Hiburan Betul Ke Wanita Berhijab Confirm Banyak Masalah Rambut Ini Penyelamat Mudah Buat Anda


Memang benar hijab bukanlah penghalang kepada wanita untuk menyerlahkan kemampuan mereka tapi kadang-kadang rasa macam nak pecah kepala apabila terpaksa hadap pelbagai masalah rambut dek pemakaian hijab lebih 8 jam sehari.
Meskipun rambut tersimpan rapi di dalam hijab dan orang lain sebenarnya tak nampak pun masalah rumit yang sedang ‘berperang’ di sebalik kain itu, tapi yakni ianya mampu merosakkan mood anda sampai ke malam tahu.
Makin bertambah-tambah stress apabila rambut anda yang bermasalah membuatkan anda turut mempunyai isu untuk menstailkan hijab dengan tenang dan lancarnya. Pendek kata, masalah rambut ini buat semua benda jadi serba tak kenalah!
Selagi boleh duduk jarak semeter daripada orang lain
Tipulah kalau anda tak pernah rasa macam ada bau masam yang menyelubungi rambut anda. Walaupun dah cuba sedaya upaya keringkan rambut sebelum menyarungkan hijab tetapi peluh yang terperangkap di dalam kain tersebut membuatkan anda menjadi sensitif dengan baunya. Padahal orang lain tak bau pun, tapi anda seusaha boleh lalui ‘mission impossible’ supaya tak dekati orang lain langsung. Penat!

Rambut berkilat bak tembaga
Kalau duduk dalam bilik yang berhawa dingin sepanjang hari tak apa juga, yang jadi masalah apabila anda perlu berada di luar dan berdiri tegak di bawah pancaran matahari berjam-jam lamanya. Nampak sahaja tenang apabila memakai hijab, namun apabila dibuka, fuh rambut berkilat sakan sampai silau mata disebabkan peluh.

‘Salji’ dalam hijab, tiada siapa yang tahu
Siapa sangka sebenarnya ada ‘salji’ di Malaysia? Hanya orang terpilih sahaja yang dapat melihat keajaiban ini iaitu para wanita yang memiliki kepingan-kepingan putih pada rambut mereka. Tak payah pergi sampai Korea nak merasa main salji, gosok sahaja kepala anda, sudah pasti banyak empingan ‘salji’ ini yang berterbangan. Tapi yang masalahnya apabila ia datang sekali dengan pakej kegatalan, sampai merah-merah kulit kepala sebab terpaksa tahan amukan kuku anda.

Rambut nakal yang mahu melihat dunia
Satu lagi masalah yang dihadapi oleh wanita berhijab ialah rambut 100% akan kusut dan tak terurus selepas seharian tersimpan kemas di dalam kain tersebut. Bukan sahaja susah apabila anda cuba menyikatnya bahkan sesetengah untaian rambut dengan degilnya akan cuba menyelit di celahan tudung untuk melihat dunia luar. Lagi susah daripada nak uruskan budak tadika!

Keyakinan menjunam ke laut
Walaupun tak nampak dengan mata kasar seperti masalah rambut yang lain tetapi secara jujurnya anda akan mula mempunyai masalah keyakinan diri dek isu ini semua. Sampaikan anda rasa orang lain seperti bercakap mengenai masalah rambut anda yang berbau meskipun mereka tak bau apa-apa pun. Bahkan anda mula jalan menunduk kerana risau dicop sebagai seorang yang tak pandai menjaga kebersihan diri.

Kalau anda nak tahu, masalah ini sebenarnya sama sahaja dengan Nadya yang terpaksa memendam impiannya untuk menjadi hijab stylist dek masalah rambut yang memadamkan keyakinan diri yang ada pada dirinya. Bukan saja beri kesan kepada diri sendiri malah ibu Nadya sendiri was-was dengan cita-cita anak perempuannya itu.
Tapi semuanya selesai apabila Nadya mengguna pakai nasihat rakannya Alya dengan mencuba syampu sesuai untuk wanita berhijab iaitu Rejoice ‘Hijab Perfection Series’!

Masalah rambut tiada lagi buat wanita berhijab dengan Rejoice ‘Hijab Perfection Series’
Rasanya wanita yang berhijab pastinya mengetahui azabnya apabila kulit kepala dan rambut mula buat hal ketika anda sedang sibuk menghadapi rencah kehidupan seharian. Bayangkan tengah bagi presentation ataupun dalam meeting, tiba-tiba mula gatal lah dan rasa tak selesa sebab rambut berminyak teruk. Lagi patah hati, apabila rambut kesayangan anda mula dipenuhi dengan kepingan-kepingan putih. Ewww!
Dek mendengar keluhan anda semua, #myrejoice telah mengeluarkan ‘Hijab Perfection Series’ bagi menyahkan kesemua masalah rambut ini dalam sekelip mata sahaja. Tak percaya? Syampu rambut ini terbukti dapat menyelesaikan 3 masalah sekaligus lantas membuatkan anda tampil sempurna berhijab dengan #myhijabperfection!

