dikenali.
View this post on InstagramA post shared by Reen Rahim (@reenrahim)
Advertisement
Juara pertandingan realiti Pilih Kasih musim ketiga itu sebelum ini pernah menjalin hubungan cinta jarak jauh dengan seorang jejaka yang dikenali sebagai Mr. AR sekitar tiga tahun lalu.
Menerusi ruangan komen dalam hantaran tersebut, rata-rata peminat dan rakan artis turut menitipkan ucapan tahniah dan mendoakan agar urusan Reen dipermudahkan. Namun, ada juga netizen yang mendakwa tindakan Reen tersebut sebagai satu gimik untuk projek seni dan perniagaan yang diusahakannya.
Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.
The post “Buat Masa Sekarang, Biarlah Saya Mengunci Mulut Dahulu” – Reen Rahim Dilamar? first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://superterkini.blogspot.com/2021/10/hiburan-buat-masa-sekarang-biarlah-saya.html