Hiburan Buat Bila Bergejala Dr Izzar Kongsi Sebab Mengapa Ujian Rtk Boleh Berubah Dari Negatif Ke Positif
Susulan peningkatan kes harian COVID-19 pada ketika ini, pastinya anda pernah membuat ujian kendiri RTK Antigen di rumah bagi mengetahui status kesihatan anda kan?
Namun, terdapat juga laporan. dan kes-kes di mana mereka yang membuat ujian kendiri mendapat keputusan negatif pada awalnya namun setelah beberapa hari kemudian, apabila dilakukan sekali lagi, keputusan bertukar positif pula.
AdvertisementSehubungan dengan itu, Dr Izzar Anwari yang merupakan suami pelakon Umi Nazeera berasa terpanggil untuk memberi penjelasan mengenai waktu dan cara melakukan ujian kendiri yang betul sebagai panduan buat mereka di luar sana.
View this post on InstagramA post shared by Dr. Izzar Anwari (@izzar)
Jelas Dr Izzar, untuk mendapatkan keputusan yang tepat, seseorang perlulah menggunakan kit ujian kendiri pada waktu ‘viral load’ seseorang itu sedang memuncak iaitu dari 3 hingga ke 5 hari individu itu terdedah dengan pesakit positif.
AdvertisementKalau kita pernah berjumpa dengan orang positif COVID-19, buatlah ujian kendiri pada hari ke 3-5 lepas jumpa dia. Dan kalau kita tiba-tiba bergejala, pun buatlah ujian kendiri.
Malah, dalam tempoh tersebut, ‘viral load’ atau juga dikenali sebagai ‘infectious period’ itu akan menyaksikan seseorang yang dijangkiti COVID-19 akan mula menunjukkan gejala seperti sakit tekak dan sebagainya.
Sumber : Google Katanya lagi, sekiranya ‘viral load’ tak cukup tinggi, ujian kendiri itu sendiri tak dapat mengesan virus COVID-19 dan akan menunjukkan kesan negatif walaupun seseorang itu sebenarnya positif.
Sebagai konklusi, Dr Izzar menyarankan agar ujian kit kendiri tersebut dibuat apabila anda mula menunjukkan gejala dan menggunakan kit yang diperakui oleh MDA serta mengikut arahan penggunaan yang betul.
6 bulan lalu"Tidak Digalakkan.." Suka Guna 'Spray Gun'? Ini Penjelasan Dr. IzzarThe post “Buat Bila Bergejala” – Dr Izzar Kongsi Sebab Mengapa Ujian RTK Boleh Berubah Dari Negatif Ke Positif first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.
sumber: beautifulnara.com #superpantas
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://superterkini.blogspot.com/2022/02/hiburan-buat-bila-bergejala-dr-izzar.html