Pertama ialah membersihkan kesemua kelemumur yang bersarang di kepala menerusi kandungan anti-kelemumur. Keduanya pula, rambut anda yakni dah tak akan ada bau kepam lagi kerana kandungan menthol yang menyejukkan selain bau segar bak bunga kasturi. Terakhir sekali ialah rambut akan menjadi lembut sehingga anda tak perlu pening lagi kerana masalah rambut kusut dan tak terurus. Hebat kan?
Terdapat tiga jenis syampu dalam rangkaian Rejoice ‘Hijab Perfection Series’ iaitu ‘Perfect Cool’ yang menyegarkan kulit kepala anda dengan kehadiran menthol, ‘Perfect Perfume’ yang mewangikan rambut anda seperti taman bunga mawar dan ‘Perfect Strength’ yang membantu mengurangkan rambut gugur anda dalam masa seminggu sahaja. Tak cukup dengan itu, rangkaian ini turut disertakan dengan kondisioner untuk membantu rambut anda menjadi lembut dan segar!

Sesiapa yang berhijab sudah pasti akan melompat gembira dengan Rejoice ‘Hijab Perfection Series’ ini! Seronok betul apabila boleh berhijab dari pagi sehingga ke malam tanpa perlu berasa risau tentang masalah rambut gugur, kegatalan, bau masam dan juga kelemumur. Rasa macam dunia ini seperti milik anda!
Bukan sahaja Nadya, malah ramai lagi selebriti lain yang dah amalkan penggunaan Rejoice ‘Hijab Perfection Series’ ini dalam rutin penjagaan seharian mereka. Lihat sahaja keyakinan yang terpancar pada Eyra Hazali dan Erin Malek selepas menggunakan rangkaian syampu ini.
 
View this post on Instagram 
A post shared by Eyra Hazali (@eyra.hazali) on May 1, 2020 at 12:16am PDT

 
View this post on Instagram 
A post shared by ?? Wifey & Mommy of two (@erinmalek94) on Mar 1, 2020 at 9:32pm PST

Daripada raut wajah masing-masing pun, dah jelas kelihatan bahawa mereka gembira dan berpuas hati dengan Rejoice ‘Hijab Perfection Series’ ini. Seperti dah jumpa soulmate yang sekian lama dinanti!
 
View this post on Instagram 
A post shared by ???? ?????? ????????? ? (@imantroye) on Aug 29, 2020 at 9:29pm PDT

 
View this post on Instagram 
A post shared by ??? (@fatinafeqah) on May 10, 2020 at 3:17am PDT

 
View this post on Instagram 
A post shared by MOONLIGHT? (@qamarinalim_) on May 8, 2020 at 11:13pm PDT

Anda pun mesti mahu tampil yakin untuk mengejar impian yang sudah lama disemat di dalam hati seperti Nadya kan? Apa lagi, selesaikan masalah rambut dan kejar cita-cita anda dengan bantuan Rejoice ‘Hijab Perfection Series’.
Mesti dah tak sabar nak dapatkan Rejoice ‘Hijab Perfection Series’ dalam genggaman anda kan? Cepat-cepat beli rangkaian syampu ini menerusi laman atas talian Guardian sekarang juga!
#merejoice bantu anda kembali yakin untuk capai impian bersama #myhijabperfection!




sumber: beautifulnara.com #superpantas

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://superterkini.blogspot.com/2020/10/hiburan-betul-ke-wanita-berhijab.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hiburan Masalah Demi Masalah Timbul Pada Wajah Dek Rutin Baru Psstt Satu Penyelamat Mudah Buat Anda

Hiburan Masalah Demi Masalah Timbul Pada Wajah Dek Rutin Baru Psstt Satu Penyelamat Mudah Buat Anda

papar berkaitan - pada 1/10/2020 - jumlah : 283 hits
Ingat tak lagi zaman kita boleh keluar bersuka ria tanpa sebarang peraturan dan halangan Percaya tak semua ini berlaku dalam tahun 2020 dan kita sudah pun mendekati penghujung tahun tapi keadaan nampaknya masih genting Jawabnya kita yang te...
Hiburan Syifa Melvin Akui Bukan Satu Masalah Andai Wanita Cantik Dikaitkan Dengan Bimbo

Hiburan Syifa Melvin Akui Bukan Satu Masalah Andai Wanita Cantik Dikaitkan Dengan Bimbo

papar berkaitan - pada 24/9/2020 - jumlah : 479 hits
Bersetuju panggilan bimbo sering dikaitkan dengan perempuan yang mempunyai penampilan menarik pelakon dan usahawan Syifa Melvin akui perkara tersebut bukanlah satu permasalahan Katanya setiap orang juga mempunyai ruang dan peluang untuk bel...
Masalah Rambut Berminyak Cuba Ikut 6 Cara Mudah Ini

