Hiburan Masa Memandu Tak Boleh Fokus Berangan Cuai Paranoid Anxiety Semua Ada Sharifah Sakinah
Pelakon Sharifah Sakinah kini dalam rawatan untuk penyakit Attention-Deficit Hyperactivity Disorder atau ADHD yang dihidapinya. Penghidap penyakit ini kebiasaannya mengalami masalah kurang daya tumpuan dan hiperaktif.
ARTIKEL BERKAITAN "Asal Semua 'Tag' Kita 'Player' 067 Dan 212, Apakah Itu?" - Sharifah SakinahAdvertisementSakinah atau nama lengkapnya Sharifah Nurul Sakinah Syed Abu Bakar Al-Khaired berkata disebabkan gangguan yang dihadapinya itu, Sakinah mengambil keputusan tidak memandu kereta kerana sering hilang fokus.
View this post on InstagramA post shared by Sharifah Sakinah Al-Khaired (@sharifah_sakinah)
Menerusi hantaran di Instagram, Sakinah berkongsi sebuah foto gambaran bagaimana risiko bagi seseorang yang menghidapi ADHD sekiranya memandu.
AdvertisementOrang ramai tidak faham apabila saya memutuskan untuk tidak memandu lagi. Saya boleh memandu dan mendapat lesen yang sah malah saya dah memandu selama 6 tahun. Tapi orang hanya melabel saya sebagai malas atau manja.
Sakinah, 32, berkata tujuannya berkongsi hal ini bagi menangkis dakwaan orang sekeliling yang melabelkan dirinya terlalu manja dan malas kerana tidak mahu memandu.
Pelakon drama Girlfriend Aku Dari Neraka itu menjelaskan semasa memandu dia tidak boleh fokus, berangan, cuai, paranoid, anxiety semua ada. Sakinah lebih memilih untuk menaiki Grab atau minta orang lain memandu walaupun tidak selesa seperti memandu kenderaan sedniri.
Duduk jadi passenger pun drama. Ia hanya pilihan yang lebih bertanggungjawab. Tuhan tarik nikmat bebas driving ke mana-mana tapi takpalah ada hikmahnya, ada rezeki lain.
Terdahulu, Sakinah memberitahu telah pun menyedari penyakit itu selepas tamat persekolahan. Katanya lagi, dia mempunyai masalah untuk memberikan tumpuan dan sukar untuknya fokus dalam melakukan tugasan harian walaupun hanya untuk berbual panjang.
Jangan lupa ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram, Telegram dan TikTok BeautifulNara untuk dapatkan pelbagai kandungan menarik.
The post “Masa Memandu Tak Boleh Fokus, Berangan, Cuai, Paranoid, Anxiety Semua Ada” – Sharifah Sakinah first appeared on Beautifulnara - Gosip Artis Malaysia Terkini.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://superterkini.blogspot.com/2021/10/hiburan-masa-memandu-tak-boleh-fokus.html