Masalah Rambut Berminyak Cuba Ikut 6 Cara Mudah Ini

papar berkaitan - pada 7/10/2020 - jumlah : 465 hits
Ramai di antara kita yang mengalami masalah rambut berminyak ini Sebenarnya apakah penyebab rambut berminyak Rambut berminyak terjadi kerana kadar minyak rambutnya terkeluar lebih banyak Biasanya rambut berminyak cenderung kelihatan tidak b...
Bukan Mudah Nak Dapat Banyak Tu Ibu Menangis Stok Susu Badan Tertumpah Dalam Beg

Bukan Mudah Nak Dapat Banyak Tu Ibu Menangis Stok Susu Badan Tertumpah Dalam Beg

papar berkaitan - pada 24/9/2020 - jumlah : 361 hits
Tidak semua ibu dianugerahkan memiliki susu badan yang banyak bagi memenuhi keperluan harian si manja Siapa sangka Allah memberikan ujian kepada wanita ini apabila dia menangis kecewa setelah mendapati bekalan susu tumpah dalam beg simpanan...
Hiburan Nafi Didakwa Bercinta Dengan Seorang Datuk Chacha Maembong Akui Si Dia Banyak Membantu

Hiburan Nafi Didakwa Bercinta Dengan Seorang Datuk Chacha Maembong Akui Si Dia Banyak Membantu

papar berkaitan - pada 25/9/2020 - jumlah : 450 hits
Pelakon Chacha Maembong tampil menafikan dirinya kini sedang bercinta dengan lelaki bergelar Datuk Z pada ketika ini Namun Chacha menjelaskan bahawa lelaki berusia awal 30 an itu hanyalah sekadar rakan niaga dan tidak lebih daripada itu Cha...
Hiburan Orang Ingat Abang Jahat Saya Wanita Teraniaya Lisdawati Dedah Posting Di Instagram Bukan Dituju Kepada Suami

Hiburan Orang Ingat Abang Jahat Saya Wanita Teraniaya Lisdawati Dedah Posting Di Instagram Bukan Dituju Kepada Suami

papar berkaitan - pada 29/9/2020 - jumlah : 1159 hits
Menjelaskan status Instagram yang dimuat naik hanya menceritakan soal komunikasi dalam keluarga dan bukanlah berkaitan keretakan rumah tangga pelakon Lisdawati akui ia merupakan ilmu yang doiperolehnya ketika membintangi drama bersiri Light...
Hiburan Orang Tahu Bercakap Je Nampak Macam Senang Kan Raja Afiq Akui Kahwin Tak Mudah

Hiburan Orang Tahu Bercakap Je Nampak Macam Senang Kan Raja Afiq Akui Kahwin Tak Mudah

papar berkaitan - pada 30/9/2020 - jumlah : 458 hits
Mengakui mendirikan rumah tangga adalah merupakan perkara yang bukan mudah apatah lagi perbezaan jarak usia lima dengan isterinya Soffwany Yusoff pelakon Raja Afiq mendedahkan hanya mereka berdua sahaja yang menyimpan kisah tersirat Bagaima...
Hiburan Dah Tahu Kes Tengah Banyak Pergi Jugak Nizam Laksamana Dikuarantin Selepas Pulang Dari Sabah

Hiburan Dah Tahu Kes Tengah Banyak Pergi Jugak Nizam Laksamana Dikuarantin Selepas Pulang Dari Sabah

papar berkaitan - pada 30/9/2020 - jumlah : 370 hits
Menerima pelbagai tohmahan daripada netizen apabila beliau dikhabarkan terpaksa menjalani kuarantin selama dua minggu di rumah selepas pulang dari Sabah Ahad lalu penyanyi Nizam Zakaria tampil buka mulut Menurutnya beliau ke Sabah pada 23 S...
Hiburan Alhamdullilah Cantiknya Sis Zara Zya Ambil Keputusan Berhijrah Kini Berhijab

Hiburan Alhamdullilah Cantiknya Sis Zara Zya Ambil Keputusan Berhijrah Kini Berhijab

papar berkaitan - pada 29/9/2020 - jumlah : 380 hits
Sejak beberapa hari ini meninjau di ruangan instagram milik pelakon Zara Zya dia kini sering saja memuat naik foto dirinya mengenakan hijab sekaligus mengundang persoalan dalam kalangan peminat adakah dia kini sudah bertudung sepenuhnya Mal...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Restoration Yamaha Ego

Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

Watercolor Apartment For A Young Family With A Maine Coon

10 Myanmar Nationals Found In Car After Crash

Actress S Car Household Items To Be Auctioned Tomorrow To Pay Off Debt

Muslims May Wish Non Muslims On Religious Holidays Says Penang Mufti